Tuesday, January 31, 2012

20 PENYERTAAN

Sehingga tarikh tutup jam 12.00 malam ( 31hb Januari 2012) seramai 20 orang telah menghantar penyertaan mereka.

Nama-nama mereka adalah.

1.Kobat Lehman 11 tahun dari Sik Kedah.
2.Mohd Arif Anwar Bin M.Rahman 15 tahun dari Sabah.
3.Abd Khalid Yakub, Tawau, Sabah.
4.Shah Ije Haron, 35 tahun, Kuala Lumpur.
5.Mhd Rafizuan bin Ab Rahim, Sungai Petani, Kedah.
6.Fatin Nor Izzati Binti Nazmi, 18 tahun, Kuala Terengganu
7. Maryiatie Bt MarniI,33 tahun. Kuala Lumpur.
8.Rosila Kamaruddin 33 tahun Selangor.
9. ahmadzuhry bin hussain
10. Ahmad Saiful
11. Mari AmIin Mutalib
12. Ina Nas atau Sharifah Narina Bt Syed Nasran Eza
13. Anatalia Marnikov
14.Nabil B Haji Ahmad
15. Zuraida Mohamed Noordin
16. Siti Nor Fazlina
17. Mohd Zarif Asyraf, 15 tahun dari Sandakan, sabah.
18. Zariyatul Akmalina, 20 tahun, Kuala Lumpur.
19. Abu Muhammad Shamil
20. Abdulllah Ahmad.











Wednesday, January 25, 2012

KALIMAH PERTAMA RISALAH AN NUR


Rakaman membaca kalimah pertama dari koleksi Risalah An Nur boleh dilihat di sini

www.malaysianur.com/



Tuesday, January 24, 2012

FAKTA-FAKTA YANG BENAR

Dalam penulisan novel sejarah, fakta yang benar amat penting. Persatuan Kebudayaan Malaysia-Turki membantu saya mendapatkan fakta-fakta yang benar mengenai sejarah kehidupan Badiuzzaman Said Nursi. Terima kasih Prof Adem, Tuan Khairul Nayan, Tuan Bahadur dan Tuan Amre.



Prof. Adem dan Tuan Khairul Nayan.










Saturday, January 21, 2012

MIMPI BERTEMU BADIUZZAMAN SAID NURSI


Semasa menulis novel Badiuzzaman Said Nursi, ibu saya meninggal dunia menyebabkan perasaan terganggu dan penulisannya terhenti lebih satu minggu.

Tiba-tiba pada suatu malam saya bermimpi berada di Barla, bertemu dengan Badiuzzaman Said Nursi. Beliau tidak berkata apa-apa cuma memandang ke arah saya. Apabila tersedar dari tidur saya merasakan mood menulis itu datang semula dan selepas itu penulisannya berjalan lancar.

Itulah pengalaman menarik semasa menulis novel Badiuzzaman Said Nursi...



Thursday, January 19, 2012

ALHAMDULILLAH


Ingin berkongsi kegembiraan ini namun bimbang juga disalah artikan. Tiga buah buku ini membawa tuah kepada penulisnya apabila jualannya mencecah lebih sejuta ringgit berdasarkan jumlah unit terjual pada tahun 2011 yang dikeluarkan universitipts.com.

Imam-Imam Yang Benar 8831 unit, Khalifah-Khalifah Yang Benar 7368 unit dan Perang-Perang Yang Benar 2988 unit.

Harga setiap unit Semenanjung Malaysia RM 55.00/ Sabah, Sarawak RM58.00




Tuesday, January 17, 2012

UMRAH


Sebagai menyatakan rasa syukur dan terima kasih kepada pembaca dan peminat novel sejarah Islam, saya ingin memberi hadiah istimewa iaitu “Umrah ke Tanah Suci Mekah”.

Syaratnya seperti berikut:
1) Hanya seorang peserta sahaja yang terpilih.

2) Peserta mestilah mempunyai koleksi novel sejarah Islam.

3) Siarkan gambar bersama koleksi novel sejarah Islam di blog atau FB dan maklumkan kepada saya.

4)Tulis 100 perkataan bermula dari ayat….Jika saya terpilih mengerjakan Umrah di Tanah Suci Mekah.

Tarikh ditutup 31 Januari 2012.


Monday, January 16, 2012

HANG TUAH


Bangsa Melayu mempunyai sejarah gemilang yang tersendiri bermula dari zaman Kesultanan Melayu Melaka. Kita berasa bangga dengan kisah pahlawan-pahlawan yang gagah dan berani seperti Hang Tuah. Kisah kegagahan dan keberaniannya sentiasa hidup berkembang di tengah-tengah masyarakat Melayu, namanya harum semerbak, dan jasa-jasanya tidak akan luput daripada kenangan bahkan menjadi teladan kepada tiap-tiap anak bangsa turun-temurun.

Generasi sekarang sudah ada yang tidak tahu kisah Hang Tuah. Atau mungkin kenal namanya saja tetapi tidak tahu sejarah hidupnya. Dan tidak mustahil nama pahlawan Melayu itu akan hilang dan lupus dari lipatan sejarah jika usaha menafikan kewujudannya itu berjaya. Akibatnya generani Melayu akan datang tidak mempunyai pahlawan yang dibanggakan.

Setelah Melaka ditakluk Portugis maka segala khazaha melayu termasuk kitab-kitab agama sejarah telah dirampas lalu di bawa balik ke Negara Mereka. Ada pula yang mengatakan kapal yang membawa khazanah itu karam di selat Melaka.

Kerana itu antara sumber rujukan kita yang masih ada ialah Sulalat al Salatin Yakni Pertuturan Segala Raja-raja (Sejarah Melayu) ditulis Tun Seri Lanang. Tuhfat al-Nafis (Sejarah Melayu dan Bugis) karangan Raja 'Ali-al-Haji Riau.

Dan buku Sejarah Melayu naskhah Raffies No. 19 atau naskhah Shellabear (naskhah Munshi Abdullah).

Jika dirujuk kepada semua buku-buku tersebut ada menerangkan mengenai seorang pahlawan Melayu bernama Hang Tuah.

Hang Tuah lahir di Sungai Duyung, ayahnya bernama Hang Mahmud dan nama ibunya Dang Merdu Wati danm beliau mempunyai tiga orang anak.

Dalam kitab Sulalat al Salatin (Sejarah Melayu) ada disebutkan nama Hang Tuah
seorang hulubalang Melayu yang menyandang jawatan Laksamana pada zaman Kerajaan Melayu Melaka.

Di dalam buku Sejarah Melayu itu ada menerangkan sifat-sifat istimewa Hang Tuah dalam khidmatnya kepada raja atau sultan. Hang Tuah dikatakan seorang hulubalang yang gagah berani. Beliau menjadi pemimpin angkatan perang Melaka.

Antara sifat-sifat Hang Tuah ialah taat setianya kapada pemerintah. Pahlawan Melayu itu berkhidmat dengan tiga orang sultan Melaka, iaitu Sultan Mansur Shah, Sultan 'Alau'ddin Riayah Shah I dan Sultan Mahmud Shah.

Di dalam Tuhfat al-Nafis (Sejarah Melayu dan Bugis) karangan Raja 'Ali-al-Haji Riau tatkala meriwayatkan kisah Kerajaan Melayu Melaka pada zaman pemerintahan Sultan Mansur Shah, ada menyebut nama Hang Tuah.

Dalam buku Sejarah Melayu, sama ada naskhah Raffies No. 19 atau pun naskhah Shellabear (naskhah Munshi Abdullah) juga ada disebutkan nama seorang pahlawan Melayu bernama Hang Tuah.



Thursday, January 12, 2012

TOP 10 JUDUL PALING TINGGI JUALANNYA 2011DASARKAN JUALAN

Perang-Perang Yang Benar dan Khalifah-Khalifah Yang Benar antara 10 judul yang paling laris jualannya tahun 2011. Terima kasih kepada pembaca dan semua yang memberi sokongan.









http://universitipts.com/index.php/site/comments/top_10_judul_buku_paling_tinggi_sepanjang_tahun_2011_berdasarkan_perol/

Sunday, January 8, 2012

FAKTA YANG BENAR

Novel Badiuzzaman Said Nursi sudah selesai penulisannya. Tuan Khairul Nayan Pengerusi Persatuan Kebudayaan Malaysia - Turki bersama Dr Iqbal dan Prof Dr Adem dan beberapa orang sahabat dari Turki telah datang membantu saya bagi memastikan fakta-fakta yang terdapat dalam novel tersebut adalah benar.

Terima kasih.








Tuesday, January 3, 2012

TOP 200 BULAN DISEMBER 2011 BERDASARKAN JUALAN

Mustafa Kamal Ataturk, Saad Abu Waqas, Khalifah-Khalifah Yang Benar, Imam-Imam Yang Benar, Salahuddin Ayubi Penakluk Jerusalem dan Muhamad al Fateh tersenarai dalam Top 200 Bulan Desember 2011 berdasarkan unit terjual. Alhamdulillah….

http://universitipts.com/index.php/site/comments/top_200_bulan_disember_2011_berdasarkan_unit_terjual/










Monday, January 2, 2012

Alhamdulillah sudah siap


Setelah menekuni penulisannya selama tiga bulan barulah novel Bediuzzaman Said Nursi dapat disiapkan. Novel tersebut mengandungi 45 bab apabila dicetak nanti dijangka hampir 600 muka surat.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang memberi sokongan. Terutama “sahabat-sahabat kembara ke Turki” iaitu Puan Ainon, Tuan Khairul Nayan, Prof Abdullah Hassan, Puan Shahrina, Cikpuan Noor Ezleen Basri dan Ah Mad.

Terima kasih juga diucapkan kepada sahabat-sahabat di Turki yang telah memberikan kerjasama yang amat baik sepanjang pengembaraan kami iaitu Prof Faris Kaya, Engin Koc, Yakup Eker, Mustafa abi, Sait Koyuncu, dan ramai lagi yang tidak sempat disebutkan namanya.

Semoga dengan terbitnya novel ini nanti pembaca dapat mengenali dengan lebih dekat siapa Bediuzzaman Said Nursi serta perjuangannya untuk memelihara iman dan akidah umat Islam.