Saturday, August 30, 2008

UCAPAN TERIMA KASIH

Alhamdulillah, hari ini 30 Ogos merupakan hari bertuah buat saya kerana mendapat peluang bersiaran secara langsung di RTM dalam resensi buku. Ucapan terima kasih kepada pihak RTM dan PTS yang memberi peluang ini.

Tuan Sayed Munawar sedang memegang novel Setelah Roboh Kota Melaka terbitan PTS sambil berbual dengan saya.

Novel ini telah menarik perhatian pihak RTM untuk diperkatakan dalam resensi buku sempena Hari Kemerdekaan.

Kali pertama bersiaran di RTM secara langsung. Pada mulanya agak gugup juga tetapi akhirnya berasa seronok pula.

Pada sebelah petang ke MPH Alamanda bertemu Tuan Shamsuddin Kadir yang sedang memperkatakan buku-bukunya . Sempat bergambar kenangan dengan beliau sambil memegang buku yang saya beli. Dapat pula naskhah percuma dari beliau.


Sempat bergambar di sudut promosi novel Leftenan Adnan Wira Bangsa di MPH. Terharu saya melihat promosi begini.


Tuan Mohamad Syafizan atau Mat Jan. Editor novel Setelah Roboh Kota Melaka, Si Bongkok Tanjung Puteri dan Leftenan Adnan Wira Bangsa yang turut datang ke RTM.

30 OGOS DI RTM

30 Ogos: RTM Resensi Buku Bertema Merdeka


Program: Resensi Buku Bertema Merdeka
Tarikh: 30 Ogos 2008 (Sabtu)
Tempat: Studio RTM, Wisma TV, Angkasapuri
Masa: 8.45 pagi
Penulis: Abdul Latip Talib

Bersempena sambutan Kemerdekaan ke-51, RTM menjemput saya bagi membincangkan aspek kenegaraan melalui 3 novel sejarah Si Bongkok Tanjung Puteri, Setelah Roboh Kota Melaka dan yang baru terbit Leftenan Adnan Wira bangsa. Semua novel tersebut diterbitkan oleh PTS.

Sumber dari


http://www.universitipts.com/


Wednesday, August 27, 2008

KOMEN DARIPADA PEMBACA



Saya telah membaca novel Abu Bakar Sahabat Sejati. Secara keseluruhannya novel ini menarik. Saya puas hati dengan fakta yang ada dalam buku ini. Mengikut perkiraan saya semua fakta dan peristiwa dalam buku ini amat tepat sekali.

Pada pendapat saya jasa Khalifah Abu Bakar as Siddiq yg paling besar ialah menumpaskan gejala murtad yang sangat merbahaya dan mengancam Daulah Islamiah yang baru tertegak di bumi Arab.

Tentang pengumpulan al Quran itu memang besar tetapi pada zaman Khalifah Umar al Khattab ia lebih tersusun.

Namun saya masih tertanya-tanya sejauh manakah keberkesanan pengaruh Raja Habib dari Syam setelah beliau memeluk Islam?.

Tahniah atas kelahiran buku ini.

Tunku Ibrahim
Kuala Pilah
Negeri Sembilan.

Thursday, August 21, 2008

SUDAH TERBIT


PTS Fortuna
harga RM 23.00 /
RM 26.00 (Sabah & Sarawak),
978-967-5136-16-0;
Tarikh Terbit: 19 August 2008 ;
Jumlah Muka Surat : 360 halaman

Pada 1 Februari 1933, seramai 25 orang anak Melayu daripada 100 orang calon telah dipilih menjadi rekrut dalam Pasukan Askar Melayu. Di antara mereka termasuk Adnan bin Saidi. Mereka menjalani latihan di Port Dickson.

Atas kesungguhan dan kecekalan 25 orang perintis Askar Melayu ini lalu diadakan pengambilan rekrut baru. Pada 1 Januari 1935, pasukan percubaan Askar Melayu ini telah ditukarkan menjadi Rejimen Askar Melayu dengan kekuatan anggota seramai 150 orang. Kemudian ditambah lagi menjadikan jumlahnya 232 orang.

Pada 1 Januari 1938, Batalion Pertama Askar Melayu (1 Melayu) ditubuhkan dianggotai 17 pegawai British, 6 pegawai Melayu, 11 pegawai waran, 759 pegawai dan lain-lain pangkat.

Pada Mac 1941 Rejimen Askar Melayu ditambah kekuatannya menjadi dua battalion. Mereka diberi tanggungjawab mempertahankan Tanah Melayu daripada serangan askar Jepun.

Dalam pertempuran dengan askar Jepun, Askar Melayu menunjukkan keberanian dan semangat keperwiraan yang hebat di mana seramai 152 anggota Askar Melayu, termasuk 7 pegawai Melayu dan 6 orang pegawai British yang dipinjamkan ke Rejimen Askar Melayu terkorban.

Antara pegawai Askar Melayu yang terkorban itu adalah Leftenan Adnan bin Saidi. Dia bersama 42 orang anggotanya berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir.

Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa, Memaparkan kisah keberanian dan keperwiraan askar Melayu yang sanggup berjuang sehingga ke hujung nyawa.

Novel ini boleh dibeli dirangkaian kedai buku MPH, Popular atau pesan terus melalui


Monday, August 18, 2008

BENGKEL PENULISAN KREATIF DI REMBAU

Rembau adalah tempat kelahiran saya. Kerana itu apabila dijemput menyampaikan ceramah di sana sempena kempen galakan membaca perengkat daerah Rembau pada 14hb yang lalu saya terus menyatakan kesanggupan.

Pesertanya terdiri daripada pelajar sekolah menengah di sekitar daerah Rembau. Mereka yang berminat telah dipilih bagi mewakili sekolah masing-masing.

Kebanyakan mereka baru kali pertama mengikuti bengkel penulisan kreatif. Ada di antara mereka yang minat menulis sajak, cerpen dan novel.

Di akhir bengkel peserta yang berminat menulis sajak diminta menulis sebuah sajak, mereka yang berminat menulis cerpen diminta menulis permulaan sebuah cerpen dan mereka yang berminat menulis novel diminta menulis sinopsis novel. Kebanyakan mereka berjaya menyudahkan tugas yang diberikan.

Semoga dari bengkel yang singkat itu dapat menambahkan lagi minat mereka di bidang penulisan.


Entri berkaitan boleh juga dibaca di blog

http://latiptalib.blogspot.com



Saturday, August 16, 2008

PEMENANG-PEMENANG SAYEMBARA MENULIS NOVEL SEJARAH JOHOR 11

Panel Penilai Menulis Novel Sejarah Johor 11 memperaku novel-novel berikut diberi hadiah seperti senarai dibawah:

1. Hadiah Pertama
Tiada Pemenang

2. Hadiah Kedua
Ribut Andelas, Arus Melaka, Badai Hujung Tanah
Karya Kasim Mahmud

3. Hadiah Ketiga
Rimbun Terra Ujung Medini
Karya Rahimah Muda

Hadiah Sagu Hati

i. Perang Jementah
Karya Abdul Latip Talib

ii. Datuk Moyang Saleh
Karya Abdul Latip Talib

Friday, August 15, 2008

MENANG DUA HADIAH


Selepas mengikuti bengkel penulisan di Air Keroh pada 21-23 Julai 2007 yang dianjurkan oleh Yayasan Warisan Johor, saya telah menghasilkan tiga buah novel yang berkaitan dengan sejarah Johor. Salah satu di antaranya Si Bongkok Tanjung Puteri saya hantar kepada PTS Fortuna untuk diterbitkan. Manakala dua lagi saya hantar untuk menyertai Sayembara Menulis Novel Sejarah Johor 11.


Alhamdulillah, Si Bongkok Tanjung Puteri telah pun terbit dan telah diulangcetak. Manakala dua lagi memenangi Sayembara Menulis Novel Sejarah Johor 11.

Walaupun menyertai sayembara bukan tujuan utama menulis namun kejayaan itu pastinya menyuntik semangat untuk terus berkarya.

InsyaAllah, malam ini (Jumaat 15hb) akan diadakan Majlis Penyampaian hadiah tersebut di Johor Bahru.


Hadiah sayembara novel sejarah Johor 11

Pertama RM35,000.00
Kedua RM 25,000.00
Ketiga RM15,000.

3 hadiah saguhati RM5,000.00 setiap satu.
Entri yang berkaitan boleh juga dibaca di

Thursday, August 14, 2008

AKAN TERBIT



Abdul Latip bin Talib
PTS Fortuna
RM 23.00 / RM 26.00 (Sabah & Sarawak),
978-967-5136-16-0;
Tarikh Terbit: 19 August 2008 ;
Jumlah Muka Surat : 360 halaman






















PTS Fortuna
RM 24.00 / RM 27.00 (Sabah & Sarawak),
978-967-5136-11-5; 9789675136115
Tarikh Terbit: 28 August 2008 ;
Jumlah Muka Surat : 336 halaman

Monday, August 11, 2008

BENGKEL PENULISAN KREATIF

Jawatankuasa Gerakan Membaca Daerah Rembau akan mengadakan Majlis Sambutan Program Kempen Membaca peringkat Daerah Rembau pada 14 & 15 Ogos 2008. Sempena dengan program itu akan diadakan Bengkel Penulisan Kreatif.

Tarikh: 14 Ogos 2008 (Khamis)
Masa: 9.00 oagi - 11.00 pagi
Tempat: Bilik Aktiviti Perpustakaan Awam Caw. Rembau.
Penceramah: Abdul Latip bin Talib.

Program Mari Membaca Peringkat Daerah Rembau 2008 ini akan dirasmikan oleh:

YB Saudara Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Ahli Parlimen Rembau
.

Sunday, August 10, 2008

MAJLIS KONVOKESYEN DI UKM

Hari ini 10hb saya ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menghadiri Majlis Konvokesyen anakanda Norfaizin yang mendapat penganugerahan Sarjana Sains Matematik.


Sejak UKM ditubuhkan lebih 30 tahun yang lalu telah berjaya melahirkan lebih 100,000 graduan dari pelbagai bidang. Kini Graduan lepasan UKM juga boleh berbangga dengan kecemerlangan pencapaian akademik mereka. Ramai yang memegang jawatan penting di jabatan kerajaan dan swasta.

Bergambar kenangan setelah selesai Majlis Konvokesyen. Tahniah daripada kami sekeluarga untuk Norfaizin yang mendapat penganugerahan Sarjana Sains Matematik.


Sejak kecil Norfaizin bercita-cita menjadi Pensyarah. Kini cita-cita telah tercapai. Alhamdulillah.


Entri berkaitan boleh juga dibaca


http://latiptalib.blogspot.com