Monday, May 30, 2011

APABILA KISAH SEJARAH DIJADIKAN NOVEL...





Selepas ceramah mengenai patriotisme dari kisah Leftenan Adnan di Auditorium Masjid Putra Putrajaya sempena sambutan hari belia 2011,saya ditanya kenapa tokoh-tokoh sejarah Islam seperti Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali dinovelkan?. Mereka memberi alasan tokoh-tokoh Islam itu tidak boleh didialogkan dalam novel kerana kata-kata mereka seperti hadis. Saya juga pernah ditanya, benarkah dialog seperti yang terdapat dalam novel itu benar-benar diucapkan oleh tokoh tersebut?.


Jika kita membaca Qissasul Anbiak atau kisah-kisah para nabi sejak dari Nabi Adam hingga kisah Nabi Muhamad saw terdapat juga beberapa dialog yang diucapkan mereka. Tidak pernah pula timbul persoalan benarkan dialog Nabi Adam itu benar-benar diucapkan oleh Nabi Adam?. Begitu juga dengan dialog Nabi Sulaiman, Nabi Yusuf dan nabi-nabi yang lain?.

Begitu juga dalam kitab-kitab sejarah Islam contohnya Sirah Nabi Muhamad yang ditulis Muhamad al Ghazali, Dr Muhamad Salaby, Ibnu Hisyam dan lain-lain juga terdapat dialog atau kata-kata para sahabat di dalamnya. Malah buku biografi Umar Al Khattab, Biografi Uthman Affan, Biografi Ali dan Biografi Abu Bakar yang ditulis oleh Muhamad Syakir juga terdapat banyak dialog pada sahabat. Cuma dalam novel dialog mereka lebih banyak sesuai dengan konsep sebuah novel.

Kemunculan novel sejarah Islam banyak membantu anak-anak muda terutama pelajar minat serta memahami sejarah. Pembacanya dari pelajar sekolah rendah hingga university. Malah dibaca juga oleh ahli-ahli akademik. Ada yang berkata dulu tidak minat sejarah tetapi setelah membaca novel sejarah mereka jadi minat. Ada ibu bapa yang berkata sejak anaknya membaca novel sejarah pahlawan Islam sudah jadi semakin baik, jika sebelumnya malas sembahyang setelah minat membaca kisah pahlawan Islam sudah rajin sembahyang. Ada pula pembaca yang mengatakan perasaan cinta terhadap Islam dan para sahabat itu semakin mendalam setelah membacanya.




Saturday, May 28, 2011

PENAKLUKAN KOTA KONSTANTINOPEL

Hari ini 29 Mei adalah hari ulangtahun memperingati kejayaan Sultan Muhamad al Fateh yang ketika itu baru berusia 21 tahun telah memimpin 250 ribu tentera Islam berjaya menakluk Kota Konstantinopel.

Peristiwa yang berlaku 558 tahun yang lalu iaitu pada 29 Mei 1453 bersamaan 20 Jamadil Awal 857 itu melakar sejarah penting dalam Islam yang sewajarnya diingati kerana banyak iktibar yang boleh dipelajari dari peristiwa tersebut.

Di Negara Malaysia buat kali pertama satu seminar mengenai Ibrah Pembukaan Konstantinopel telah diadakan di Universiti Islam Antarabangsa Malasia di Gombak. Dr Eeman Mohamed Abbas, Prof Dr Mohammad Redzuan Othman dan Ustaz Haji Hasrizal Abdul Jamil telah membentangkan kertas kerja di seminar tersebut.

Tahniah kepada Ibrah Paradigm Training & Consultancy kerana telah berjaya menganjurkannya. Semoga acara ini dijadikan acara tahunan.




















































Wednesday, May 18, 2011

HARI BELIA NEGARA 2011




Kementerian Belia dan Sukan Malaysia akan menganjurkan Kolokium Tokoh Belia Islam sempena Sambutan Hari Belia Malaysia 2011:

Tarikh: 26 Mei 2011 (khamis)
Masa: 11 pagi - 12.45 petang
Tempat di Auditorium Masjid Putra, Putrajaya.

Ahli Panel 1: Ustaz Harizal Jamil (Kepimpinan Sultan Muhamad al Fateh)

Ahli Panel 2: Abdul Latip bin Talib (Patriotisma Leftenan Adnan Saidi)

Moderator: Mohamad Zamri bin Mohamad Shapik.


Wednesday, May 4, 2011

SEMINAR IBRAH PEMBUKAAN KONSTANTINOPEL



PERANG KHAIBAR


Perang Khaibar sudah terbit dan berada di pasaran. Dengan ini lengkap sudah empat perang besar dalam Islam iaitu Perang Badar, Perang Uhud,Perang Khandaq dan Perang Khaibar.