Friday, December 2, 2011

SYARAHAN DI DAMSYIQ



Saya dapati orang Islam mundur dari segi kebendaan berbanding dengan orang barat.Ia berpunca dari enam perkara. Pertama merebaknya sikap putus asa.Kedua tidak ada keikhlasan dalam kehidupan bermasyarakat.Ketiga wujudnya sikap permusuhan. Keempat tidak adanya hubungan persaudaraan di kalangan umat islam seluruh dunia.Kelima berleluasanya pelbagai bentuk sifat pentingkan diri sendiri, dan keenam wujudnya kezaliman. Sekarang saya akan cuba mrengubati ke enam penyakit itu dengan berpandukan gedung ubat dari al Quran.

Al amal ialah dengan meletakkan sepenuh harapan kepada rahmat Allah.Dunia Islam lebih-lebih lagi Turki dan Arab sedang mula bangun menentang segala bentuk rintangan. Saya hendak memberitahu seluruh dunia bahawa masa depan dunia ini adalah untuk Islam. Kebenaran al Quran dan iman akan tertegak, JIka kita benar-benar melaksanakan akhlak dan keimanan Islam penganut-penganut agama lain akan berpusu-pusu memeluk Islam.

Tamadun Asia akan menggantikan tamadun Barat kerana tamadun barat berlandaskan nafsu jahat, penindasan dan persaingan. Tamadun Barat tidak berlandaskan petunjuk Ilahi. Dalam tamadun Barat kejahatan mengatasi kebaikan. Tamadun Barat sedang reput. Lantaran itu tamadun Asia akan mengantikan tamadun Barat.

(Petikan ucapan Badiuzzaman Said Nursi di Masjid Umayyah Damsyik pada tahun 1911)


No comments: