Tuesday, December 20, 2011

JUBAH


Semasa berada di penjara Denzili Badiuzzaman Said Nursi dikunjungi seorang wanita bernama Aishah Hanim isteri kepada Gabenor Penjara Kastamonu. Beliau menyerahkan sehelai jubah tetapi Badiuzzaman Said Nursi menolaknya.

“Bapa saya menerima jubah ini daripada Sheikh Muhammad ibn Abdullah al-Khalidi seorang ulama terkenal dengan nama Asik Kucuk,” pujuk Aishah.

Menurutnya, Sheikh Muhammad ibn Abdullah al-Khalidi, berasal dari Afyon telah merantau ke Baghdad untuk belajar dengan Maulana Khalid Bagdadi. Setelah tamat pengajian, gurunya memberi sehelai jubah sebagai hadiah. Kemudian jubah itu diserahkan kepada bapa Aishah Hanim sebelum Sheikh Muhammad ibn Abdullah al-Khalidi pergi ke Mesir dan meninggal dunia di sana. Keluarga Aishah telah memelihara jubah itu dengan baik.

Kata Aishah lagi, apabila suaminya di hantar bertugas ke Kastamonu sebagai Gabenor Penjara, Aishah Hanim merasakan sudah tiba masanya jubah itu diberikan kepada orang yang paling layak memakainya. Kerana itu beliau mahu menyerahkannya kepada Badiuzzaman Said Nursi.

Semasa Badiuzzaman Said Nursi berumur 15 tahun pernah disuruh memakai jubah dan serban tetapi dia enggan kerana merasakan dirinya masih terlaku muda untuk memakai pakaian ulama.

Ketika di penjara Denzili umurnya sudah 56 tahun. Akhirnya terbuka hatinya menerima jubah yang berusia ratusan tahun itu…


No comments: