Sunday, October 31, 2010

DIULANG CETAK


Abu Bakar Sahabat Sejati yang terbit pada July 2008 telah diulang cetak beberapa kali kini diulang cetak lagi.




Dalam masa yang sama novel ini yang diterbitkan dalam antologi Khalifah-Khalifah Yang Benar juga telah diulang cetak.

Terima kasih kepada pembaca yang memberikan sokongan
.




Tuesday, October 26, 2010

AKAN TERBIT


1872....
Yamtuan Antah menaiki takhta dengan sokongan Datuk Siamang Gagap, Datuk Penghulu Luak dan Orang Empat Istana. Namun pelantikan itu mendapat tentangan daripada Tengku Ahmad Tunggal. Inggeris mula memainkan peranan dan sengketa bermula....

Tengku Ahmad dengan hasutan-hasutan Inggeris dan bantuan Undang Luak Sungai Ujung, mula melancarkan perang ke atas Sri Menanti. Datuk Siamang Gagap dengan perikatannya bertahan. Selepas beberapa siri pertempuran, Datuk Siamang Gagap bertahan di Bukit Putus. Kedua-dua belah pihak punyai kelebihan, punyai pendekar yang bukan calang-calang dan punyai semangat yang menjulang. Lalu siapa yang alah dan siapa yang menang?

Menurut ceritanya, suatu ketika dahulu memang wujud seekor siamang yang gagap apabila berbunyi. Penduduk kampung di Seri Menanti menganggap siamang itu 'keramat' kerana menjadi pelindung kepada penduduk kampung. Apabila ada musuh datang menyerang, maka 'Siamang Gagap' itu akan berbunyi sebagai tanda amaran supaya mereka bersiap sedia. Apabila Siamang Gagap itu mati, penduduk kampung seperti kehilangan pelindung dan mereka tidak lupakan jasa haiwan itu.

Menurut sejarahnya, ada seorang lelaki mendapat gelaran 'Siamang Gagap' kerana jasanya menyelamatkan Seri Menanti daripada angkara musuh. Lelaki itu bernama Kahar bin Haji Mukmin. Sejak dia mendapat gelaran itu, beliau dikenali dengan nama Datuk Siamang Gagap atau Pendekar Siamang gagap....


Monday, October 18, 2010

RESENSI BUKU DI TV1











Pada 14hb Oktober yang lalu telah diadakan bincang buku Hulagu Khan Khabar Hitam Dari Timur dan Tok Janggut Pahlawan Kelantan di rancangan Selamat Pagi Malaysia TV l.

Program tersebut dikendalikan oleh pengacara dan juga penulis terkemuka, Tuan Ramlee Awang Murshid.



TAWARAN HEBAT KOLEKSI NOVEL SEJARAH

http://www.bookcafe.com.my/en/promosi/novel-sejarah-islam-abdul-latip-talib-edisi-jimat/







bookcafe.com.my sedang mengadakan promosi menjual novel sejarah Islam koleksi jimat dengan tawaran diskaun 25%. Novel-novel tersebut boleh dibeli dengan harga antara RM 10.50 hingga RM 11.25 sahaja. Rebut peluang ketika stok masih ada.


Friday, October 1, 2010

TOP 30 SEPTEMBER 2010


Edisi Jimat, Perang Uhud dan Tok Janggut tersenarai dalam Top 30 September 2010. Syukur…

1. Armagedon 2012: Bencana Akhir Zaman
2. Dear Yayah The Series
3. 1 Hari 1 Resipi 365 Menu Istimewa Chef Hanieliza
4. Cita Rasa Malaysia - Terengganu
5. Cita Rasa Malaysia - Negeri Sembilan
6. Salahudin Ayubi: Penakluk Jerusalem (ed. jimat)
7. Muhammad Al-Fateh: Penakluk Konstantinopel (ed. jimat)
8. Khalid: Memburu Syahid (ed. jimat)
9. Abu Ubaidah: Penakluk Parsi (ed. jimat)
10. Hulagu Khan: Khabar Hitam Dari Timur (ed. jimat)
11. Tariq: Penakluk Andalusia (ed. jimat)
12. Ikramah: Penentang Jadi Pembela (ed. jimat)
13. Perang Uhud: Sejarah Duka Tentara Islam
14. Mendidik Anak Perempuan
15. 501 Soal Jawab Darah Wanita
16. Tok Janggut
17. Tuhan Masih Mencintaiku
18. Seperti Keju & Coklat
19. O.T.A.I - Tunjuk Bakat
20. Senangnya Memasak Puding & Desert
21. Laskar Cinta
22. Senangnya Memasak Ayam
23. Komik-M: Aku, Kau & Malaysia
24. Komik-M: Budak Takraw 2
25. Komik-M: Semangat Gahsing
26. Qasidah Untuk Kekasih
27. Travelog Syahadah
28. Yakjuj & Makjuj: Bencana Di Sebalik Gunung
29. Senangnya Memasak Mi, Mihun & Kuetiau
30. Tuk Mudin Datang

Nota: Dari http://www.universitipts.com