Sunday, November 10, 2013
Thursday, September 26, 2013
Thursday, August 22, 2013
Walaupun Cuma setahun Dr Morsi menjadi Presiden Mesir beliau tetap akan dikenang sebagai pemimpin yang bertimbang rasa terhadap rakyat Mesir antaranya:
Pihak pembangkang mengadakan sebanyak 7,709 protes, 24 kali seruan untuk perhimpunan sejuta rakyat agar keluar ke jalan mendesak Mursi untuk meletakkan jawatan namun hanya seorang sahaja yang terbunuh.
Sedangkan dalam masa 50 hari kudeta memerintah Mesir, 6181 terbunuh, 25,552 tercedera dan 18,565 ditahan (Sumber : Twitter Anti-Coup Alliance).
Dalam masa setahun menjadi Presiden hampir 500,000 ibu tunggal di seluruh Mesir menerima pencen 400 pound Egypt sebulan untuk menyara keluarga mereka. Malangnya, apabila berlaku rampasan kuasa, pembiayaan tersebut dihentikan.
Kerajaan Dr Mursi juga menghapuskan hutang lapuk yang ditanggung 52,200 petani kecil agar dapat memulakan hidup baru.
Kerajaan Dr Mursi menyediakan insurans kesihatan untuk 13.2 juta kanak-kanak di seluruh Mesir berjumlah 160 juta Pound Egypt. Manakala 1.2 juta rakyat pula menikmati perkhidmatan kesihatan percuma.
Dalam tempoh setahun juga kerajaan pimpinan Dr Mursi berjaya menyediakan sebanyak 45,388 rumah mampu milik untuk rakyat Mesir yang belum memiliki rumah. Seramai 90,000 keluarga juga menikmati skim pinjaman untuk bina rumah sendiri.
Kerajaan Mursi juga telah menyediakan sebanyak 593,000 peluang pekerjaan baru untuk rakyat dengan belanjawan melebihi 3.5 bilion Pound Egypt, dan ini merangkumi 5,611 pekerjaan untuk graduan menganggur.
Sepanjang pemerintahan Mursi, negara Mesir telah menyaksikan peningkatan KDNK pada tahap terbaik berbanding tahun-tahun 2010-2011, iaitu purata 2.4% pada 2013 berbanding 1.8% pada 2011 dan 2012.
Malangnya semua pencapaian Dr Mursi ini disembunyikan, sebaliknya, kelemahan yang diwujudkan untuk mengaburi rakyat yang naif serta masyarakat antarabangsa agar membina persepsi bahawa Dr Mursi dan Ikhwan Muslimin gagal memerintah negara.
“Dan begitulah kami lantik dari kalangan orang-orang yang zalim memimpin golongan yang zalim disebabkan dosa-dosa yang mereka lakukan.” Surah al-An’aam ayat 129.
Umat Islam sekarang berada di zaman ke 4 iaitu zaman pemerintahan diktator. Pertama zaman nabi. Kedua zaman khalifah. Ketiga zaman pemerintah yang menggigit (fitnah). Keempat zaman pemerintah diktator.Kelima kembali pada zaman khalifah…
Monday, August 19, 2013
Inilah permulaan bagi siri peperangan yang paling panjang dalam sejarah manusia.
Ia bermula dengan Maharaja Alexius 1, yang meminta bantuan Barat, demi mempertahankan Empayar Rom Byazantine.
Seruan itu bersambut, dengan Paus Urban II berucap di
persidangan Clermont. Dia menyeru bagi membantu Empayar Rom Byzantine,
menyeru kepada balas dendam, dan menyeru membebaskan Baitulmuqaddis.
Seruan itu merebak ke seluruh Eropah. Akhirnya puluhan ribu sukarelawan sudah berkumpul di Kota Konstantinopel.
Sementara itu, jauh di Timur, kerajaan Islam Turki Seljuk, Kerajaan Fatimiyah Mesir, Bani Abbasiyah terus bertelagah kuasa.Mereka tidak sedar, satu gerombolan tentera yang tinggi
semangat juangnya, yang dahsyat kemahuannya sedang menuju ke arah
mereka, yang akan menghancurkan segala yang menghalang. Mereka adalah
gerombolan tentera Salib.
Lalu, apa akhirnya bagi Perang Salib yang pertama?
Cerita ini mengisahkan seorang warga emas bernama Pak Rahman, seorang pejuang kemerdekaan yang pernah hidup pada zaman pemerintahan Komunis di Tanah Melayu, pulang ke tanah air setelah 50 tahun merantau ke luar negara (England).
Setelah begitu lama menghilangkan diri, kepulangannya tidak dikenali lagi oleh penduduk kampungnya sendiri. Tambahan pula Pak Rahman sengaja merahsiakan identitinya kerana sebab-sebab tertentu. Tetapi sedikit demi sedikit akhirnya orang kampung tahu siapa orang tua yang mereka anggap pendatang asing itu.
Selama berada di kampung itu, kesunyian menyelubungi hati Pak Rahman. Pun begitu, dia mengubatinya dengan mendekatkan hatinya kepada Tuhan. Kehadiran beberapa orang kampung yang tidak keberatan untuk berbual dengannya mengisi kekosongan hidupnya.
Pak Rahman juga sempat berbakti kepada penduduk kampung. Dia membantu keluarga miskin yang memerlukan bantuan. Dia juga membantu seorang pemuda yang ingin melanjutkan pelajaran ke universiti.
Akhirnya penduduk kampung tahu siapa sebenarnya Pak Rahman. Dia disanjung dan dianggap sebagai seorang wira kemerdekaan.
Kisah Moyang Salleh dan para pengikutnya yang menuntut adat di Empayar Johor. Keempat-empat pengikutnya mempunyai kekuatan yang luar biasa. Tok Gagah Lela Perkasa mempunyai kekuatan yang luar biasa dan dapat mengalahkan 10 orang dalam pertandingan tarik tali. Tok Beruang Hitam mempunyai cakar yang kuat, Tok Laut Api dapat mengeluarkan api daripada mulutnya, dan Tok Bauk yang dapat melompat setinggi pokok kelapa. Berjayakah mereka dalam misi mereka menuntut adat di Johor?
Sunday, August 4, 2013
Ratu Isabella dilahirkan pada Khamis, 22 April 1451 bandar Murcia, wilayah Madrigal di bawah pemerintahan kerajaan Castile. Pada masa itu Sepanyol terbahagi kepada empat kerajaan iaitu Castile yang terbesar, Aragon di bagian sebelah utara Spanyol sekarang, Granada di sebelah selatan dan Navarre di utara.
Siapa sangka Isabella semasa kecilnya seorang anak gadis yang comot pernah menderita akibat kekejaman abang tirinya Raja Enrique akhirnya muncul sebagai tokoh yang paling berjasa di Sepanyol.
Beliau dan suaminya Ferdinand berjaya menghapuskan pemerintahan Islam yang telah berkuasa di Sepanyol selama 800 tahun sehingga seolah-olah Islam tidak pernah wujud di Negara tersebut.
Zaman kemuncak pemerintahan Sepanyol apabila kekuasaannya meliputi Negara Jerman, Belanda, Belgaria, Austria, Swiss, sebagian besar Italia, sebagian Perancis, Cekoslowakia, Poland, Hunggari, Yugoslavia dan sebagian besar daerah Amerika Selatan.
Ternyata Ratu Isabella seorang wanita yang bijak, berpandangan jauh, licik dan begitu fanatik terhadap agamanya. Apabila abang tirinya Raja Enrique atau Henry 1V memaksanya berkahwin dengan Raja Portugal dengan tujuan politik bagi meluaskan pengaruhnya, Isabella memilih Ferdinand anak raja Aragon menjadi suaminya.
Raja Enrique marah lalu menamakan anak perempuannya Yuana yang masih kecil sebagai pewaris takhta. Tidak lama kemudian Raja Enrique meninggal dunia, Isabella dengan sokongan suaminya Ferdinand menuntut Kerajaan Castile. Berlaku perang saudara selama hampir dua tahun akhirnya pasukan Isabella beroleh kemenangan.
Ternyata Ratu Isabella belum berpuas hati dengan kejayaannya itu, Beliau mahu memerintah seluruh Sepanyol dan menjatuhkan pemerintahan Islam yang sudah berkluasa selama 800 tahun. Sebelum itu banyak usaha telah dilakukan bagi menjatuhkan pemerintahan Islam tapi tidak berjaya.
Akhirnya Isabella dan suaminya tahu di mana kelemahan umat Islam lalu menghantar rokok, arak dan para penyanyi dan penari yang akhirnya membuat orang Islam lebih suka menyanyi dan melihat tarian serta hiburan dari membaca al Quran.
Akhirnya pada tahun 1492 Ratu Isabella dan suaminya Ferdinand berjaya menakluk Granada kubu terakhir pemerintah Islam. Bagi memastikan umat Islam tidak memberontak maka dibuat perjanjian damai, umat Islam dibenarkan beribadat menurut ajaran agama. Begitu juga orang Yahudi dibenarkan menganut agama mereka.
Kemudian Ratu Isabella dan Ferdinand mengeluarkan perintah melalui mahkamah semua orang Yahudi di Sepanyol masuk Kristien atau keluar dari Sepanyol. Ketika itu umat Islam tidak termasuk dalam perintah itu malah Ratu Isabella meminta bantuan orang Islam untuk memastikan semua orang Yahudi keluar dari Sepanyol.
Selepas rancangan itu berjaya akhirnya tiba pula giliran umat Islam dipaksa membuat pilihan masuk Kristian atau keluar dari Sepanyol. Pada mulanya umat Islam Sepanyol menentang perintah tersebut malah mereka sanggup berjuang. Lalu dipujuk mereka boleh keluar dari Sepanyol berlindung di bawah pemerintahan kerajaan Uthmaniyah di Turki. Malah Ratu Isabella berjanji menyediakan kapal yang mengangkut mereka keluar dari Sepanyol dengan percuma.
Ternyata umat Islam Sepanyol termakan pujukan itu lalu bersetuju meletak senjata dan pergi ke pantai hanya dengan membawa harta tanpa senjata. Ternyata itu adalah perangkap, apabila mereka sudah menaiki kapal maka kapal itu dibakar di tengah lautan. Mereka yang menunggu giliran di pantai dibunuh tentera Ratu Isabella tanpa belas kasihan.
Mereka yang masuk Kristian pula dipastikan mereka tidak murtad. Jika didapati bersembahyang, tidak makan babi atau menyimpan al Quran dalam rumah maka seluruh keluarga habis dibunuh.
Kisah kekejaman Ratu Isabella terhadap umat Islam ini banyak diceritakan dalam buku sejarah seperti al-Ihatah fi Akhbar Gharnatah (Berita Menyeluruh Mengenai Granada) dan al-Muqtabas min Akhbar al-Andalus (Sekelumit Sejarah Andalus), malah seorang ulama terkenal bernama Ibn Hazam mnceritakannya dalam kitabnya al-Fisal fi al-Milal wa al-Nihal.
InsyaAllah terbit pula novel bertajuk Ratu Isabella - Meratapi Islam di bumi Andalus.
Thursday, June 13, 2013
Napoleon Bonaparte seorang Islam?
Berita ini disambut gembira umat Islam namun dinafikan oleh mereka yang tidak senang dengan perkara yang mengembirakan umat Islam. Tambahan pula Napoleon Bonaparte itu dimusuhi Inggeris. Tokoh yang menjadi musuh Inggeris dianggap orang jahat…
Seorang penulis bernama Davis Musa Pidcock menulis sebuah buku bertajuk Satanic Voices-Ancient and modern terbit pada tahun 1992 mengatakan Napoleon Bonaparte memeluk Islam pada 02 July 1798 atau 23 tahun sebelum meninggal dunia.
Surat kabar Perancis ‘Le Moniteur’, turut melaporkan berita Napoleon Bonaparte memeluk Islam pada tahun 1798. C.Cherfils Penulis buku ‘Napoleon And Islam’ (ISBN: 967-61-0898-7) turut mengakui kebenaran tersebut.
Majalah Genuine Islam yang diterbitkan di Singapura edisi Oktober 1936 pernah menyiarkan kata-kata Napoleon Bonaparte seperti berikut.
“Religions are always based on miracles, on such things than nobody listens to like Trinity. Yesus called himself the son of God and he was a descendant of David. I prefer the religion of Muhammad. It has less ridiculous things than ours; the turks also call us idolaters.”
(“Agama-agama itu selalu dikaitkan dengan hal-hal yang ajaib, seperti halnya Trinitas yang sukar dipahami. Jesus memanggil dirinya sebagai anak Tuhan, padahal ia keturunan Daud. Saya lebih meyakini agama yang dibawa oleh Muhammad. Islam terhindar jauh dari kelucuan-kelucuan ritual seperti yang terdapat di dalam agama kita (Kristien); Bangsa Turki juga menyebut kita sebagai orang-orang penyembah berhala dan dewa.” )
Kata Napoleon Bonaparte lagi:
“Surely, I have told you on different occations and I have intimated to you by various discourses that I am a Unitarian Musselman and I glorify the prophet Muhammad and that I love the Musselmans.”
(Dengan penuh keyakinan saya telah mengatakan kepada anda semua pada kesempatan yang berbeda, dan saya harus memperjelas lagi kepada anda di setiap ceramah, bahwa saya adalah seorang Muslim, dan saya memuliakan nabi Muhammad serta mencintai orang-orang Islam.)
Akhirnya beliau berkata :
“In the name of God the Merciful, the Compassionate. There is no god but God, He has no son and He reigns without a partner.”
(Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Tiada Tuhan selain Allah. Ia tidak beranak dan Ia mengatur segala makhlukNya tanpa pendamping. )
Selanjutkan Nepoleon Bonapart mengatakan “Aku telah belajar dari buku ini, dan aku merasa bahwa apabila kaum muslimin mengamalkan aturan-aturan komprehensif buku ini, maka niscaya mereka tidak akan pernah terhinakan.”
Akibatnya Napoleon Bonaparte telah dimusuhi oleh Inggeris dan sekutunya yang membawa kejatuhan Jeneral Perancis yang paling digeruni itu.
Subscribe to:
Posts (Atom)