Selesai menulis novel Badiuzzaman Said Nursi, menulis kisah Hassan al Bana pula.
Hassan Ahmad Abdul Rahman Muhammed al-Banna atau lebih dikenali dengan nama Hassan al Banna, Ketika berumur 23 tahun menubuhkan gerakan Ikhwan Muslimin di bandar Ismailiyyah, Mesir.
Ikhwanul Muslimin ditubuhkan pada tahun l928 oleh Hasan al-Banna, setelah Khalifah Uthmaniyah Turki di hapuskan oleh Mustafa Kamal Ataturk.
Beliau bercita-cita untuk mendirikan pemerintahan yang berlandaskan Islam dalam semua aspek kehidupan, termasuk politik, ekonomi, dan sosial.
Pada awal perjuangannya, Hasan Al Banna mengajak umat Islam berjihad menentang penjajah Inggris di Mesir. Apabila PBB mengakui negara Israil di Palestina, Hassan Al Banna menyeru Negara-negara Islam meninggalkan PBB dan berjihad melawan Yahudi.
Hasan Al Banna berkata,“Kita tidak akan berdiam diri dan bersenang hati atau berhenti hingga Al-Qur'an benar-benar menjadi perlembagaan negara. Kita akan hidup untuk mencapai tujuan ini atau mati dalam usaha melaksanakannya.”
Kerana kuatnya pengaruh Hassan al Bana dan Ikhwan Muslimin maka pemerintah Mesir membuat pelbagai tekanan dan akhirnya diharamkan. Semua cawangannya di seluruh Mesir yang berjumlah 3 ribu cawangan ditutup. Mereka yang masih aktif dianggap pengganas.
Tidak cukup setakat itu sahaja, pada 12 Februari 1949 Hassan al Bana di tembak seorang pembunuh upahan pihak pemerintah Mesir (Raja Faroq).
Syed Qutub yang ketika itu berada di Amerika menceritakan rakyat Amerika Syarikat berpesta apabila menerima berita kematian Hassan Al Banna. Akhirnya Syed Qutub pula dikenakan hukuman gantung.
2 comments:
menarik.Hassan Al Banna memang tokoh pejuang yang hebat walau hidup seketika.
Saya ada satu permintaan kepada penulis.
Saya ada menghasilkan beberapa artikel dan puisi Bahasa Melayu di blog saya.Namun,sehingga sekarang saya masih tidak mempunyai 'guru' ataupun pembimbing dalam penulisan saya.
Ya,saya memang berminat dengan bahasa.Semua bahasa saya berminat.
Saya mohon untuk penulis yang semakin meningkat nama dan keranuman penulisan ini untuk dinilai dan dikomen pada puisi saya.
Ini supaya dapat saya meningkatkan lagi mutu kerja saya di samping tidaklah terlalu jauh menyimpang daripada konsep bahasa itu sendiri.
Ini antara link terbaru puisi yang saya berjaya hasilkan baru-baru ini :
http://nuruddinazrizulkifli.blogspot.com/2011/11/atmosfera-politik-tercemar-negara.html
Harap penulis dapat memberi rating dari sudut sastera dan bahasa serta memberi komen dan pandangan terhadap puisi saya itu.
Boleh selitkan juga sebarang kritikan dan teguran untuk penambahbaikan.
Harap jika penulis ada masa bolehlah menjenguk ke laman itu.
Masih dan ingin terus belajar...=)
Ahad, 4 Disember 2011 7:02:00 PG
alhamdulillah bakal ternukil sebuah biografi hassan al banna
Post a Comment