Monday, January 24, 2011

PENULIS JUTAWAN PTS 2010




Dalam bahasa PTS, penulis yang dilabelkan sebagai 'penulis jutawan PTS' adalah mereka yang buku-bukunya berjaya dijual pada nilai lebih RM1 juta setahun.

Purata apabila nilai buku mereka terjual RM1 juta, royalti mereka adalah RM100 ribu setahun. Dengan andaian setiap tahun mereka berjaya menjual RM1 juta, maka dalam 10 tahun mereka menerima royalti RM1 juta.

Pada tahun 2009 hanya seorang sahaja penulis PTS yang berjaya dilabelkan sebagai 'penulis jutawan PTS', beliau adalah Tn. Abd. Latip Talib.

Bagi tahun 2010, jumlah itu bertambah menjadi 4 orang pada 2010. Mereka adalah:

Tn. Abd. Latip Talib (novel sejarah)

Tn. Muhammad Alaxender (buku sejarah Islam)

Pn. Chef Hanilieza (buku resipi)

Pn. Ain Maisarah (novel remaja)

Keempat-empat penulis itu mempunyai ciri yang serupa: Karya mereka sangat terfokus genrenya.

Saturday, January 22, 2011

PERANG KHAIBAR



“Sesungguhnya kami memenangkan engkau dengan kemenangan yang nyata,” surah al Fath ayat 1.

Wahyu ini diturunkan ketika Nabi Muhamad dalam perjalanan pulang ke Madinah setelah perjanjian Hudaibiyah dengan Quraisy Mekah. Baginda gembira kerana Allah akan memberikan kemenangan yang besar iaitu berjaya menakluk Kota Khaibar kawasan yang kaya dan subur dengan tanaman. Yahudi Khaibar telah membantu tentera Ahzab menyerang Madinah dalam perang Khandaq. Kemudian mereka membuat persiapan mahu mahu menyerang Madinah.
Nabi Muhamad segera membentuk pasukan lalu berangkat ke Khaibar.

Namun Allah tidak memberikan kemenangan itu secara mudah dan percuma. Nabi Muhamad dan para sahabat terpaksa berjuang bersungguh untuk menakluk Kota Khaibar. Setelah 21 orang gugur syahid baru dapat menakluknya.

Antara Pengajaran dari kisah Perang Khaibar ialah kita perlu berusaha keras dan bersungguh baru dikurniakan kejayaan. Dan Allah memberi pertolongan ada saat tentera Islam sudah habis ikhtiar dan memerlukan pertolonganNya. Kota Khaibar begitu kukuh tidak dapat ditembusi setelah banyak usaha dilakukan akhirnya Allah kurniakan kekuatan kepada Saidina Ali dapat mengopakkan pintu benteng Khaibar seorang diri. Apabila pintu kota itu hendak dipasang semula terpaksa diangkat oleh 70 orang lelaki…


DIULANG CETAK


Khalifah-khalifah Yang Benar ini diulangcetak lagi, masih ramai yang bertanya apakah kandungannya sama dengan novel Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali?. Novel ini adalah antologi dari empat novel tersebut.

Novel kulit keras ini laku keras novel yang terbit biasa pun masih laku keras.

Alhamdulillah...


Wednesday, January 19, 2011

TOP 100 judul kreatif berdasarkan jumlah naskhah terjual antara 1 Jan-31 Dis 2010

Analisa TOP 100 judul kreatif berdasarkan jumlah naskhah terjual antara 1 Jan-31 Dis 2010 sebanyak 22 judul novel sejarah Islam termasuk dalam senarai.

1. Khalifah-khalifah Yang Benar
2. Salahudin Ayubi: Penakluk Jerusalem
3. Kisah Si Puteri: Gaun Merah Jambu
4. Umar Abdul Aziz: Bayangan Khalifah al-Rasyidin
5. Imam Syafie: Pejuang Kebenaran
6. Kisah Si Puteri: Riang Ria Dunia Persahabatan
7. Umar Al-Khattab: Reformis Dunia Islam
8. Imam Hanafi: Pendebat Kebenaran
9. Dear Yayah The Series
10. Puteri Damia & Kawan-Kawan Ajaib
11. Aku Mahu Superbibik
12. Khalid: Memburu Syahid
13. Aku Mahu Ain Maisarah
14. Imam Maliki: Pengarang Kebenaran
15. Rabiatul Adawiyah: Perindu Cinta Abadi
16. Perang Badar: Perang Penentuan
17. Bilal Bin Rabah
18. Impiana - Boxset
19. Imam Hanbali: Penegak Kebenaran
20. Koleksi 33 Kisah Sejarah Melayu
21. Ali Bin Abi Talib
22. Uthman Affan: Pengumpul Al-Quran
23. Aku, Dia & Gosip
24. Rayyan vs Naznin: Sejak Bila Kami Sepakat?
25. Projek Diet Ain Maisarah
26. Gadis Bubble Gum
27. Hulagu Khan: Khabar Hitam Dari Timur
28. Buletin Sri Bangsar - Boxset
29. Siapa Lebih Popular?
30. Putera Fariri & Buku Resipi Ajaib
31. Young Aisyah: Cuti Sekolah
32. Bacakan Saya Satu Cerita
33. Tariq: Menang ataupun Syahid
34. Usahawan Cilik: Manik Merah Jambu
35. Usahawan Cilik: Coklat Ataupun Strawberi?
36. Kita Hanya Di Seberang Jalan
37. O.T.A.I - Lawan Jadi Kawan
38. Aku, Dia & Glamor
39. Tiket Bola Sepak Untuk Putera Haziq
40. Nyanyi Sunyi
41. Puteri Tudung Bermanik
42. Young Aisyah: Summer Camp
43. Sayalah Puteri Raja!
44. Rayyan vs Naznin: Sejak Bila Kami Berkawan?
45. Aku, Dia & Coklat
46. Sarah Dan Duit Raya
47. Kelab Gadis Ayu
48. Puteri Kemilau Cahaya
49. Akukah Cinderella Itu?
50. Perang Uhud: Sejarah Duka Tentara Islam
51. Gadis Lolipop
52. Tukar Sekolah Lagi!
53. Aku Mahu Teman Tapi Mesra
54. Munajat Malam
55. Ikramah: Penentang Jadi Pembela
56. Dear Yayah: Sejuknya Eau Claire!
57. Semanis Tart Ceri
58. Sayalah Putera Mahkota!
59. Aku Mahu Saiz S
60. Usahawan Cilik: Puteri Kristal
61. Aku Mahu Ke New York 2
62. Aku Mahu Popular
63. Young Aisyah: Sayang Cikgu
64. Aku Mahu Ke New York 1
65. My Memory
66. Ku Seru Nur Kasih
67. Miss Epal
68. Bara Cinta Canberra
69. Kala Cinta Dan Wahyu Bersatu
70. Negeri 5 Menara
71. Muhammad Al-Fateh: Penakluk Konstantinopel - Edisi Jimat
72. Young Aisyah: Ponteng Puasa
73. Young Aisyah: Buli
74. Young Aisyah: Pindah Rumah
75. Tempat Pertama?
76. Salahudin Ayubi: Penakluk Jerusalem - Edisi Jimat
77. Lasykar Pelangi
78. Usahawan Cilik: Aisyah & Roti Canai
79. Salju Sakinah
80. Lelaki Berkasut Merah
81. Buletin Sri Bangsar: Perang Rumah Sukan
82. Seperti Keju & Coklat
83. Aku Mahu Buli
84. Khalid: Memburu Syahid - Edisi Jimat
85. Lebai Cilik: Misteri Ayam Beracun
86. Diari Mat Despatch
87. Wasilah Cinta Weera
88. Warna-Warni Si Puteri
89. Detektif Bertudung Hitam: Penyiasat Masjid
90. Si Monster Cilik
91. Syahadah Gadis Aties
92. Buletin Sri Bangsar: Juara Rumah Sukan
93. Tariq: Penakluk Andalusia - Edisi Jimat
94. Impiana: Misteri Terbongkar
95. Abu Ubaidah: Penakluk Parsi - Edisi Jimat
96. Sarah dan Kasut Tumit Tinggi
97. Usahawan Cilik: Jutawan 3R
98. Nydia, Terendak Dan Bintang: Episod Pengenalan
99. Jangan Biarkan Surau Ini Roboh
100. Janji Puteri Beradu.


http://universitipts.com/index.php/site/comments/top_100_judul_kreatif_antara_1_jan_-_31_dis_2010/

Tuesday, January 18, 2011

UMAR AL KHATTAB

Sebelum memeluk Islam Umar al Khattab memusuhi Nabi Muhamd sehingga sanggup mahu membunuhnya, dia juga dikatakan pernah menanam seorang anak perempuannya hidup-hidup sehingga Nabi Muhamad pernah berdoa semoga beliau memeluk Islam.

Doa itu dimakbulkan Allah. Sesudah memeluk Islam Umar al Khattab membela Nabi Muhamad sehingga beliau antara 10 sahabat yang dijamin masuk syurga. Umar al Khattab khalifah Ar Rasyidin yang kedua selepas Abu Bakar as Siddiq. Beliau memerintah selama 1o tahun (13 H-23 H/ 634 M-644) membawa banyak kejayaan untuk Islam antaranya menakluk Iraq, Parsi dan Mesir. Puncak kejayaannya berjaya menakluk Baitul Maqdis.

Beliau juga membuat pembaharuan dalam pentadbirannya dengan melantik ahli syura, melantik gabenor untuk wilayah, system pentadbiran tanah, sistem polis dan organisasi tentera. Dalam bidang pendidikan didirikan sekolah dan university. Di bidang ekonomi mendadakan Baitulmal, membina jalan, membina ampang untuk pertanian, mendirikan penjara, bandar baru , masjid dan takwin Islam.

Novel ini tersenarai TOP 100 judul kreatif 2010 dan baru saja diulangcetak sekali lagi Januari 2011 ini…


Friday, January 14, 2011

IMAM SYAFIE



Walaupun Imam Syafie ada mengatakan ( Imam Maliki, Imam Hanafi dan Imam Hanbali juga ada mengatakan) jika fatwanya tidak terdapat dalam al Quran dan hadis boleh ditolak, bukan bermakna kita menolak mazhab Imam Syafie walaupun ada fatwanya kita sesuaikan dengan mazhab lain.

Contohnya dalam hal membayar zakat fitrah kita membayar dengan duit adalah mengikut mazhab Imam Maliki, Hanafi dan Hanbali tetapi bukan bermakna kita menganut mazhab mereka. Dan kita tidak pula menolak mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali kerana mereka juga Ahli Sunah Waljamaah.

Walaupun Imam Syafie sudah meninggal dunia lebih 1200 tahun yang lalu namun mazhabnya masih diamalkan oleh kebanyakan Negara Islam termasuk Malaysia. Umat Islam di Malaysia khususnya orang Melayu sudah sinonim dengan ahli sunah waljamaah dengan mazhab Imam Syafie.

Siapa Imam Syafie? bagaimana kehidupan suka dukanya sejak lahir hingga meninggal dunia? apakah sumbangannya terhadap Islam dan bagaimana munculnya Mazhab ImamSyafie ada diceritakan dalam novel setebal 260 muka surat ini yang sudah diulang cetak beberapa kali, Alhamdulillah...


Wednesday, January 12, 2011

HIJRAH


Mulanya Nabi Muhamad saw disayangi sehingga digelar al Amin, setelah mengaku menjadi Rasul dia dimusuhi, disakiti malah mahu dibunuh. Rasulullah saw mendapat perlindungan Allah, dikurniakan mukjizat dan doanya makbul. Jika mahu boleh saja menggunakan mukzijat dan doanya bagi membinasakan mereka yang memusuhinya, menang mudah dalam setiap kali peperangan dan semua manusia mendapat hidayah.

Allah tidak mahu semua itu berlaku dengan mudah. Sebagai manusia Nabi Muhamad juga mesti berusaha dan berikhtiar bagi menyampaikan dakwahnya serta menyelamatkan diri dari mereka yang memusuhinya. Semasa berhijrah baginda tidak berserah bulat-bulat kepada Allah tetapi merancang serta mengatur strategi bagi mengelirukan musuh.

Baginda mendapatkan teman yang dipercayai dalam perjalanan, bersembunyi dalam gua Thur, menyuruh Asma menghantar makanan dan Amir membawa minuman, mengelirukan musuh dengan perjalanan dimulakan menghala ke Yaman. Setelah melalui pelbagai halangan barulah selamat sampai ke Madinah.

Inilah antara kisah hijrah Rasulullah yang mahu disampaikan melalui novel ini. Sekarang sudah terbit dan berada di kedai-kedai buku..




Wednesday, January 5, 2011

PAHLAWAN-PAHLAWAN MELAYU


Pahlawan Melayu di bumi sendiri namanya hampir dilupakan, sejarah perjuangan mereka hampir tidak lagi dikenang. Atas kesedaran itulah kisah mereka dijadikan novel agar pembaca dapat mengenang kembali nama serta menghayati perjuangan mereka. Alhamdulillah usaha kami itu tidak sia-sia kerana sudah ramai yang membacanya. Sesungguhnya bangsa yang maju tidak seharusnya melupakan jasa pahlawan mereka walaupun suatu ketika dulu pernah dilabel sebagai penentang dan penderhaka . Malah Kita sepatutnya berbangga dengan pahlawan Melayu seperti Tok Janggut, Dol Said,Mat Kilau, Pendekar Siamang Gagap, Rentap, Mat Salleh dan ramai lagi.


























Pusara Si Bongkok Tanjung Puteri




Pusara Pendekar Siamang Gagap