Friday, December 2, 2011

PERJUANGAN BADIZZAMAN SAID NURSI



Yang bertanda merah itu adalah tempat-tempat di mana Badiuzzaman Said Nursi dan anak-anak muridnya dihadapkan ke mahkamah atas pelbagai tuduhan kerana menegakkan syariat Islam. Mereka pernah didakwa di mahkamah yang sama lebih 10 kali. Dan kesemua tuduhan yang dihadapkan kepada beliau hampir 2 ribu kes. Kerana itu beliau berada dalam penjara dan tempat buangan selama 25 tahun.

Badiuzzaman Said Nursi seperti juga ulama-ulama yang terdahulu seperti Imam Hanafi, Imam Maliki, Imam Syafie dan Imam Hanbali yang menghadapi pelbagai fitnah serta dugaan dalam perjuangannya menegakkan Islam.

Beliau pernah juga ditawarkan jawatan dalam kerajaan dan juga mahu diberi imbuhan setiap bulan oleh sultan namun ditolaknya.

Beliau selalu berkata. “JIka aku dijatuhi hukuman mati maka itu adalah tiket untuk pergi ke alam barzah. Jika dikurung dalam penjara menjadi tempat untuk aku beristirehat.”

Begitu hebatnya Wali Allah abad ke 20 ini.

No comments: