Wednesday, May 26, 2010

PROMOSI ISTIMEWA NOVEL SEJARAH ISLAM

Promosi istimewa daripada bookcafe. Com.my dengan diskaun 25% untuk pembelian novel sejarah Islam yang berlangsung dari 21-31 Mei 2010 hanya tinggal 4 hari sahaja lagi. Dalam portal PTS.COM.MY senarai terlaris novel sejarah Islam didahului Imam Syafie diikuti Salahudin al Ayubi, Imam Maliki, Umar al Khattab dan Imam Hanafi…



http://www.bookcafe.com.my/en/promosi/promosibukupaklatip-en/

















Monday, May 24, 2010

BENGKEL PENULISAN NOVEL SEJARAH

Novel sejarah berperanan mengungkap segala peristiwa, sejarah, cita-cita dan impian umat manusia. Karya sastera sejarah penting bagi pembentukan sosial masyarakat kini. Dengan menghayati sastera sejarah boleh memupuk semangat cintakan agama, bangsa dan tanah air. Umat yang maju tidak boleh melupakan sejarah tanah airnya sendiri. Kerana itu disamping mengejar kemajuan masyarakat kita juga perlu didedahkan dengan dokumentari sejarah.

Novel sejarah boleh menjadi pemangkin kesedaran beragama, semangat patriotisme dan membantu mengukuhkan perpaduan di kalangan masyarakat.. Apabila mereka dapat menghayati sejarah maka rasa cinta terhadap agama dan tanah air itu akan dapat dipupuk. Maka akan wujudlah perpaduan serta semangat patriotik.

Atas kesedaran itu PTS Litera satu-satunya penerbit yang sedang giat menerbitkan novel sejarah mengadakan Bengkel Penulisan Novel Sejarah bagi melahirkan lebih ramai penulis novel sejarah dan lebih banyak novel sejarah dapat diterbitkan.

Alhamdulillah, bengkel tersebut telah berlangsung pada 23hb Mei 2010. Antara peserta yang hadir termasuk dari Sarawak, Melaka dan Seremban.
Tim PTS Litera Utama diketuai Puan Asma Fadila Habib menerbitkan banyak novel termasuk novel sejarah Islam.


Puan Asma Fadila Habib dan Tuan Bahruddin antara tenaga penting yang menerbitkan novel sejarah Islam yang kini semakin diminati ramai.



Para peserta yang hadir dalam bengkel penulisan novel sejarah. Turut serta beberapa orang pengurus dan editor PTS. Kehadiran mereka buat saya gementar hehehe...



Seronok dapat berkongsi pengalaman dengan mereka yang berminat untuk menulis novel sejarah.


Thursday, May 20, 2010

PROMOSI NOVEL SEJARAH ISLAM


Bookcafe.com.my mengadakan promosi istimewa diskaun 25% kepada pembeli novel sejarah Islam bermula dari 21 Mei - 31 Mei 2010. Pesanan boleh dibuat melalui alamat berikut:

Wednesday, May 19, 2010

BENGKEL PENULISAN NOVEL SEJARAH


PTS Litera Utama Sdn Bhd akan menjalankan Bengkel Penulisan Novel Sejarah pada tarikh dan tempat berikut:

Tempat: Sekolah Al-Ikhlas, Taman Permata, Hulu Kelang. (Pergi ke GIANT, Tmn. Permata, cari kedai 7-Eleven, sederet ada Klinik Gigi Nooriah, naik tangga ke tingkat 2, Sekolah al-Ikhlas betul-betul di atas klinik.)

Masa: 10.00 pagi hingga 1.00 tengah hari.

Tarikh: 23 Mei 2010, Ahad.

Menurut Tuan Bahruddin Bekri, pegawai PTS bertugas mengenai bengkel ini sudah penuh. Walau bagaimanapun, jika ada yang berminat boleh teruskan mendaftar dan sekiranya ada keperluan, bengkel yang sama akan dibuat pada masa hadapan.

Tarikh dan masa akan ditentukan kemudian.



Tuesday, May 18, 2010

KHALIFAH-KHALIFAH YANG BENAR


Khalifah-Khalifah Yang Benar kompilasi 4 dalam 1.

Empat novel khalifah Ar Rasyidin iaitu Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali dikumpulkan dalam sebuah buku setebal 800 muka surat berkulit tebal dengan harga RM55.00/RM58.00 senaskah.

Terbit pada 10 Jun 2010.



Wednesday, May 12, 2010

DIULANG CETAK


Ada pembaca bertanya kenapa Hulagu Khan, pahlawan Monggol yang ganas dan zalim ini dirakamkan kisahnya dalam novel sejarah Islam?. Dia bukan pahlawan Islam.

Tujuannya untuk menceritakan kisah kejatuhan Baghdad yang ketika itu diperintah oleh kerajaan Bani Abbasiyah. Apabila menceritakan kisah kejatuhan Baghdad maka nama Hulagu Khan pasti dikaitkan.

Alhamdulillah, pembaca akhirnya boleh menerima kemunculan novel ini dan telah diulangcetak lagi….


Thursday, May 6, 2010

TOK JANGGUT PAHLAWAN KELANTAN


Tok Janggut atau nama sebenarnya Haji Mat Hassan bin Munas atau Panglima Munas lahir di Kampung Saring daerah Jeram, Kelantan pada tahun 1850. Ayahnya Panglima Munas berkhidmat sebagai panglima istana Tengku Seri Maharaja Jeram, kerana itu Tok Janggut dibesarkan dan dididik dalam istana. Apabila dewasa beliau dihantar menuntut ilmu di Mekah dan pulang ke tanah air pada tahun 1910 ketika berusia 60 tahun.

Setahun sebelum itu atau pada tahun 1909 telah diadakan perjanjian Inggeris-Siam menyebabkan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis diletakkan di bawah kuasa Inggeris manakala Patani, Menara, Jalor dan Setol di bawah Siam.

Camputangan Inggeris di Kelantan tidak disenangi penduduk tempatan apatahlagi apabila Inggeris membuat perubahan yang ternyata bertentangan dengan adat istiadat Melayu dan undang-undang Islam.

Sebelum kedatangan Inggeris negeri Kelantan diperintah oleh Sultan Mansur yang memakai gelaran Sultan Muhammad III. Beliau seorang sultan yang taat beragama dan warak. Baginda mendampingi ulama yang terkenal pada masa itu antaranya Haji Abdul Malik Sungai Pinang, Tok Ku Syed Hakim@Syed Muhammad bin Syed Alwi, Imam Haji Nik Wan Daud, Imam Haji Abdullah, Imam Haji Mahmud Tuan Padang, Haji Muhammad Ta’, Haji Ismail Langgar, Haji Daud Kampung Menuang, Haji Taib anak Tuan Padang dan Haji Nik Abdul Rahman Dakwat.

Sultan Mansur Syah atau Sultan Muhammad 111 telah menguatkuasakan undang-undang Islam. Antaranya perlaksanaan hukum hudud ke atas pencuri dan qisas ke atas pembunuh, baginda juga menguatkuasakan undang-undang ta’zir ke atas orang-orang yang tidak berpuasa dan mengenakan hukuman terhadap perempuan yang tidak menutup aurat.

Semasa pemerintahan Sultan Mansur atau Sultan Muhammad 111, negeri Kelantan berada pada zaman kegemilangannya dalam sejarah perundangan Islam dan kehidupan beragama di kalangan rakyat negeri Kelantan.

Tetapi segalanya berubah apabila Inggeris menghantar penasihatnya ke Kelantan. British telah memperkenalkan undang-undang mereka sendiri terhadap rakyat Kelantan antaranya merubah sistem pemilikan tanah yang mana secara otomatik menolak undang-undang tanah tradisional Melayu yang berlandaskan kepada undang-undang Islam yang berdasarkan prinsip Ihya (usaha) dan Tha’jir (tanda).

Itulah punca penentangan Tok Janggut yang sebenar, bukan hanya disebabkan enggan membayar cukai yang dipaksakan Inggeris seperti yang diuwar-uwarkan British.

Sentimen anti-Inggeris semakin meningkat apabila tercetusnya Perang Dunia Pertama pada Ogos 1914 yang mana British berperang dengan Turki Uthmaniyah. Kerajaan Kelantan yang berada dalam keadaan tersepit akibat perjanjian Inggeris-Kelantan 1910 dipaksa menyatakan bahawa mereka menyebelahi England dalam peperangan itu.

Keputusan Kelantan memihak kepada British dan bukan Turki Uthmaniah dalam Perang Dunia Pertama mengecewakan Tok Janggut kerana bertentangan dengan fatwa Syaikhul Islam, Khayri Effendi, yang mewajibkan umat Islam berjihad menentang British dan sekutunya.

Penindasan menerusi kutipan cukai yang tinggi menyemarakkan lagi kemarahan penduduk Kelantan. Pada mulanya Tok Janggut dan pengikut turut membayar cukai walaupun tidak berpuas hati. Tetapi apabila terpaksa menunggu selama beberapa hari di pejabat tanah kerana tidak ada pegawai mengutip cukai yang melayannya akhirnya Tok Janggut memutuskan tidak mahu membayar cukai dan mempimpin gerakan menentang Inggeris pada tahun 1915.

Pada 29 April 1915, Haji Mat Hassan atau Tok Janggut bermesyuarat dengan para pengikutnya di rumah Tok Nik Bas di Kampung Tok Akib. Mereka mengatur strategi menentang Inggeris, mengambil alih pemerintahan di Pasir Puteh dan mengisytiharkan jajahan itu merdeka atau memerintah sendiri mengikut undang-undang Islam.

Bagaimanapun mesyuarat sulit itu diketahui Pegawai Jajahan Pasir Puteh, Abdul Latif yang berasal dari Singapura, kemudian mengeluarkan waran kepada Ketua Balai Polis, Sarjan Che Wan Sulaiman, untuk menangkap Tok Janggut.

Sarjan Che Wan yang diiringi beberapa anggotanya bertolak ke Kampung Tok Akib pada pagi 29 April bagi memaksa Tok Janggut menyerah diri. Kebetulan ketika itu, Tok Janggut sedang berucap di hadapan kira-kira 1,000 penduduk yang kebanyakannya bersenjata.

Bagi mengelakkan berlaku pertempuran Tok Janggut bersetuju mengikut anggota polis ke pejabat jajahan untuk memberi penjelasan mengenai tindakannya. Tetapi sikap lembut dan mengalah Tok Janggut disalahartikan oleh Sarjan Che Wan yang memberi layanan seperti penjenayah lalu berlaku perbalahan.

Dalam usaha mempertahankan dirinya Tok Janggut telah menikam Sarjan Che Wan dengan kerisnya menyebabkan tercetusnya peperangan antara Tok Janggut dengan Inggeris. Tok janggut dan pengikutnya berjaya menawan Pasir Puteh lalu menubuhkan pentadbiran sendiri, beliau menjadi Ketua Menteri dan Ungku Besar Jeram sebagai Raja.

Inggeris yang ketika itu merupakan salah sebuah kuasa besar dunia berasa tercabar lalu menghantar pasukan tentera ke Kelantan.

Akhirnya pada 24 mei 1915 berlaku pertempuran sengit dikampong dalam pupuh yang berakhir dengan Tok Janggut gugur syahid bersama dengan sahabat-sahabatnya Tok Abas dan Tok Hussin.

Kemudian mayat Tok Janggut dibawa ke Kota Bharu, diarak dan digantung sonsang selama empat jam di padang bank atau Padang Merdeka sebelum dikebumikan di kampung pasir Pekan.

Apakah yang mendorong Tok Janggut yang ketika itu berumur 65 tahun menentang sebuah kuasa besar yang punya peralatan senjata yang lengkap, ada kapal perang, meriam dan senapang?.

Menasabahkah seorang lelaki tua memberontak hanya disebabkan tidak mahu membayar cukai?.

Sesungguhnya Tok Janggut berjuang demi membela agama, bangsa dan tanah airnya...Dia seorang mujahid....


Tuesday, May 4, 2010

MEMBANTU PELAJAR MENDAPAT MARKAH A



Puan Shima Mahiddin (foto FB) menulis komen dalam FaceBook:

"SubhanaALLAH....moga ALLAH merahmati sasterawan Abdul Latip Talip & PTS. Suatu usaha yang terpuji. Anak2 saya berumur 11 & 12 thn amat meminati novel2 sejarah Islam karya beliau sehingga subjek sirah yang sukar dlm UPKK sek. agama dapat A berkat tulisan beliau... SYABAS & TAHNIAH sekali lagi buat Sasterawan Abdul Latip Talip & PTS."

Disalin dari blog PTS