Namanya Muhammad bin Idris lahir di Gazza, Palestin pada tahun150 hijrah. Ketika masih kecil ayahnya meninggal dunia lalu dibawa oleh ibunya berpindah ke Mekah. Kehidupan mereka sangat miskin namun beliau bersungguh menuntut ilmu. Ketika umurnya 7 tahun sudah hafal Al-Quran dan ketika berumur 10 tahun hafal kitab Hadis "Al-Muwathta" karangan Imam Malik. Dan ketika berumur 15 tahun sudah diizinkan memberi fatwa.
Ketika berumur 20 beliau, Imam Syafie pergi ke Madinah belajar dengan Imam Malik. Kemudian berangkat ke Iraq,menemui sahabat-sahabat Imam Abu Hanifah dan mengambil ilmu dari mereka.
Kemudian Imam Syafie meneruskan perjalanan ke Parsi dan Iraq selama dua tahun sebelum pulang semula ke Madinah. Tidak lama Kemudian beliau berpindah ke Baghdad. Pendapatnya selama di Baghdad dinamakan "Qaul Qadim" (pendapat lama).
Kemudian beliau berpindah ke Mesir dan fatwanya selama di Mesir dinamakan "Qaul Jadid" (pendapat baru).
Imam Syafie adalah lelaki yang dimaksudkan Rasulullah saw yang bersabda, "Seorang lelaki alim dari suku Quraisy yang ilmunyamemenuhi seluruh muka bumi".
Beliau membahagi malam kepada tiga bahagian, satu pertiga untuk beribadah, satu pertiga untuk menulis atau membaca dan satu pertiga lagi untuk tidur.
Imam Syafie khatam membaca Al-Quran setiap hari sekali khatam dan pada bulan Ramadan dua kali khatam.
Imam Syafie pernah berkata "Aku tidak pernah makan kenyang sejak berumur 16 tahun, kerana banyak makan itu akan memberatkan badan,mengeraskan hati, mengurangi kecerdasan dan menumpulkan otak, suka tidur dan melemahkan kemahuan untuk beribadah.
Kata Imam Syafie lagi, “ Aku tidak pernah bersumpah seumur hidupku, baik untuk kebenaran mahupun tidak".
Katanya lagi, “Jika aku dicaci maki oleh orang, itu petanda bahawa darjatku akan bertambah. Suatu ketika aku pernah dihina oleh seseorang, namun aku takmenghiraukannya. Mereka semakin bodoh, dan aku semakin bijak. Ibarat kayu cendana,semakin hangus dibakar, semakin harum baunya.”
Imam Syafie meninggal dunia pada hari Jumaat bulan Rejab 204 H, dan dikebukikan di Qarafah, Mesir. Beberapa tahun kemudian ada usaha hendak memindahkan kuburnya ke Baghdad. Ketika kuburannya digali mereka tercium bau yang sangat harum, mereka membatalkan pemindahannya.
No comments:
Post a Comment