Wednesday, May 27, 2009

IMAM SYAFIE

Nama Imam Syafie begitu masyhur kerana beliau pengasas Mazhab Syafie.

Makam Imam Syafie di Mesir

Nama sebenarnya Muhamad bin Idris bin Abbas bin Uthman bin Syafie bin Saib bin Abdu Yazid bin Hasyim bin Abdul Mutalib bin Abdul Manaf. Digelar dengan nama Syafie kerana wajahnya mirip moyangnya yang bernama Syafie. Dikatakan juga wajah Syafie mirip wajah Nabi Muhamad SAW kerana berasal dari keturunan yang sama.

Menurut al Hakim nama ibu Imam Syafie Fatimah binti Abdullah binti al Hasan bin Husain bin Ali bin Abi Talib.
Tetapi menurut Imam Malik bin Anas (Imam Maliki) meriwayatkan ibu Imam Syafie bernama Ummu Habibah al Uzdiyyah.

Kitab al Um yang menjadi rujukan hingga hari ini

Beliau dilahirkan di Ghazzah Palestin pada bulan Rejab tahun 150 hijrah. Ada yang mengatakan pada malam beliau dilahirkan Imam Abu Hanifah (Imam Hanafi) meninggal dunia.

Ayahnya meninggal dunia ketika Imam Syafie berumur 2 tahun. Kerana kesempitan hidup Fatimah membawa pulang anaknya ke Mekah tempat asalnya.

Rasulullah saw pernah bersabda, “Ada seorang alim Quraisy yang ilmunya memenuhi muka bumi ini,” Ulamak mentafsirkan hadis yang dimaksudkan itu adalah Imam Syafie.

Beliau hafal al Quran ketika berumur 9 tahun. Dan diiktiraf sebagai ulama dan boleh memberi fatwa ketika berumur 15 tahun.

Imam Syafie juga merupakan seorang penyair yang hebat pada zamannya. Tetapi minatnya lebih kepada mempelajari ilmu agama sehingga dia terkenal sebagai seorang pelopor ilmu Feqah.

Beliau berguru dengan 19 orang ulama yang terkenal pada masa itu. Salah seorang gurunya ialah Imam Malik bin Anas (Imam Maliki). Untuk menuntut ilmu Imam Syafie sanggup meninggalkan Kota Mekah mengembara ke Madinah, Yaman, Palestin, Iraq, Parsi dan Mesir.

Semasa berada di Baghdad, Imam Syafie pernah dituduh menjadi pengikut Syiah dan menentang khalifah sehingga beliau ditangkap kakinya dirantai lalu dikurung dalam penjara. Dia terlepas dari hukuman bunuh kerana kepetahannya berbicara menjawab pertanyaan Khalifah Harun Ar Rasyid sehingga baginda berasa kagum lalu membebaskannya.

Kemudian beliau ditawarkan jawatan khadi oleh khalifah Harun Ar Rasyid tetapi ditolaknya dengan baik dengan alasan ingin berhijrah ke Mesir.

Imam Syafie juga seorang pahlawan yang berjuang di medan ilmu agama. Beliau berjuang menentang fahaman Muktazilah, amalan bida’ah dan mereka yang digelar ahli Naqli iaitu mereka yang Cuma menggunakan akal fikiran sahaja.

Beliau sering berdebat untuk mencari kebenaran. Imam Syafie berkata. “Siapa yang mempelajari al Quran, maka tinggilah ilmunya. Siapa yang menulis hadis maka kuat dan kukuhlah hujahnya. Siapa yangg berbincang dengan hukum fekah menjadi bijak. Siapa yang mengambil berat soal adab dan budi pekerti maka pekertinya menjadi lembut halus dan mulia. Siapa berfikir tentang ilmu hisab akalnya berkembang dan siapa yang tidak menjaga kehormatan dirinya maka ilmunya tidak akan memberi faedah.”

Kedatangannya ke Mesir disambut baik oleh orang ramai. Tetapi golongan yang berfahaman Muktazilah memusuhinya kerana tidak sependapat dengan mereka. Fahaman Muktazilah mengatakan al Quran itu bersifat baru dan makhluk. Tetapi Imam Syafie tetap mengatakan al Quran itu adalah wahyu Allah. Siapa yang mengatakan wahyu Alllah itu makhluk maka kafirlah dia.

Imam Syafie terus mempertahankan pendapatnya sehingga mendapat tentangan yang hebat daripada golongan Muktazilah yang rapat dengan pemerintah Mesir. Beliau hampir dibunuh tetapi sempat diselamatkan oleh anak-anak muridnya.

Di Mesir juga Imam Syafie menyusun kitab-kitabnya yang tergolong dalam kumpulan Qaul Jadid bagi menggantikan kita-kitab lamanya yang dinamakan kumpulan Qaul Qadim. Kitab-kitabnya dari kumpulan Qaul Jadid yang banyak diguna pakai hingga sekarang.

Imam Syafie sangat menentang amalan bida’ah. Katanya amalan bida’ah itu terbahagi dua iaitu bida’ah yang terpuji dan bida’ah yang keji. Yang sesuai dengan sunnah itu adalah bida’ah yang terpuji. Dan mana-mana yang menyalahi sunnah itu bida’ah yang keji.

Imam syafie juga melarang bertaklid baik bertaklid kepadanya atau kepada sesiapa saja. Beliau selalu berpesan kepada orang ramai terutama anak muridnya.

”Apa saja perkara yang saya katakan, jika sabda Rasulullah bertentangan dengannya maka sabda Rasulullah saw itulah yang lebih utama dituruti.”

Imam Syafie meninggal dunia di Mesir pada 28 Rejab tahun 204 hijrah ketika berumur 54 tahun. Dikebumikan di satu tempat bernama al Muqattam. Makam beliau dikunjungi orang ramai hingga ke hari ini.

Imam Malik bin Anas berkata, “Tidak ada lagi keturunan Quraisy lebih pandai dari Imam Syafie.”

Imam Ahmad bin Hanbal berkata. “Aku belum faham mengenai ilmu hadis kecuali selepas belajar dengan Imam Syafie.”

Imam Ahmad bin Hanbal berkata lagi, “Wahai anakku Imam Syafie itu seperti matahari bagi dunia dan seperti kesihatan bagi tubuh. Fikirlah adakah gunanya selain dari dua itu?”

Imam Muhamad al Hakam berkata. “Aku belum berjumpa seorang yang lebih mengetahui cerdik akalnya lebih cerdas fikirannya lebi cermat amalannya lebih fasih lidahnya daripada Imam Syafie."

Imam Muhamad berkata lagi. “Aku belum berjumpa seorang yang lebih mengetahui tentang usul fiqah selain Imam Syafie.”

Basyrat Muraisi seorang pengkaji sejarah dan pengikutnya berkata , “Akal Imam Syafie menyamai akal separuh penduduik dunia. Beliau lebih suka membicara soal pokok daripada soal furuk."

Ibnu Ruhuwaih pula berkata, "Imam Syafie memiliki lidah yang fasih dan iman yang teguh. Beliau adalah ahli pidato yang mengetahui rahsia kejiwaan."

Kisah Imam Syafie ini akan dijadikan novel . InsyaAllah.

Friday, May 15, 2009

WAJAH BARU

WAJAH LAMA DAN BAHARU


SALAHUDIN PENAKLUK JERUSALEM WAJAH TAHUN 2007

SALAHUDIN PENAKLUK JERUSALEM WAJAH TAHUN 2008



SALAHUDIN AYUBI PENAKLUK JERUSALEM WAJAH TAHUN 2009




KHALID MEMBURU SYAHID WAJAH TAHUN 2007.





KHALID MEMBURU SYAHID WAJAH TAHUN 2008









KHALID MEMBURU SYAHID WAJAH TAHUN 2009





ABU UBAIDAH PENAKLUK PARSI WAJAH TAHUN 2008






ABU UBAIDAH PENAKLUK PARSI WAJAH TAHUN 2009






Thursday, May 7, 2009

TERBIT DI INDONESIA

Empat novel sejarah Islam telah dilesen oleh penerbit SALAMADANI dan telah diterbitkan di Indonesia. Syukur alhamdulillah.

http://penerbit-salamadani.com/baru/index.php?limitstart=99




“Di belakang kita lautan, di depan kita musuh. Kita harus memiliki kemenangan atau syahid. Kita tidak akan pulang sebelum mencapai tujuan itu.”Itulah kata-kata yang diucapkan Thariq bin Ziyad kepada para prajuritnya ketika mereka akan menaklukan Andalusia (Spanyol).

Thariq bin Ziyad adalah “generasi” kegemilangan sejarah Islam. Karena keberaniannya, sebagian benua Eropa tersinari cahaya Islam. Namanya pun diabadikan menjadi nama sebuah perbukitan karang setinggi 425 meter di pantai tenggara Spanyol, Gibraltar atau Jabal Thariq.Dalam novel ini, kisah kepahlawanannya dalam menaklukan Andalusia diceritakan dengan detail dan dengan bahasa yang mengalir.

Kita pun akan menemukan fakta-fakta menarik seputar pribadi Thariq bin Ziyad, kondisi Andalusia saat penaklukan, dan lika-liku tertancapnya pengaruh Islam di Eropa.

Sebuah novel sejarah yang mencerahkan.



“Siapa pun yang menguasai Palestina, dia akan menguasai dunia.” Kata-kata ini dilantorkan oleh Shalahuddin Al-Ayyubi. Tidak hanya sekadar kata, dia pun berhasil mewujudkan kata-katanya itu.

Lewat perjuangan panjang dan melelahkan, Shalahuddin dan pasukannya mampu merebut kembali tanah Palestina yang telah 83 tahun lepas dari genggaman.Prestasi inilah yang membuat Shalahuddin Al-Ayyubi memiliki tempat yang terhormat dalam hati umat Islam. Tidak hanya identik dengan kisah kepahlawanan dan keberanian di medan perang, namanya pun identik dengan aneka sifat yang mulia: sederhana, tidak gila harta, cinta pada ilmu, saleh dan taat beribadah, dan sangat akrab serta toleran terhadap orang lain, termasuk kepada kaum kafir yang ditawannya.

Selepas penaklukan Palestina tidak ada seorang pun non-Muslim yang dia aniaya.Novel ini akan mengulas tuntas siapa dan bagaimana sepak terjang Shalahuddin Al-Ayyubi dalam menegakkan panji Islam.


Jika ada panglima perang yang tidak pernah kalah dalam pertempuran, dia adalah Khalid bin Walid. Tidak heran kalau sejarah mencatat namanya sebagai seorang jenius di medan perang. Taktiknya terkenal jitu, ketangguhannya menggetarkan nyali, dan kepemimpinannya diakui kawan maupun lawan.

Karena itu, Rasulullah saw. menjulukinya Saifullah atau “Pedang Allah”.Sebelum itu, Khalid bin Walid adalah salah seorang penentang keras dakwah Rasulullah saw. Berkat kecerdikannya pula, Rasulullah dan pasukannya bisa dikalahkan dalam Perang Uhud.

Apa yang menyebabkannya berbalik membela Islam? Seperti apa kisah kepahlawanannya? Bagaimana kehebatan taktik perangnya? Bagaimana kemuliaan akhlaknya? Mengapa pula cita-citanya syahidnya tidak pernah terwujud, walaupun ia telah ratusan kali memimpin pertempuran? Jawabannya ada dalam novel ini.




Ikrimah bin Abu Jahal. Boleh jadi, nama itu jarang kita dengar. Padahal, beliau adalah salah seorang sahabat Nabi saw. Yang sangat brilian. Sebelum memeluk agama Islam, Ikrimah sangat memusuhi Nabi Muhammad saw. Sama seperti ayahnya, Abu Jahal.

Kebencian Ikrimah semakin bertambah setelah ayahnya terbunuh dalam Perang Badar.Akan tetapi, hidayah dari Allah mampu mengubah Ikrimah seratus delapan puluh derajat. Kebenciannya kepada Rasulullah saw berganti menjadi cinta yang membara. Keinginan untuk menghancurkan Islam berganti dengan gelora jihad fi sabilillah. Dia pun menyerahkan semua miliknya untuk Islam.

Kepahlawanannya benar-benar tampak setelah Rasulullah saw. wafat. Ketika itu, nabi-nabi palsu bermunculan. Ikrimah pun merasa tertantang untuk membela kesucian Rasulullah saw.Berhasilkah ia “mensucikan” nabinya dari tangan kotor nabi-nabi palsu? Bagaimana pula pergulatan hidup dan perjuangannya dalam mewujudkan cita-cita syahid di jalan Allah? Temukanlah jawabannya dalam novel ini.

Friday, May 1, 2009

TERUS MENULIS

Dunia penulisan juga banyak cabarannya. Tetapi cabaran itu yang akan membuat seseorang itu semakin matang dan bersemangat.

InsyaAllah saya terus menulis. Tahun 2009.

1. Ali bin Abi Talib - sudah terbit.

2. Uthman bin Affan - sudah selesai edit pruf.

3. Bilal bin Rabah - sudah selesai edit pruf.

4. Hulagu Khan - sedang di nilai oleh penerbit.

5. Pahlawan Mat Kilau - sudah dihantar kepada penerbit.

6. Dol Said Pahlawan Naning - hampir siap.







PAHLAWAN MAT KILAU

Kisah Mat Kilau yang merupakan tokoh pahlawan Pahang menentang Inggeris sekitar tahun 1891 hingga 1895 sudah siap dijadikan novel. Tidak kisahlah apa anggapan orang terhadap tokoh pahlawan yang termasyhur dan berjasa ini. Apa yang penting kisah-kisah menarik, misteri dan kehebatan Mat Kilau perlu diketahui oleh generasi kita.


Lukisan Pahlawan Mat Kilau. Sumber Internet.

Semasa memulakan penulisan novel ini, ketika itu baru siap bab pertama, tiba-tiba hati saya tergerak untuk pergi ke Kampung Pulau Tawar untuk melihat tempat Mat Kilau dilahir dan dibesarkan. Pergi ke Gua Gelangi tempat dia mendalami ilmu persilatannya dan menziarahi makamnya di Pulau Tawar.

Pulang dari Pulau Tawar saya demam menyebabkan penulisan novel ini tertangguh selama dua minggu. Apabila sudah sihat saya menyambung semula penulisannya sehingga siap.

Antara masalah yang saya hadapi ketika menulis kisah Mat Kilau adalah sukar mendapat maklumat yang tepat. Ia bermula dari tarikh kelahiran Mat Kilau. Ada yang mencatatkan tarikh 1847 dan ada pula 1867.

Saya yakin tarikh lahirnya 1847 berdasarkan pengakuannya berumur 122 tahun ketika membuat pengistiharan pada Disember 1969. Dengan ini Mat Kilau terlibat dalam perang saudara yang berlaku di Pahang sebelum campur tangan Inggeris.

Antara buku rujukan saya menulis novel ini ialah Jejak Pahlawan Mat Kilau yang diselenggarakan oleh Dr Talib Samat. Buku itu banyak membantu saya.

S
ebagai seorang pahlawan banyak kisah misteri tentang Mat Kilau. Antaranya beliau dikurniakan buntat embun yang tumbuh di jari kakinya. Antara kelebihan buntat embun itu apabila dalam keadaan terdesak Mat Kilau boleh menjadikan dirinya seperti orang mati bagi mengelirukan musuhnya. Tetapi apabila embun turun atau buntat embun itu dibasahkan dengan air embun maka dia hidup semula. Kerana itu Mat Kilau diberitakan mati sebanyak tiga kali tetapi hidup semula dan mayatnya diganti dengan batang pisang. Kerana itu antara amalan pahlawan ini selain zikir beliau mandi air embun pada setiap pagi.

Selain pandai bersilat dan banyak ilmu kepahlawanan, Mat Kilau juga sejak kecil dididik dengan ilmu agama oleh ayahnya Imam Rasu. Kemudian berguru dengan Haji Osman yang dikenali juga sebagai Haji Muntuk, Mufti Negeri Pahang.

Orang yang sangat memusuhi Mat Kilau adalah Hugh Clifford penasihat Inggeris di Pahang. Dia seorang yang licik dan banyak tipu muslihatnya. Dalam usaha untuk memujuk dan mempengaruhi sultan supaya menerima penasihat dan menandatangani perjanjian dengan Inggeris, Hugh Clifford sanggup mengaku Imam Rasu (ayah Mat Kilau) orang yang paling rapat dengan sultan sebagai keluarga angkatnya. Beliau tinggal di rumah Imam Rasu. Menjadikannya ayah angkat dan Mat Kilau sebagai adik angkatnya. Kemudian dia memusuhinya sehingga Mat Kilau terpaksa bersembunyi selama 80 tahun. Selama dalam persembunyian Mat Kilau memakai beberapa nama antaranya Mat Dahan, Mat Siam dan Mat Din.

Pada 26 Disember 1969 baru rahsia terbongkar apabila membuat pengistiharan dirinya adalah Mat Kilau. Beliau meninggal dunia pada 16 Ogos 1970 dikebumikan di Pulau Tawar. Usianya ketika itu 123 tahun.


KOMEN PEMBACA

Seorang pembaca yang menamakan dirinya CIA menulis komennya begini.

Adakah novel yg berikut:::("Askar Melayu menunjukkan keberanian dan semangat keperwiraan yang hebat di mana seramai 152 anggota Askar Melayu, termasuk 7 pegawai Melayu dan 6 orang pegawai British yang dipinjamkan ke Rejimen Askar Melayu terkorban. Antara pegawai Askar Melayu yang terkorban itu adalah Leftenan Adnan bin Saidi.")FAKTA diatas yg takperlu di bukukan kerana : Askar melayu bersama askar British, ia tidak mencerminkan penulis Islam yg syumul ....dan fakta itu salah dan telah dibuktikan......





Jawapan saya.

Tujuan saya menulis kisah perjuangan Leftenan Adnan untuk merakamkan kisah perjuangannya menentang askar Jepun semasa Perang Dunia ke 2 dahulu.
Seperti juga menulis kisah pahlawan Melayu yang lain, saya sukar untuk mendapatkan fakta yang tepat. Kalau ada pun faktanya ditulis sebelum merdeka.

Mengenai 152 orang askar Melayu terkorban dalam perang dunia ke 2 menentang askar Jepun itu memang ada tercatat dalam buku sejarah termasuk sebuah tugu peringatan yang terdapat di Bukit Candu Singapura.

Semasa saya melawat Bukit Candu di Singapura tempat berlakunya pertempuran antara askar Melayu dengan askar Jepun ada dibina sebuah tugu peringatan di situ tertulis fakta di mana dalam pertempuran itu seramai 152 orang askar melayu dan 6 pegawai Inggeris terkorban. Pada saya fakta itu betul.

Jika ada yang mengatakan fakta itu salah perlu dibuktikan.

Fakta itu yang saya ambil untuk dimasukkan ke dalam novel Leftenan Adnan. Jika fakta itu salah pembaca yang arif dan bijaksana boleh betulkan dengan memberi fakta-fakta yang memang tepat dan diakui.

Seorang tokoh akademik bahagian sejarah Islam apabila diminta menyemak novel sejarah Islam juga menasihatkan penulis supaya mengambil fakta yang sahih dan terbukti kesahihannya.

Ternyata pendapat orang akademik dengan orang sastera agak berbeza. Orang sastera akan anggap itu salah satu keindahan dalam karya. Tetapi orang akdemik akan mengatakan itu satu fakta yang perlu dibuktikan kesahihannya.

Sebagai seorang penulis saya bebas berkarya. Maksud bebas itu ialah bebas mencari serta mendapatkan fakta di mana saja sumbernya. Kemudian terserah kepada pembaca untuk menilai sama ada fakta itu tepat atau tidak.

Kalau fakta itu tepat dan sahih alhamdulillah. Kalau tidak tepat atau kurang tepat rasanya tidaklah menjadi satu kesalahan yang sangat berat dalam sebuah karya kreatif.

Lagikan ulamak juga bersalahan pendapat dalam sesuatu hukum inikan pula fakta yang terdapat dalam sesebuah novel.


Di sini ada dicatatkan seramai 152 anggota Askar Melayu, termasuk 7 pegawai Melayu dan 6 orang pegawai British yang dipinjamkan ke Rejimen Askar Melayu terkorban. Antara pegawai Askar Melayu yang terkorban itu adalah Leftenan Adnan bin Saidi.