Showing posts with label PENGEMBARAAN. Show all posts
Showing posts with label PENGEMBARAAN. Show all posts

Monday, August 13, 2012

MENJEJAKI SEJARAH SALAMN AL FARISI

Menjejaki sejarah Salman al farisi di Iran...Bertemu seorang penduduk Desa Ji tempat kelahiran Salman al Farisi. Tidak ada maklumat yang didapati kerana lelaki itu tidak kenal siapa Salman al Farisi..
Bergambar kenangan di Tehran.



Kami sampai ke Desa Ji tempat kelahiran Salman al Farisi. Desa ini telah bertukar menjadi sebuah pekan kecil.


Desa Ji tempat kelahiran Salman al Farisi. Ada sebatang jalan dinamakan Salman.
Bertemu anak-anak muda di Desa Ji...Mereka juga tidak kenal siapa Salman al farisi...
Rumah berhala di puncak bukit. Untuk sampai kepuncak mengambil masa satu jam
Kami bertemu dengan keluarga yang sedang berkelah lalu dipelawa duduk bersama dan menikmati makanan yang dibawa.
Rumah berhala api dipuncak bukit...
Lelaki tua ini juga tidak tahu sejarah Salman al Farisi...

Friday, September 30, 2011

KENANGAN DI TURKI

Baru-baru ini semasa berada di Turki bertemu sekumpulan remaja, apabila saya sebut nama Sultan Muhamad al Fateh, semua bersorak gembira, apabila sebut nama Recep Tayyip Erdogan, sekali lagi mereka bersorak gembira, apabila saya sebut nama Mustafa Kamal Ataturk, tiba-tiba mereka senyap...

Kali pertama saya ke Turki bagi menjejaki sejarah Mustafa Kamal Ataturk untuk dijadikan novel, saya mengalami keadaan yang sukar kerana ramai yang enggan untuk bercerita mengenai tokoh yang dikatakan bapa turki moden itu. Malah saya berada dalam kebimbangan kerana rasa diekori.

Apabila pergi kali kedua untuk menjejaki sejarah Badiuzzaman Said Nursi saya mendapat kerjasama yang sangat erat. Kemana pergi diberi sambutan dan mereka bersedia untuk memberikan apa sahaja yang diperlukan.

Remaja Turki yang cintakan Islam...


Sultan Muhamad al Fateh tetap di hati...




Pemimpin yang disanjungi....







Kekejamannya tidak dilupakan...

Monday, September 26, 2011

SUDAH PULANG KE MALAYSIA

Alhamdulillah kami sudah selamat pulang ke Malaysia setelah lebih dua minggu mengembara ke Turki bagi menjejaki sejarah Badiuzzaman Said Nursi. Selama berada di sana kami mendapat kerjasama yang amat baik daripada jemaah risalah an nur. Mereka menyediakan keperluan kami termasuk tempat penginapan, kenderaan dan sebagainya. Semoga Allah sahaja yang sebaik-baik memberi balasan terhadap mereka.


Kami menjejaki sejarah Badiuzzaman Said Nursi bermula dari Istanbul membawa ke Bursa, Barla, Konya, Isbarta, Yozgat, Ankara dan Urfa yang terletak di sempadan Syria. Hampir seluruh negara Turki kami lawati perjalanan kami dengan kereta dan kapal terbang. Syukur kerana perjalanan kami selamat dan urusan kami dipermudahkan.

Banyak kenangan manis untuk diceritakan...

Semasa di Ankara dijemput bersiaran di televisyen...di sebelah saya adalah penterjemah ke dalam bahasa Turki.


Di Istanbul dijemput bersiaran di radio..



Bergambar kenangan di Urfa...





Bertemu seorang penulis Turki...




Ke mana pergi kami diberi sambutan meriah...terjalin silaturrahim antara kami.




Wednesday, September 14, 2011

SAMPAI DI YOZGAT

Dalam uaaha kami menjejaki sejarah perjuangan Ustaz Badiuzzaman Said Nursi kami dibantu jemaah risalah Said Nursi. Tanpa bantuan mereka tentulah sangat sukar kami melakukannya.

Dari Istanbul kami dibawa ke Bursa, Isbarta, Barla, Konya dan kini kami di Yozgat yang terletak jauh di utara Turki.

Setiap kali singgah di tempat tersebut kami dibawa bermalam di madrasah serta diberi layanan yang sangat baik. Alhamdulillah...

















Tuesday, September 6, 2011

SAMPAI DI ISTANBUL



Kami selamat sampai di Istanbul disambut seorang wakil persatuan lalu dibawa ke tempat penginapan. Walau bukan hotel namun tempatnya selesa. Alhamdulillah.


Prof Dr Taris Kaya, President Of Istanbul Ilim Kurdur Vakfi, Sukran Wahida, Muhamad Firinci, Ihsan Kasim Saleh. Mereka banyak mengetahui mengenai Badiuzzaman Said Nursi. Dan membantu kami.

Kami dipertemukan dengan Sukran Wahida penulis buku Biografi Said Nursi. Beliau wanita Inggeris memeluk Islam setelah membaca risalah An Nur. Beliau juga telah menterjemahkan risalah tersebut ke bahasa Inggerish.





Tempat penginapan saya yang sangat selesa.



Wednesday, July 27, 2011

ALHAMDULILLAH

Alhamdulillah
Kami sudah selamat pulang ke tanah air setelah mengerjakan umrah di tanah suci Mekah semoga mendapat ibadat yang mabror...

Di Masjidil Haram...




di Masjid Nabawi Madinah



Di Raudhah




Di perkuburan Baqi' di Madinah








Di masjid Nabawi pada waktu pagi...


Friday, July 8, 2011

LAMBAIAN KAABAH





Setelah bertahun mengumpul impian,
esok berangkat ke tanah suci Mekah
mengerjakan Umrah.
semoga perjalanan kami
selamat pergi dan kembali
serta mendapat
umrah yang mabror…insyaAllah.

Ù„َبَّÙŠْÙƒَ اللَّÙ‡ُÙ…َّ Ù„َبَّÙŠْÙƒَ
Ù„َبَّÙŠْÙƒَ لاَ Ø´َرِÙŠْÙƒَ َ Ù„َبَّÙŠْÙƒ
Ø¥ِÙ†َّ الْØ­َÙ…ْدَ ÙˆَالنِّّعْÙ…َØ©َ,
ÙˆَالْÙ…ُÙ„ْÙƒَ Ù„َÙƒَ
لاَ Ø´َرِÙŠْÙƒَ Ù„َÙƒَ

Kami menyahut seruanMu ya Allah.
Tiada sekutu bagi-Mu
dan kami menyahut seruan-Mu.
Sesungguhnya segala pujian
kenikmatan dan kekuasaan
adalah milik-Mu
dan tidak ada sekutu bagi-Mu.


Friday, March 11, 2011

JALAN-JALAN DI KOTA LONDON


Semasa berada di London sempat melawat Istana Buckingham atau Buckingham Palace dan London Eye. Dalam cuaca pagi yang dingin kami berjalan kaki menuju ke kediaman resmi Ratu Inggeris itu. Dari jauh kelihatan orang ramai yang terdiri daripada pelancong sudah memenuhi perkarangan luar istana yang menjadi lambang kemegahan kerajaan British. Kami menyaksikan pertukaran shif pengawal istana. Setelah rampai tamat jam 12 kami berjalan kaki menuju ke London Eye yang menjadi tumpuan orang ramai.
















Wednesday, March 9, 2011

MELANCONG DENGAN WANG ROYALTI

Sekarang barulah dapat peluang pergi melancong dengan wang royalti sesuatu yang tidak pernah saya mengimpikannya sebelum ini. Alhamdulillah kini impian itu menjadi kenyataan apabila dapat melancong ke Turki dan London. Namun pemergian itu bukan untuk berlibur saja tetapi lebih kepada membuat kajian serta persediaan menulis kisah Mustafa Kamal Ataturk dan Abu Ayub al Ansari yang peninggalan sejarahnya masih ada di Istanbul. Dan selepas ini merancang pergi ke Andalus Sepanyol pula bagi persediaan menulis kisah Isabella.

Semasa menulis kisah Salahudin Ayubi, Tariq dan Sultan Muhamad al Fateh saya memang tidak berkesempatan melawat tempat di mana berlakunya peristiwa tersebut. Bagi menulis Kisah Mustafa Kamal Ataturk baru berpeluang pergi ke tempat tersebut dengan harapan semoga lebih berkesan penceritaannya…



Bergambar semasa di London eye



Bergambar di depan Masjid Biru Istanbul Turki.

Wednesday, February 23, 2011

PERGI MELANCONG

Jika tiada apa-apa halangan, tidak lama lagi kami akan pergi melancong ke Turki, London dan Paris. Di Turki kami akan menziarahi Makam Sultan Muhamad al Fateh, Abu Ayub al Ansari di Istanbul dan Mustafa Kamal Ataturk di Ankara. Kisah Sultan Muhamad al Fateh sudah dijadikan novel. Kisah Mustafa Kamal Ataturk dan Abu Ayub al Ansari akan dijadikan novel. InsyaAllah. Di Turki juga banyak tempat yang menarik antaranya Masjid Biru, Aya Sofea, Istana Topkapi, Selat Bhosphorus, istana Sultan-sultan Ottoman dan lain-lain lagi. Dalam perjalanan pulang singgah di Kota London dan Paris. Semoga perjalanan kami selamat dan berjalan lancar…



Makam Abu Ayub al Ansari seorang sahabat Nabi Muhamad saw.

Makam Sultan Muhamad al Fateh di Istanbul.


Kota Paris.


Turki...




London...



Wednesday, December 8, 2010

KENANGAN DI BUKIT TINGGI






Banyak kenangan semasa melawat Bukit Tinggi Minangkabau Sumatera Barat. Selain cuacanya yang sejuk nyaman dan pemandangannya yang cantik, banyak tempat bersejarah dan menarik yang sempat dikunjungi. Antaranya Danau Maninjau dan rumah kelahiran Pak Hamka, Lubang Jepang, Istana Pagar Ruyung dan lain-lain lagi.


Jam Gadang mercu tanda Bukit Tinggi.


Bergambar dengan Tuan Hanif Pengelola Museum Rumah Kelahiran Buya Hamka.




Di depan Istana Pagar Ruyung yang baru dibangunkan semula setelah musnah terbakar.



Rumah Adat.




Kota Bukit Tinggi, Minangkabau, Sumatera Barat.



Lubang Jepang atau terowong panjang dibina tentera Jepun....



Novel sejarah Islam ada dijual di toko buku Bukit Tinggi.




Gembira tengok buku-buku saya diletakkan di rak buku utama









Alangkah bagusnya jika dapat menulis di sini...