“Ammar, saya pernah berdiri dan bergambar di tempat ini…” kata saya.
“Saya juga…” kata Ammar sambil tersenyum.
“Saya datang ke Turki untuk menjejak sejarah Badiuzzaman Said Nursi. Hasilnya telah lahir novel Badiuzzaman Said Nursi. Buku itu tersebar hingga sampai ke Singapura dan Brunei …” kata saya pula.
“Saya datang ke Turki untuk menuntut ilmu yang ditinggalkan Badiuzzaman Said Nurs. Pada sebelah siang Saya belajar sejarah Uthmaniyah di universiti Marmara. Pada sebelah malam dan hari-hari cuti saya membaca serta mengkaji Risalah An Nur sehingga diberi tauliah untuk mengajar pelajar baru,” kata Ammar pula.
Menurut Ammar, ayahnya telah mempersiapkan dirinya selama dua tahun sebelum di hantar ke Turki. Dia juga telah belajar Bahasa Turki di Madrasah Jamaah Hayrat di Bandar Baru Bangi, sebelum pergi ke Turki. Kerana itu dia dapat menguasai Bahasa Turki.
“Saya akan tinggal di turki dan tidak akan pulang sehingga saya menyelesaikan pengajian di sini,” kata Ammar.
Katanya lagi, “Saya tidak akan berkahwin selagi pengajian saya belum selesai.”
Dan katanya lagi. “Saya akan membakar kapal-kapal saya…”
Lalu saya teringat kisah Tariq bin Ziyat yang sanggup membakar kapal-kapalnya untuk berjaya menakluk Andalus…
Ammar juga sanggup membakar kapal-kapalnya untuk mengapai impiannya mati syahid di Istanbul…
“Benarkah semasa berada di Syria, Ammar pernah bermimpi bertemu dengan bidadari dari syurga?” tanya saya pula.
Ammar pun berkata:
Jika engkau mahukan teman
Cukuplah Allah sebagai teman
Jika engkau mahukan musuh
Cukuplah nafsu sebagai seteru
Jika engkau mahukan hiburan
Cukuplah al quran sebagai bacaan
Jika engkau mahukan nasihat
Cukuplah mati sebagai penasihat…
Jika engkau mahukan teman
Cukuplah Allah sebagai teman
Jika engkau mahukan musuh
Cukuplah nafsu sebagai seteru
Jika engkau mahukan hiburan
Cukuplah al quran sebagai bacaan
Jika engkau mahukan nasihat
Cukuplah mati sebagai penasihat…
Saya sedang menulis novel kisah Ammar....kerana asyiknya menulis kisah Ammar... sehingga terbawa-bawa dalam mimpi...