Showing posts with label PENCAPAIAN. Show all posts
Showing posts with label PENCAPAIAN. Show all posts

Thursday, January 19, 2012

ALHAMDULILLAH


Ingin berkongsi kegembiraan ini namun bimbang juga disalah artikan. Tiga buah buku ini membawa tuah kepada penulisnya apabila jualannya mencecah lebih sejuta ringgit berdasarkan jumlah unit terjual pada tahun 2011 yang dikeluarkan universitipts.com.

Imam-Imam Yang Benar 8831 unit, Khalifah-Khalifah Yang Benar 7368 unit dan Perang-Perang Yang Benar 2988 unit.

Harga setiap unit Semenanjung Malaysia RM 55.00/ Sabah, Sarawak RM58.00




Thursday, January 12, 2012

TOP 10 JUDUL PALING TINGGI JUALANNYA 2011DASARKAN JUALAN

Perang-Perang Yang Benar dan Khalifah-Khalifah Yang Benar antara 10 judul yang paling laris jualannya tahun 2011. Terima kasih kepada pembaca dan semua yang memberi sokongan.









http://universitipts.com/index.php/site/comments/top_10_judul_buku_paling_tinggi_sepanjang_tahun_2011_berdasarkan_perol/

Tuesday, January 3, 2012

TOP 200 BULAN DISEMBER 2011 BERDASARKAN JUALAN

Mustafa Kamal Ataturk, Saad Abu Waqas, Khalifah-Khalifah Yang Benar, Imam-Imam Yang Benar, Salahuddin Ayubi Penakluk Jerusalem dan Muhamad al Fateh tersenarai dalam Top 200 Bulan Desember 2011 berdasarkan unit terjual. Alhamdulillah….

http://universitipts.com/index.php/site/comments/top_200_bulan_disember_2011_berdasarkan_unit_terjual/










Monday, January 2, 2012

Alhamdulillah sudah siap


Setelah menekuni penulisannya selama tiga bulan barulah novel Bediuzzaman Said Nursi dapat disiapkan. Novel tersebut mengandungi 45 bab apabila dicetak nanti dijangka hampir 600 muka surat.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang memberi sokongan. Terutama “sahabat-sahabat kembara ke Turki” iaitu Puan Ainon, Tuan Khairul Nayan, Prof Abdullah Hassan, Puan Shahrina, Cikpuan Noor Ezleen Basri dan Ah Mad.

Terima kasih juga diucapkan kepada sahabat-sahabat di Turki yang telah memberikan kerjasama yang amat baik sepanjang pengembaraan kami iaitu Prof Faris Kaya, Engin Koc, Yakup Eker, Mustafa abi, Sait Koyuncu, dan ramai lagi yang tidak sempat disebutkan namanya.

Semoga dengan terbitnya novel ini nanti pembaca dapat mengenali dengan lebih dekat siapa Bediuzzaman Said Nursi serta perjuangannya untuk memelihara iman dan akidah umat Islam.



Tuesday, December 27, 2011

Thursday, December 22, 2011

GAMBAR BARU


Novel Mustafa Kamal Ataturk telah diulangcetak dengan gambar baru.

Tawaran Harian Bookcafe : Diskaun 25% bagi buku Mustafa Kamal Attaturk (Kaver Baru).

Rujuk http://www.bookcafe.com.my/en/promosi/tawaran-harian/


Tuesday, December 20, 2011

DIULANG CETAK


Dalam sejarah Islam antara peperangan besar yang disertai Nabi Muhamad saw ialah Perang Badar, Perang Uhud, Perang Khandak dan Perang Khaibar.

Empat perang tersebut menyaksikan bagaimana kehebatan tentera Islam di bawah pimpinan Rasulullah saw bertempur dalam Perang Badar sehingga dibantu oleh seribu malaikat. Perang Uhud yang menyaksikan akibat engkar perintah Rasulullah saw tentera Islam hampir dimusnahkan. Perang Khandak menyaksikan kehebatan strategi pertahanan dan perisikan pahlawan Islam dan Perang Khaibar menyaksikan kubu kuat Yahudi dapat ditawan setelah berlaku pertempuran yang sengit.

Empat kisah perang tersebut disatukan dalam sebuah buku dengan harganya RM 55.00 /RM 58.00

Dan buku ini sudah diulangcetak.


Monday, December 19, 2011

DITERJEMAH KE BAHASA INGGERIS


Novel sejarah Islam yang diterbitkan PTS terus melangkah ke hadapan apabila diusahakan menterjemahkannya ke Bahasa Inggeris. Usaha tersebut sedang dijalankan oleh Tuan Muhammad Firdaus Ariff dan Puan Hayati Edward yang menterjemahkan Umar al Khattab Reformis Islam.

Apabila sudah siap nanti pastilah pembacanya semakin ramai. Rakan-rakan di Turki yang kebanyakannya fasih berbahasa Inggeris sudah mula bertanya bila novel tersebut boleh dapat mereka baca.




Sunday, December 18, 2011

Gambar baru


Dia bapa sekularisme Turki yang berkuasa selama 30 tahun. Dia lelaki yang dengan bangganya memusnahkan Institusi Khalifah Islam. Dia lelaki yang membawa Barat ke Turki dengan menolak Islam. Dia lelaki yang memberi kisah untuk kita renungkan, bagaimana murahnya maruah agama apabila dunia menjadi matlamat.

Dan dia lelaki yang menderita dengan pelbagai penyakit misteri sebelum mati. Dia lelaki yang tidak dikebumikan. Mayatnya disimpan dalam keranda besi kemudian diletakkan dalam satu bangunan marmar yang terletak di sebuah bukit dibiarkan menjadi tontonan orang ramai.

Novel ini diulangcetak dengan kaver baru yang lebih menggerunkan. Sejak terbit pada bulan September buku ini berada dalam senarai terlaris (Portal PTS) September, Oktober dan November 2011.




Saturday, November 19, 2011

Monday, November 7, 2011

Tuesday, November 1, 2011

TERBIT TIDAK LAMA LAGI



Novel Saad Abu Waqas ini akan terbit pada 7 NOvember ini.

Sunday, October 16, 2011

TERLARIS SEPTEMBER 2011







Mustafa Kamal Ataturk tersenarai antara novel PTS yang terlaris jualannya pada September 2011. Ramai pembaca memberi pujian kerana novel ini berjaya mendedahkan siapa sebenarnya tokoh tersebut.

Benarkah Mustafa Kamal Ataturk pahlawan yang berjaya menyelamatkan Turki dari penjajahan Greek dan Eropah?. Benarkah Mustafa Kamal Ataturk yang berjaya menyelamatkan Islam di Turki?.

Novel ini telah memberikan jawapannya....

Mustafa Kamal Ataturk dalam bahasa Turki membawa maksud “Leluhur atau Nenek Moyang Turki Yang Paling Mulia.”

Kerana itu generasi muda Turki sekarang terutama mereka yang berpendidikan agama tidak mahu menyebut nama tersebut. Mereka lebih suka menyebut “dia” atau “orang itu”.

“Orang itu” yang menghapuskan sistem khalifah, menukar undang-undang Islam kepada undang-undang barat, menukar azan ke dalam bahasa Turki, masjid dijadikan gudang dan kandang kuda, mengharamkan pelajaran agama di sekolah, menutup semua sekolah agama dan universiti Islam, menangkap serta membunuh ulama, tokoh agama malah mereka yang membaca dan menyimpan Al Quran sehingga jumlahnya mencecah 500 ribu orang...


Thursday, October 6, 2011

AKAN TERBIT



Novel baru yang bakal terbit Sa'ad Abu Waqas seorang lagi sahabat Rasulullah yang dijamin tempatnya di syurga. Dilahirkan 17 tahun sebelum Rasulullah diutus menjadi Rasul. Apabila Hamnah ibu Sa’ad mengetahui anaknya memeluk Islam dia berasa sangat susah hati lalu tidak mahu makan dengan harapan anaknya kembali ke agama asal.

Dengan tegas Sa’ad berkata “Sekiranya ibu mempunyai seribu nyawa dan keluar satu persatu nescaya saya tidak akan meninggalkan agama Islam.”

Kemudian beliau turut berhijrah ke Madinah dan menyertai semua peperangan bersama Rasulullah. Semasa Perang Uhud beliau menjadikan badannya sebagai perisai bagi melindungi Nabi Muhamad.

Sa'ad Abu Waqas juga menjadi saksi dalam perjanjian Hudaibiyah. Kejayaan Sa’ad yang paling besar ialah memimpin pasukan tentera Islam dalam peperangan al Qadisiyah. Kemudian beliau membuka serta membangunkan negeri Iraq. Sa’ad Abi Waqas dicalunkan sebagai khalifah tetapi beliau menolak. Kemudian dilantik menjadi gabenor Kufah.

Antara Kelebihan Sa’ad Abi Waqas ialah apabila melepaskan anak panah tidak pernah tersasar dan doanya makbul berkat setelah didoakan Rasulullah.

Semasa pemerintahan Khalifah Uthman Affan, beliau pergi ke Cina bagi menyibarkan agama Islam. Beliau turut menyokong perlantikan Ali bin Abi Talib sebagai khalifah tetapi bersikap berkecuali apabila berlaku perselisihan sesama umat Islam.

Beliau meninggal dunia ketika berumur 85 tahun dikebumikan di perkuburan Baqik.


Friday, September 30, 2011

PRESTASI JUALAN NOVEL SEJARAH ISLAM









PRESTASI JUALAN NOVEL SEJARAH ISLAM JANUARI – SEPTEMBER 2011.

1. Imam-Imam Yang Benar -7583

2.Khalifah-khalifah Yang Benar - 5226

3.Perang Khandaq: Dendam Tentara Ahzab - 4351

4,Sultan Muhammad Al-Fateh - 4138

5.Umar Al-Khattab: Reformis Dunia Islam - 3978

6.Salahudin Ayubi: Penakluk Jerusalem - 3916

7.Perang Khaibar: Panaklukan Kota Khaibar - 3815

8.Hijrah - 3668

9.Imam Syafie: Pejuang Kebenaran - 3436

10.Abu Bakar: Sahabat Sejati - 3380

11.Ali Bin Abi Talib - 3294

12.Umar Abdul Aziz: Bayangan Khalifah al-Rasyidin - 3272

13.Bilal Bin Rabah - 2846

14.Salahudin Ayubi: Penakluk Jerusalem - Ed. Jimat - 2657

15.Muhammad Al-Fateh: Penakluk Konstantinopel Ed. Jimat - 2598

16.Khalid: Memburu Syahid - 2457

17.Perang Badar: Perang Penentuan - 2447

18.Uthman Affan: Pengumpul Al-Quran - 2379

19.Khalid: Memburu Syahid Ed. jimat - 2371

20.Perang Uhud: Sejarah Duka Tentara Islam - 2227

21.Imam Hanbali: Penegak Kebenaran – 2070

21 JUDUL JUALANNYA MELEBIHI 2 RIBU NASKHAH. ALHAMDULILLAH DAN TERIMA KASIH KEPADA PEMBACA YANG MEMBERI SOKONGAN.

SUMBER UNIVERSITIPTS.COM


Tuesday, September 27, 2011

SUDAH TERBIT DAN PANAS DI PASARAN

Perang-Perang Yang Benar kompilasi daripada empat buah novel Perang Badar, Perang Uhud, Perang Khandaq dan Perang Khaibar. 736 muka surat dengan harga cuma RM 55 sahaja.

Sesungguhnya Nabi Muhamad menyibarkan agama Islam bukan dengan kekerasan atau dengan mata pedang. Buktinya, selepas beliau diangkat menjadi Rasulullah atau Pesuruh Allah dan setelah diperintahkan menyibarkan risalah Allah selama kira-kira 22 tahun hanya 140 orang sahaja sahabat baginda yang gugur syahid. Mereka terlibat dalam peperangan yang dimulakan pihak musuh.

Kisah empat peperangan besar itu menghuraikan sebab-sebab berlakunya perang dan kesannya terhadap perkembangan agama Islam.




Novel Mustafa Kamal Ataturk sudah terbit dan kini berada di pasaran. Menceritakan siapa sebenarnya tokoh yang dikatakan bapa moden Turki ini... di tulis hasil dari kajian serta fakta-fakta dari buku-buku rujukan. Saya juga pergi ke Turki bagi menjejaki sejarah hidup tokoh ini.




Monday, August 15, 2011

DIULANG CETAK


Hulagu Khan dan Perang Badar diulang cetak.






Hulagu Khan bukan pahlawan Islam malah dia yang membawa bencana sehingga jatuhnya kerajaan Bani Abbasiyah yang telah memerintah selama lebih 500 tahun. Kota Baghdad musnah apabila Hulagu Khan bersama bala tenteranya menakluk kota tersebut membunuh umat Islam hingga mencecah ratusan ribu orang serta membakar kitab-kitab hasil karya tokoh-tokoh ilmuan Islam. Kemudian abunya dibuang ke dalam sungai Djahlah sehingga airnya bertukar menjadi hitam.

Namun di akhir hayatnya ada yang mengatakan Hulagu Khan memeluk agama Islam berdasarkan kecenderungannya menjemput para alim ulama untuk mendengar pengajarannya. Namun ada mengatakan dia bukan Islam kerana isterinya masih beragama Kristian.

Namun yang pasti setelah meninggal dunia mayat Hulagu Khan tidak dikebumikan mengikut adat Monggol. Keturunan Hulagu Khan akhirnya memeluk Islam lalu menyebarkannya hingga ke India.



Perang Badar Perang Penentuan. Perang pertama umat Islam.

Bab-bab awal berkisah berkenaan Kota Madinah yang permai dan damai di bawah pemerintahan Nabi Muhammad SAW. Pada bab pertengahan konflik semakin berkembang dengan ketegasan pihak Islam Madinah yang menyukarkan dan membuatkan pihak Quraisy kafir di Mekah terasa sukar.

Bab akhir adalah kemuncak peperangan dan kemudiannya menceritakan berkenaan kesan perang ke atas pihak Madinah dan mekah.



Friday, July 22, 2011

TOP 200 PENULIS PENERIMA ROYALTI TERTINGGI DI PTS TAHUN 2010

Di bawah ini adalah ranking 200 orang penulis dan penerima royalti TOP 200 bagi jualan tahun 2010:

1. Abdul Latip bin Talib
2. Wisnu Sasongko @ Muhammad Alexander
3. Noorliza binti Kamarudin @ Chef Hanieliza
4. Ain Maisarah
5. Dr. Danial bin Zainal Abidin
6. Mohammad Ashadi bin Mohd Zaini @ Ashadi Zain
7. Prof. Dr. Zulkifli bin Mohd Yusoff
8. Nor Hazizam binti Ab Rahman @ Farihah Iskandar
9. Engku Zainun binti Engku Abdul Rahman @ Ezee Rahmani
10. Raja Nur Qurshiyah binti Raja Hirdan @ Kusyi Hirdan
11. Aizam Aiman
12. Rafiza binti Ab. Rahman @ Natasya Effyzal
13. Prof. Dr. Muhd Kamil bin Ibrahim
14. Saridah binti Hamid
15. Lily Haslina binti Nasir
16. Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad
17. Ida Munira binti Abu Bakar
18. Noor Halilah binti Mohd. Halim @ Ainin Naufal
19. Shamsul Anuar bin Yusof @ Chef Arm
20. Ainon Mohd.
21. Mohamad Bahruddin bin Mohamad Bekri @ Bahruddin Bekri
22. Ammran bin Yunus @ Imran Yusof
23. Zamri bin Mohamad
24. Maslina binti Ngadiman
25. Rezarly bin Musa @ Reja
26. Rohayati binti Bakri
27. Muhammad Rozani bin Pawan Chek
28. Raihanah binti Salleh @ Anna Raihana
29. Sabaruddin bin Hussein
30. Ahmad Fadzli bin Yusof
31. Afareez bin Abd Razak al-Hafiz
32. Ang Jit Eng
33. Ann Wan Seng
34. Ahmad Zahiruddin bin Mohd Zabidi
35. Nora binti Ismail
36. Umi Kauthar binti Abdul Razak
37. Datuk Dr. Hasan bin Mohamed Ali
38. Osman Affan
39. Datuk Dr. Mohd Fadzilah bin Kamsah
40. Supian bin Mat Salleh @ Aliff Danial
41. Zulkifli bin Khair
42. Marzuki bin Mohd Noor
43. Wawan Susetya @ Muhammad Hasan Al-Basri
44. Nor Emila binti Mohd Yusof
45. Datuk Dr. Haron bin Din
46. Shamsuddin bin Abdul Kadir
47. Aizuddinur bin Zakaria
48. Wan Nazwani binti Wan Johan
49. M. Yusni Amru Ghazali
50. Nor Hafizah binti Mohd H Piah
51. Abd. Razak bin Adam
52. Nur Ilyani binti Alias @ Ilya Alias
53. Norashikin binti Wahid
54. A. Ubaidillah bin Alias
55. Irma Indayu binti Omar
56. Nani binti Menon
57. Nurasyikin binti Ahmad
58. Ahmad Naim bin Jaapar
59. Fred Suriya @ Frederique De Pietro
60. Moh Dat bin Haji Molok
61. Nazira binti Noran
62. Nor'Aini binti Mohamed Noor
63. Noorul Hafizah binti Matsom @ Firas Firzana
64. Ismail bin Ahmad @ Ajikik
65. Nuriazam bin Ismail @ Nuriazam Ismail
66. Raudzah binti Roslan @ Roza Roslan
67. Nurul Zahidah binti Mohtar
68. Hasnah binti Muhamad Daud
69. Alif Firdaus bin Azis
70. Nahddatun Nisaak binti Othman @ Iman Qaisara
71. Haryani binti Kamilan
72. Nur Hidayahtul Husna Binti Adnan @ Adha Ameera
73. Datuk Prof. Dr. Mahmood Zuhdi bin Abdul Majid
74. Ahmad Fadzli bin Fauzi
75. Majidah binti Mat Jusoh
76. Norhanizah binti Ismail @ Hani Ismail
77. Mohamed bin Sulaiman
78. Zulkifli bin Desa
79. Muhamad Ainol Kusyairi bin Mohamed Radzi
80. Saayah binti Abu
81. Fahrur Mu'is
82. Mohamad Yazid bin Abdul Majid
83. Zauwiyah binti Ahmad
84. (Allahyarham) Adlie Syamsudin bin Samsudin@Shamsudin
85. Mohd Nazri bin Kadir
86. Norzalinda binti Mohamed @ Puteri Nor
87. Hazil Azran bin Ramli
88. Fatimah Rodhiah binti Mohd Yusof @ Umi Danial
89. Wan Shuhairi Bin Wan Mohamad
90. Parlindungan Marpaung
91. Nazri bin Mohd Annuar @ Nazri M. Annuar
92. Asma Fadila binti Habib
93. Syaizul Amal bin Zulkaffly
94. Malik Faisal bin Abdul Wahab
95. Saat bin Sulaiman
96. Arif Muazzim bin Abdul Rahman @ AMAR
97. Indon binti Desa
98. Salina binti Ibrahim
99. Mohd Izuddin bin Mahamad Nazir
100. Mohd Ariffuddin bin Mohd Sani
101. Maskiah binti Masrom
102. Azman bin Ahmad
103. Wan Mohd Nor Che Mohamed
104. Syahrul Nizam Junaini
105. Nabilah binti Hasan
106. Abdul Ghani Kanesan bin Abdullah
107. Baharom bin Mohamad
108. Normah binti Mohd. Sir
109. Ahmad Hasan bin Mohd Nazam
110. Khairul Ghazali
111. Ahmad Amri bin Zainal Adnan
112. Samsudin bin Wahab
113. Ifza Nor binti Mohd Sharif
114. Rashidi Anak Gujang
115. Mohamad Kholid bin Hamzah
116. Fatin Hamamah binti Abu Bakar @ Fatimah az-Zahra
117. Mohd Faizal Dzasrik bin Khairi @ Faizal Dzasrik
118. Datuk Tuan Guru Abdul Hadi bin Awang
119. Amar bin Mahmood
120. Muhamad Syarafuddin bin Sulaiman
121. Mohd Shahremy Ikmal bin Shahbudin @ Ikmal Shah
122. Muhammad Alif Redzuan bin Abdullah
123. Muhd Nasruddin bin Muhd Dasuki
124. Dr. Jeniri bin Amir
125. Mohd Razali bin Kamaruddin
126. Mohd Aswanizam bin Alias
127. Muhammad Syaari bin Abdul Rahman
128. Zulkifli bin Mansor
129. Masnah binti Md Ali
130. Shahril @ Charil bin Marzuki
131. Mohamad Nurhakim
132. Noorfadzillah binti Omar
133. Hidayati Kasuma binti Abdul Hadi
134. Rofizi bin Dollah
135. Muhammad Masnur Hamzah
136. Siti Asyuura binti Jalaluddin
137. Nurismaliza binti Ismail
138. Zalimatunura binti Isa @ Zalisa
139. Sunthara Segar a/l R Ramasamy
140. Malek bin Muhamat Said
141. Muzayyanah binti Abdullah
142. Dr. Umi Kalthum binti Ngah
143. Nashra binti Ayob
144. Nora binti Johari @ N J Neri
145. Siti Rahmah binti Mokhtaruddin
146. Suhana Shoib
147. Azahar bin Abdul Rahman
148. Killa Puteri binti Sariman @ E-man Dhani
149. Hasrudi bin Jawawi
150. Fakharoll Rodziee bin Don
151. Dr. Ridzwan bin Bakar
152. Dyayadi@ Jaffar Siddiq
153. Zawiah binti Hassan
154. Mohd Khairul Nizam bin Khairani@ Khairul Nizam Khairani
155. Jamila binti K.A Mohamed Kutty
156. Kamariah binti Singah @ Maria Kajiwa
157. Faizul bin Kamaruddin
158. Syaidatun Nazirah bte Abu Zahrin
159. Amin bin Idris
160. Dr. Arieff Salleh bin Rosman
161. Sezali bin Mohamad Kamal
162. Zulkarnain bin Dollah
163. Wan Abdul Halim bin Wan Harun
164. Mohd Sharani bin Ahmad
165. Allahyarham Ahmad Zafran bin Abd Mutalib
166. Mariah binti Abdul Rahim
167. Dr. Maszlee bin Malek
168. Noorhayati A. Rahman
169. Khuzaimah binti Sulaiman
170. Rohani binti Omar
171. Junaidah bte Hamdan
172. Nurfarihah binti Jamil @ Riha J

173. Suzardi bin Maulan
174. Muhammad Afiq bin Abdul Salam @ Afiq
175. Hamedah binti Wok Awang
176. Nor Hasimah binti Md. Sawal @ Shima Sawal
177. Nor Hashimah bte Hashim
178. Juneta binti Zawawi
179. Mohd Yazid bin Yahya
180. Fatimah Yusro binti Hashim
181. Rasheedah binti Zakariya
182. Mohd Nizam bin Mohd Yusop @ Pac
183. Mardzelah bte Makhsin
184. Imran bin Azmi
185. Zamri bin Zainal Abidin
186. Nik Faridah binti Mamat
187. Jayaletchumi Mottan
188. Zainuddin Bin Zakaria
189. Muhamad bin Ali
190. Mohd Shahrul Anuar bin Mahmod @ M.S. Anuar Mahmod
191. K. A. Razhiyah
192. Siti Munirah Abdul Rashid
193. Rejab bin Ismail @ Rejab F I
194. Suzanna binti Mohamed Dahan
195. Ruhaini Matdarin @ Ruhaini Mat Darin
196. Haslamizan bin Maliki
197. Hanita binti Hassan
198. Silsoh bin Khairol
199. Jefferi bin Abdul Rahman @ Poyo
200. Rohani binti Abdullah

Nota: Data ini disediakan oleh Cik Norizah Wahid, eksekutif (royalti) di jabatan kewangan PTS.



http://universitipts.com/index.php/site/comments/top_200_penulis_penerima_royalti_tertinggi_bagi_jualan_tahun_20102/

Friday, July 8, 2011

LAMBAIAN KAABAH





Setelah bertahun mengumpul impian,
esok berangkat ke tanah suci Mekah
mengerjakan Umrah.
semoga perjalanan kami
selamat pergi dan kembali
serta mendapat
umrah yang mabror…insyaAllah.

لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ
لَبَّيْكَ لاَ شَرِيْكَ َ لَبَّيْك
إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّّعْمَةَ,
وَالْمُلْكَ لَكَ
لاَ شَرِيْكَ لَكَ

Kami menyahut seruanMu ya Allah.
Tiada sekutu bagi-Mu
dan kami menyahut seruan-Mu.
Sesungguhnya segala pujian
kenikmatan dan kekuasaan
adalah milik-Mu
dan tidak ada sekutu bagi-Mu.


Sunday, July 3, 2011

DIULANG CETAK

Novel Sultan Muhamad al Fateh diulangcetak lagi, kisah beliau memang menarik, ketika berumur 19 tahun dilantik menjadi sultan kerajaan Uthmaniyah yang tanah jajahannya meliputi 26 buah Negara dan ketika berumur 21 tahun memimpin 250 ribu tentera Turki menakluk Kota Konstantinopel.

Beliau adalah pemimpin yang baik, mempunyai tentera yang baik dan rakyat yang baik sepertimana yang dikatakan Nabi Muhamad saw yang bermaksud,

“Kota Konstantinopel akan ditakluk oleh pemimpin yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik.”

Semasa melawat Istanbul Turki sempat menziarahi makam atau kubur beliau yang terletak bersebelahan dengan Masjid Al Fateh. Kubur Sultan Muhamad al Fateh sentiasa dikunjungi orang ramai dari dalam dan luar Negara.

Setelah menakluk Kota Konstantinopel beliau menukar namanya menjadi Istanbul yang berarti “Islam seluruhnya” Aya Sofeya ditukar menjadi masjid.

Al fatihah untuk pahlawan Islam yang berjasa ini…



Novel ini mula terbit pada tahun 2008 dan terus diulang cetak pada setiap tahun. Alhamdulillah...


Makam Sultan Muhmad al Fateh di Istanbul dikunjungi orang ramai setiap hari...




Di belakang itu masjid Al Fateh...






Kota Konstantinopel...






Gambaran pelukis ketika Sultan Muhamad al Fateh melayarkan kapal perang di atas daratan kertika menakluk Kota Konstantinopel.





Melintasi Selat Bhosporus...