Wednesday, September 29, 2010

TERIMA KASIH

“Disamping membaca buku akademik, saya suruh pelajar sekolah ini membaca novel sejarah Islam,” kata Tuan Mohd bin Md Isa, Pengetua Kanan Sekolah Menengah Kebangsaan King George V, Seremban.

Beliau sendiri sudah membaca novel tersebut dan mendapati kandungannya baik dan sesuai dibaca oleh pelajar sekolah.

“Apabila kisah sejarah itu dijadikan novel ianya menjadi lebih menarik serta mudah difahami. Tambahan pula faktanya betul,” kata beliau lagi yang membeli novel sejarah Islam untuk perpustakaan sekolah tersebut.

Terima kasih tuan pengetua kanan yang cemerlang…











Saturday, September 25, 2010

NOVEL TOK JANGGUT SUDAH TERBIT


Tok Janggut atau nama sebenarnya Haji Mat Hassan bin Munas atau Panglima Munas lahir di Kampung Saring di daerah Jeram, Kelantan, pada tahun 1850. Ayahnya, Panglima Munas berkhidmat sebagai panglima istana Tengku Seri Maharaja Jeram. Maka, Tok Janggut juga dibesarkan dan dididik di dalam istana. Apabila dewasa beliau dihantar menuntut di Mekah dan pulang ke tanah air pada tahun 1910 ketika berusia 60 tahun.

Setahun sebelum itu, pada tahun 1909, berlakunya perjanjian Inggeris-Siam yang menyebabkan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis diletakkan di bawah kuasa Inggeris, manakala Patani, Menara, Jalor dan Setol di bawah kuasa Siam. Campur tangan Inggeris di Kelantan tidak disenangi penduduk tempatan apatah lagi apabila Inggeris membuat perubahan yang bertentangan dengan adat istiadat Melayu dan undang-undang Islam.

Sentimen anti-Inggeris semakin meningkat apabila tercetusnya perang dunia pertama pada Ogos 1914 yang mana British berperang dengan Turki Uthmaniyyah. Kerajaan Kelantan berada dalam keadaan tersepit akibat perjanjian Inggeris-Kelantan 1910 dan dipaksa menyatakan sokongan mereka kepada British dalam peperangan itu.

Keputusan Kelantan memihak kepada British dan bukan Turki Uthmaniah dalam perang dunia pertama mengecewakan Tok Janggut kerana bertentangan dengan fatwa Syaikhul Islam, Khayri Effendi, yang mewajibkan umat Islam berjihad menentang British dan sekutunya. Penindasan menerusi kutipan cukai yang tinggi menyemarakkan lagi kemarahan penduduk Kelantan.

Pada mulanya Tok Janggut dan pengikut turut membayar cukai walaupun tidak berpuas hati. Tetapi apabila terpaksa menunggu selama beberapa hari di pejabat tanah kerana tidak ada pegawai mengutip cukai, akhirnya Tok Janggut memutuskan tidak mahu membayar cukai dan memimpin gerakan menentang Inggeris pada tahun 1915.


MAJLIS ANUGERAH SAYEMBARA NOVEL SEJARAH JOHOR 111

Pada siang 18 haribulan majlis perkahwinan anak saya. Pada malamnya pula majlis penyampaian Anugerah Sayembara Novel Sejarah Johor 111 2010. Saya antara salah seorang pemenangnya (2 hadiah saguhati).

Pemenang pertama Cik Rahimah Muda. Di sebelah kanan saya Tuan Razali Endun


Bergambar kenangan...

Sarapan pagi




Kak Ain dan dua orang pelajar yang minat membaca novel sejarah Islam




Pelajar ini juga minat membaca novel sejarah Islam.








MAJLIS PERKAHWINAN

Majlis persandingan di rumah pengantin lelaki di Kuala Kangsar pada 25hb September

Majlis akad nikah di rumah saya pada 17hb September

Majlis persandingan di rumah pengantin perempuan pada 18hb September



Puan Nisah Haron dan suami serta anak-anak turut datang. Terima kasih.



Azzah AR, Shazleen dan Waida juga turut datang. Terima kasih.




Puan Ainon Mohd (Pengerusi PTS), Prof Abdullah Hassan puan Mahaya, Puan Ida Munira, A. Rahim Ismail turut datang. Terima kasih.



Puan Azzah Aziz, Puan Ainon dan Prof Abdullah Hassan lebih selesa makan di bawah pokok tepi khemah...




Bergotong royong.....


Friday, September 10, 2010

JEMPUT DATANG


Tarikh: 18 September 2010
Tempat: Rumah saya di Kampung Kerangai
Acara: majlis perkahwinan anak.
Semua dijemput hadir.




Thursday, September 9, 2010

Wednesday, September 1, 2010

MAJLIS ANUGERAH

Majlis penyampaian Anugerah Pilihan Pembaca POPULAR-Berita Harian 2010 akan berlangsung pada 6 September 2010, bermula jam 10.30 pagi di Pentas Utama, Dewan 1, Pusat Konvensyen KLCC.

Para pemenang untuk penulis-penulis pilihan bagi kategori fiksyen dan bukan fiksyen akan diumumkan pada hari tersebut.Manakala 100 pembaca bertuah yang mengundi dengan tepat akan menerima baucer POPULAR bernilai RM50.00 dan keahlian selama setahun.

Hulagu Khan antara 10 judul buku pilihan yang tersenarai dalam kategori bukan fiksyen disamping beberapa buah buku lagi antaranya Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah dan Hamas.

Menang atau tidak menang terima kasih diucapkan kepada Popular-Berita Harian dan pembaca. Kita jumpa di sana…




Pada 18 haribulan pula berlangsung dua majlis yang sangat penting bagi saya iaitu majlis perkahwinan anak saya Norfaizin dan kedua majlis Penyampaian Hadiah Sayembara Menulis Novel Sejarah Johor 111 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor Bahru bermula pada jam 8.00 malam.

Khabarnya pada kali ini akan diumumkan pemenang tempat pertama yang mana tidak ada pemenangnya pada sayembara pertama dan ke dua. Menurut pihak penganjur, pemenang telah dihubungi melalui surat namun hanya mengetahui kedudukan masing-masing pada malam tersebut.

Tampaknya pada hari itu pada sebelah siang sibuk menyambut tetamu yang datang dan pada sebelah malamnya berada di Johor Bahru…