Antara kenangan manis semasa kembara di Turki apabila diberi peluang bersiaran di TV Dost. Bagi saya ianya berupa satu penghormatan kepada penulis dari Malaysia dibenarkan bercakap Bahasa Melayu yang siarannya dapat ditonton di seluruh EU.
Menurut Puan Ainon pula, Kawabata, Tanizaki dan Mishima tidak sepatah tahu bahasa Inggeris, namun karya mereka diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa lain (termasuk Indonesia dan Melayu). Berkaryalah dalam bahasa Melayu. Apabila memang karya kita besar, sebagaimana karya Pramoedja, satu hari nanti dunia tetap akan membaca karya kita.
Walaupun saya tidak sehebat penulis-penulis tersebut namun penghormatan itu memberi semangat dan keyakinan untuk terus menghasilkan novel sejarah…
“Ini antara karamah Badiuzzaman Said Nursi,” kata tuan Khairul Nayan,ketua rombongan kami ke Turki bagi menjejaki kisah ulama yang hebat itu.
Terima kasih diucapkan kepada TV Dost Turki…
1 comment:
setiap perkataan yg pak latip uucap pasti di terjemah ke bahasa yg di pahamni di seluroh EU... syabas..
Post a Comment