Tuesday, August 14, 2012

Perima Royalti Tertinggi Bagi Jualan 2011 PTS




TOP 100 Penerima Royalti Tertinggi Bagi Jualan 2011 PTS


1. Abdul Latip bin Talib
2. Noorliza binti Kamarudin @ Chef Hanieliza
3. W Sasongko Muhammad Alexander
4. Dr. Danial bin Zainal Abidin
5. Ain Maisarah
6. Lily Haslina binti Nasir
7. Prof. Dr. Zulkifli bin Mohd Yusoff
8. Ustaz Azhar Idrus
9. Ahmad Badrul Hisam bin A Razak
10. Rohidzir bin Rais
11. Saridah binti Hamid
12. Afareez bin Abd Razak
13. Engku Zainun Engku Ab Rahman
14. Zamri bin Mohamad
15. Mazlia binti Murat
16. Muhammad Masnur Hamzah
17. Raihanah binti Salleh
18. Mohammad Ashadi bin Mohd Zaini
19. Hussin Khan bin Rahmatullah Khan
20. Ida Munira binti Abu Bakar
21. Prof. Dr. Muhd Kamil bin Ibrahim
22. Noor Halilah binti Mohd. Halim
23. Rafiza binti Ab. Rahman
24. Aminurashid bin Yeop Aziz
25. Rezarly bin Musa
26. Ammran bin Yunus
27. Raja Nur Qurshiyah binti Raja Hirdan
28. Adlie Syamsudin bin Samsudin @ Shamsudin
29. Ainon Mohd.
30. Maslina binti Ngadiman
31. Mohamad Bahruddin bin Mohamad Bekri
32. Dato' A. Samad Said
33. Ahmad Zahiruddin bin Mohd Zabidi
34. Nor Hazizam binti Ab Rahman
35. Sabaruddin bin Hussein
36. Rohayati binti Bakri
37. Salina binti Ibrahim
38. Noorfadzillah binti Omar
39. Marzuki bin Mohd Noor
40. Ahmad Fadzli bin Yusof
41. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad
42. Raudzah binti Roslan
43. Nur Ilyani binti Alias
44. Hasnah binti Muhamad Daud
45. Sharliza binti Ahmad
46. Fahrur Mu'is
47. Umi Kauthar binti Abdul Razak
48. Nor Emila binti Mohd Yusof
49. Supian bin Mat Salleh
50. Wan Nor Ainon binti Wan Abdullah
51. Nora binti Ismail
52. Muhammad Syaari bin Abdul Rahman
53. Noorul Hafizah binti Matsom
54. Fatimah Rodhiah binti Mohd Yusof
55. Syahrul Nizam Junaini
56. Wan Nazwani binti Wan Johan
57. Fatimah Syarha binti Mohd Noordin
58. Zauwiyah binti Ahmad
59. Mohd Norazmi bin Mohd Mokhtar @ Mohd Mohter
60. Osman Bin Appan
61. Hasan bin Mohamed Ali
62. Mohd Shahremy Ikmal bin Shahbudin
63. Zulkifli bin Hamisan @ Khair
64. Norhidayah binti Ismail
65. Nazri bin Mohd Annuar
66. Majidah binti Mat Jusoh
67. Wawan Susetya
68. Shamsuddin bin Abdul Kadir
69. Sakinah binti Salleh
70. Killa Puteri binti Sariman
71. Rashidi Anak Gujang
72. Nurasyikin binti Ahmad
73. Dato' Dr. Haron bin Din
74. Wan Mohd Nor Che Mohamed
75. Shamsul Anuar bin Yusof
76. Jasmian bin Jamaludin
77. Haryani binti Kamilan
78. Nur Hidayahtul Husna Binti Adnan @ Nan
79. Mohd Nazri bin Kadir
80. Nahddatun Nisaak binti Othman
81. Saayah binti Abu
82. Moh Dat bin Haji Molok
83. Muhammad Afiq bin Abdul Salam
84. Mardiana binti Mat Ishak
85. A. Ubaidillah bin Alias
86. Masnah binti Md Ali
87. Ann Wan Seng
88. Syaizul Amal bin Zulkaffly
89. Mohamad Yazid bin Abdul Majid
90. Azzah binti Abdul Rahman
91. Mohamed Salleh Deran
92. Nik Muhammad Nasri bin Nik Malek
93. Asma Fadila binti Habib
94. Mohamed Salim bin Salleh
95. Nazira binti Noran
96. Nor Hafiza binti Mohd H Piah
97. Mohd Fadzilah bin Kamsah
98. Nuriazam bin Ismail
99. Frederique De Pietro @ Suriya Fred Abdullah
100. Arba'ai binti Mahbar

http://universitipts.com/index.php/site/comments/top_100_penerima_royalti_tertinggi_bagi_jualan_2011/




TERIMA KASIH PEGAWAI KEDUTAAN

Semasa kembara di Iran kami sempat menghubungi pihak  kedutaan Malaysia di Iran. Mereka datang menemui kami untuk bertanya khabar.Bergambar kenangan di hotel tempat penginapan kami...
Novel Mustafa Kamal Ataturk dan Badiuzzaman Said Nursi dihadiahkan kepada pegawai kedutaan Malaysia di Iran Encik Roslan dan Encik Muhamad Ridzuan. Keduanya begitu tertarik hendak membacanya. Mereka juga mencadangkan ditulis kisah Imam Ghazali yang makamnya ada di Iran...

MENJEJAKI SEJARAH SALMAN AL FARISI

Dengan izin Tuhan kami dipertemukan dengan seorang bekas guru sejarah yang tahu mengenai kisah Salman Al Farisi...
Banyak maklumat mengenai Salman al farisi yang diceritakannya.
Kami dijamu dengan makanan yang enak...alhamdulillah...

Monday, August 13, 2012

MENJEJAKI SEJARAH SALAMN AL FARISI

Menjejaki sejarah Salman al farisi di Iran...Bertemu seorang penduduk Desa Ji tempat kelahiran Salman al Farisi. Tidak ada maklumat yang didapati kerana lelaki itu tidak kenal siapa Salman al Farisi..
Bergambar kenangan di Tehran.



Kami sampai ke Desa Ji tempat kelahiran Salman al Farisi. Desa ini telah bertukar menjadi sebuah pekan kecil.


Desa Ji tempat kelahiran Salman al Farisi. Ada sebatang jalan dinamakan Salman.
Bertemu anak-anak muda di Desa Ji...Mereka juga tidak kenal siapa Salman al farisi...
Rumah berhala di puncak bukit. Untuk sampai kepuncak mengambil masa satu jam
Kami bertemu dengan keluarga yang sedang berkelah lalu dipelawa duduk bersama dan menikmati makanan yang dibawa.
Rumah berhala api dipuncak bukit...
Lelaki tua ini juga tidak tahu sejarah Salman al Farisi...

Monday, May 28, 2012

KEMBARA KE IRAN

Rabu 30hb Mei saya bersama 5 orang rakan akan kembara ke Iran. Antara tempat yang kami lawati ialah Tehran, Shiraz, Qom dan Isfahan. Tujuan kembara ini untuk menjejak sejarah Salman al Farisi. Semoga perjalanan kami lancar. InsyaAllah.

Thursday, May 3, 2012

IMAM BUKHARI

Ya Allah, Pada pagi hari Jumaat yang mulia ini saya mulakan penulisan novel Imam Bukhari. Kurniakan kekuatan, kesihatan dan limpahan ilham yang banyak. Semoga usahaku ini mendapat kejayaan di dunia dan akhirat. Amin.

BEDAH BUKU SULTAN MUHAMAD AL FATEH

UTUSAN MALAYSIA


Thursday, April 26, 2012

PROGRAM PESTA BUKU

28hb Pelancaran novel Badiuzzaman Said Nursi jam 12.45 hingga 2.45 petang.


30hb Temuramah dengan wartawan Utusan Malaysia


29hb Berada di Booth Persatuan Kebudayaan Malaysia - Turki pada jam 2 Petang

1hb Mei Berada di Booth PTS jam 3.15 petang

Wednesday, April 25, 2012

Friday, April 6, 2012

DIULANG CETAK




http://universitipts.com/index.php/site/comments/gudang16/

MENCARI CINTA ALLAH


Alhamdulillah

Syukur kepada Allah SWT.

Dengan keizinannya Forum Bicara Cinta Anak Muda (FBCAM) sudah masuk ke SIRI 3.

Kali ini, FBCAM Anjuran Majalah I akan menjenguk pembaca di Kuala Klawang, Jelebu Negeri Sembilan pula.

Pelbagai acara
menarik menanti pengunjung di sana... antaranya:

• Forum Bicara Cinta Anak Muda – Mencari Cinta Allah.


• Jualan Buku dan majalah


• Persembahan Nasyid dan Marhaban oleh pelajar-pelajar SMK Undang Jelebu.


• Deklamasi Puisi Islam oleh Abd Latip Talib ( Kolumnis Majalah i / Penulis Novel Sejarah Malaysia)


• Agihan Wakaf buku / Majalah oleh Karya Bestari kepada 28 buah masjid sekitar Jelebu.


Mohon kerjasama semua untuk menguar-uarkan program ilmu kami kepada sahabat handai, jiran tetangga dan sanak saudara yang tinggal berdekatan.


Semoga melalui hebahan ini, kita sama-sama dapat memperoleh kebaikan dari Allah SWT.


Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program ini,


Editor Majalah i- Encik Ahmad Yani Abd Manaf dan Penulis Karya Bestari – Prof Madya Mohd Nor Mamat


akan bersiaran secara langsung dalam rancangan

Selamat Pagi Malaysia (RTM 1)


Jumaat

6hb April 2012.

Jam 8 - 9 pagi

Tuesday, March 20, 2012

UMRAH


Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah SWT, akhirnya terlaksana juga hajat saya untuk membawa 2 orang peminat novel sejarah Islam menunaikan Umrah ke tanah suci Mekah. Fatin Nur Izzati (Aftiey Az-Zarqa) pelajar Kolej Universiti Islam Selangor dan -- Zariyatul Akmalina - pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) kelihatan gembira selama kami berada di Madinah dan Kota Mekah. Semoga kami dikurniakan Umrah yang mabror...amin...


Wednesday, March 7, 2012

UMRAH


Pada hari ini 8hb Mac saya bersama 19 orang jemaah termasuk 2 pemenang "hadiah Umrah" akan berangkat ke tanah suci Mekah mengerjakan Umrah.

Semoga perjalanan kami selamat dan lancar serta dikurniakan umrah yang Mabrur. Amin.


Monday, February 13, 2012

Sunday, February 12, 2012

KALIMAH PERTAMA BISMILLAH


Kalimah Pertama daripada Badiuzzaman Said Nursi.

Lafaz bismillah (Dengan nama Allah) induk bagi segala kebaikan, permulaan bagi setiap urusan. Kita juga memulakan dengan bismillah. Wahai diri, ketahuilah sesungguhnya kalimah yang indah dan berkat ini, di samping menjadi syiar Islam, ia juga zikir seluruh makhluk yang ada mengikut bahasanya sendiri. Andainya engkau mahu mengetahui sejauhmana kandungan ucapan bismillah yang mempunyai kekuatan agung yang tidak pernah luput dan betapa luas keberkatannya yang tidak pernah berakhir, maka dengarlah wahai diri akan hikayat perumpamaan yang ringkas ini.

Sesungguhnya seorang badawi yang berkelana (bermusafir) di padang pasir, tentunya berlindung dengan ketua kabilah, bernaung di bawah naungannya agar terselamat dari segala kejahatan musuh, agar terlaksana segala tugasnya serta memperolehi segala keperluannya. Sekiranya tidak, maka ia akan kekal keseorangan, terpinga-pinga dan tercengang-cengang di hadapan musuh yang terlalu ramai dan keperluannya yang tidak terbatas.

Begini… kebetulan dua orang lelaki keluar berkelana. Salah seorang daripadanya bersifat tawadhu' dan seorang lagi pula terpedaya dengan diri sendiri. Maka yang tawadhu' itu bernaung kepada ketua, manakala yang terpedaya tadi menolak dari menerima sebarang naungan. Maka berkelanalah kedua-duanya itu di padang pasir.

Yang bernaung tadi setiap kali mendiami sebuah khemah ia menerima penghormatan dan penghargaan disebabkan kemuliaan nama ketua tersebut. Apabila ia berjumpa perompak, ia akan berkata; sesungguhnya aku berkelana di bawah naungan ketua itu, lalu si perompak tadi akan melepaskannya.

Yang terpedaya pula, ia bertembung dengan pelbagai musibah dan kecelakaan yang tidak mampu diungkapkan. Di sepanjang perjalanan ia sentiasa dalam keadaan cemas, takut dan terpinga-pinga. Lalu ia mengutuk dan mengeji dirinya sendiri.

Wahai diri yang tertipu, ketahuilah, engkaulah si badwi yang berkelana itu, dan dunia yang luas inilah padang pasirnya. Sesungguhnya kefakiran dan kedaifanmu tidak terbatas sebagaimana musuh dan kehendakmu juga tidak berkesudahan. Sekiranya demikian, maka bernaunglah dengan nama pemilik dan penguasa sebenar padang pasir tersebut, agar engkau terselamat daripada kelihatan terpinga-pinga di depan alam ini dan daripada kejinya perasaan takut bila berhadapan dengan musibah.

Ya! sesungguhnya kalimah suci bismillah umpama khazanah besar yang tidak akan pernah berkurangan isinya kerana dengan kalimah inilah kedaifanmu itu akan bergantung kepada rahmat yang maha luas bahkan terlebih luas daripada alam ini, dan dengannya juga, kefakiranmu akan bergantung kepada kuasa yang amat hebat yang mentadbir kewujudan ini bermula daripada atom sehinggalah kepada cakerawala. Sehingga akhirnya, kedaifan dan kefakiranmu itu akan menjadi syafaat di sisi yang Maha Berkuasa, Maha Penyayang, Pemilik bagi segala kemuliaan.

Sesungguhnya yang bergerak dan yang diam, yang berpagi dan berpetang, yang mengungkapkan kalimah bismillah adalah seumpama orang yang terlibat dalam ketenteraan. Ia berurusan atas nama negara dan tidak gentar kepada sesiapapun. Ia berucap atas nama undang-undang dan negara, maka terlaksanalah segala urusannya dan tetaplah pendiriannya dalam menghadapi semua perkara.

Kita telah menyebut di permulaan tadi bahawa semua makhluk ini berzikir dengan bahasanya yang tersendiri iaitu dengan menyebut kalimah bismillah… adakah ini benar?

Ya! sebagaimana engkau melihat seorang lelaki yang mengepalai orang ramai dalam satu perbarisan dan memerintahkan mereka supaya melakukan pelbagai jenis urusan, maka sesungguhnya engkau pasti bahawa lelaki ini bukan mewakili dirinya sendiri dan tidak pula mengepalai orang ramai atas nama dan kekuatan dirinya sendiri, tetapi ia sebenarnya adalah seorang askar yang bertindak atas nama negara dan berdasarkan kuasa pemerintah.

Seluruh makhluk ini juga menunaikan tanggungjawabnya dengan lafaz bismillah, maka benih-benih yang teramat kecil itu, dengan lafaz bismillah, ia menjunjung di atas kepalanya pohonan yang besar dan bebanan yang berat. Setiap pohonan ini pula berkata bismillah, lalu penuhlah dedahannya dengan buah-buahan daripada gedung rahmat Allah, lalu dipersembahkannya rahmat tersebut kepada kita. Setiap taman berkata bismillah, lalu ia seolah-olah menjadi sebuah dapur kepada kekuasaan Allah (S.W.T) yang tersedia di dalamnya makanan yang lazat… dan setiap haiwan yang mempunyai faedah dan manfaat seperti unta, kambing dan lembu pula berkata bismillah, lalu ia menjadi seolah-olah sebuah sumur yang memancutkan susu-susu yang teramat lazat, lalu dipersembahkannya kepada kita sebaik-baik dan sebersih-bersih bahan makanan di atas nama al-Razzaq. Dan akar-akar tumbuhan serta rumput-rampai mengucapkan bismillah, lalu memecahkan bebatu yang keras dengan bismillah dan menembuskannya dengan akar-akar yang menjalar lembut bagai sutera itu, lalu menundukkan setiap kesusahan dan setiap benda yang keras di hadapannya dengan bismillah dan dengan bismirrahman.

Ya! sesungguhnya menjalarnya dedahan pohon di udara, mengendong buah-buahan dan menjalarkan akar-akarnya ke batu yang keras dan ia menyimpan bahan makanan dalam kegelapan tanah… begitu juga dedaunan hijau dapat menanggung kepanansan serta bahangnya itu, lalu dapat terus kekal dalam keadaan segar. Itu semua dan yang lain daripada itu merupakan satu tamparan hebat terhadap mulut golongan materialistik yang menjadi penyembah kepada sebab dan ia juga seolah-olah suatu tempikan di hadapan muka mereka. Sesungguhnya bahan-bahan yang kamu banggakan disebabkan kekerasan dan kepanasannya juga tidak mampu memberi kesan dengan sendiri, bahkan kedua-duanya itu dapat menjalankan tugasnya atas arahan pemerintah yang satu, yang menjadikan akar-akar yang lembut dan halus ini seolah-olah tongkat nabi Musa (a.s) yang dapat memecahkan batu dan tunduk kepada perintah (Lalu Kami berfirman pukullah batu itu dengan tongkat mu), surah al-Baqarah :60 ; yang menjadikan dedaunan yang lembut dan segar seolah-olah anggota badan nabi Ibrahim (a.s) yang ketika menghadapi kepanasan membaca (… wahai api jadikanlah diri kamu sejuk dan selamat ke atas Ibrahim), surah al-Anbiya' :69.

Selagi setiap kewujudan di alam ini mengungkapkan dengan makna bismillah dan mengundang nikmat-nikmat Allah dengan bismillah, lalu dipersembahkannya kepada kita, maka wajarlah kita juga untuk mengungkapkan ucapan bismillah, apabila memberikan dan mengambil sesuatu dengan bismillah. Wajib juga bagi kita menolak pertolongan dari golongan yang lalai yang tidak memberikan sesuatu dengan bismillah.

Persoalan; kita menyatakan rasa hormat, rasa kagum kita kepada mereka yang menjadi sebab kepada nikmat yang kita perolehi. Dan apakah yang dipinta dari kita oleh Allah, Pemilik dan Penguasa semua nikmat itu?

Jawapannya; Sesungguhnya Pemberi nikmat yang hakiki meminta kita tiga perkara sebagai bayaran kepada nikmat-nikmatNya yang tidak ternilai itu iaitu zikir, syukur dan fikir.

Maka bismillah pada permulaan adalah zikir, alhamdulillah sebagai penyudah adalah syukur dan keadaan di antara keduanya (zikir dan syukur) adalah fikir iaitu dengan memerhatikan nikmat-nikmat yang indah tersebut serta menyedari bahawa ia merupakan mukjizat bagi kekuasaan Dia Yang Esa, yang menjadi tempat berserah dan juga menyedari itu semua adalah hadiah bagi sifat rahmatNya yang maha luas, maka pemerhatian inilah yang dipanggil fikir.

Tetapi…tidakkah mereka yang sanggup mencium kaki tentera yang menjadi khadam yang menyampaikan hadiah seorang penguasa, telah melakukan kebodohan yang amat dahsyat dan kedunguan yang amat keji. Oleh itu, bagaimana pula dengan mereka yang memuji sebab yang berbentuk kebendaan yang membawa kepada nikmat, lalu menyerahkan kepada sebab tersebut kasih sayang dan ketundukan tanpa mengkhususkan kedua-duanya kepada pemberi nikmat yang sebenar. Tidakkah mereka ini telah melakukan kebodohan seribu kali lebih teruk daripada contoh tadi. Wahai diri, andainya engkau tidak mahu dimasukkan ke dalam golongan yang bodoh lagi dungu tadi, maka berilah dengan bismillah, ambillah dengan bismillah, mulalah dengan bismillah dan bekerjalah dengan bismillah.

Kalimah Pertama

Oleh :

Badiuzzaman Said Nursi. Daripada Kitab al-Kalimah.

Terjemahan :

Ustaz Muhammad Zaidin Mat

Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin, Terangganu Darul Iman, Malaysia.

Disemak :

Prof. Madya Dr. Abdol Rauh Yaccob

Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor Darul Ihsan, Malaysia.