Monday, October 17, 2011

MUJADDID ABAD KE 20








Saya berasa gembira dapat menulis novel Badiuzzaman Said Nursi, seorang Mujaddid abad ke 20. Mujaddid maksudnya orang alim yang diutuskan Allah bagi menyelesaikan masalah pada zamannya. Dan dia kurniakan karamah atau maunah.

Setelah Nabi Muhamad wafat tidak ada lagi Nabi atau Rasul sesudahnya. Namun Allah itu Maha Bijaksana. Untuk menjaga umat ini dan agama Islam yang diredaiNya dari lenyap dari muka bumi ini, maka Allah mengutus Mujaddid bagi menguatkan agama.

Antara mereka yang dipercayai Mujaddid ialah Khalifah Umar Abdul Aziz, Imam Syafie, Imam Ghazali, Imam Bukhari, Syeikh Abdul Kadir Jailani dan beberapa orang lagi.

Ramai yang percaya Badiuzzaman Said Nursi adalah Mujaddid abad ke 20 ini. Pada masa hidupnya beliau dapat mempertahankan umat Islam Turki dari fahaman sekular. Setelah meninggal dunia karyanya Risalah an Nur diterjemahkan ke pelbagai bahasa dan dibaca oleh umat Islam di seluruh dunia kerana pemikirannya dapat membantu menyelesaikan masalah umat Islam pada zaman ini.

Beberapa karyanya telah diterjemahkan ke bahasa Melayu…



3 comments:

~albazrah~ said...

Assalamualaikum Pak Latip,

Alhamdulillah...semoga penulisan novel ini lancar mendapat inayah Allah...

Pak Latip ada maklumat tentang Ustaz Nursi mendapat jubah Sheikh Maulana Khalid semasa di beliau di Barla? Jubah itu berusia 100 tahun.

Ustaz Nursi semasa usia 14 tahun gurunya pakaikan jubah sebab kehebatannya dan ijazah ilmu untuknya, dia tanggalkan begitu sahaja.

Jadi Ustaz Nursi berkata, apabila mendapat jubah itu inilah ganti semasa aku meninggalkan jubah semasa kecil dahulu. Jubah Maulana Khalid, muridnya hairan selama ini Ustaz Nursi tidak menerima pemberian tetapi kenapa jubah itu Ustaz Nursi ambil?

ABDUL LATIP said...

albazrah

Waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh..semoga puan dan keluarga sihat walafiat.

Banyak barang-barang peribadi kepunyaan Badiuzzaman Said Nursi ada tersimpan di Sanliurfa...di sana beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir dan di sana dikebumikan...

Saya ada mengambil gambar jubah yang dikatakan telah berusia 100 tahun. saya tidak pasti apakah itu jubah yang puan maksudkan.

Nanti saya siarkan gambarnya...

~albazrah~ said...

Minta maaf Pak Latip, tiba-tiba separuh pula saya tulis.

Saya juga tidak tahu bentuk jubah itu tetapi di dalam Rasail Nur Ustaz Nursi bercerita tentang jubah yang dimaksudkan.

Maaf Pak Latip, sebenar bukan di Barla tetapi di Kastamonu. Di dalam buku Biografi Sukran Vehide, di Part Two- Chapter Four. Selapas topik Mujaddid ada di sebut tentang jubah Maulana Khalid.

Tetapi kata-kata Nursi sendiri di dalam Malahiq (m/s 140) yang berbahasa arab, beliau mengatakan setelah 50 tahun dari tempoh beliau dipakaikan jubah sejak kecil sebagai tanda ijazah, maka kini beliau terima kiriman jubah Mawlana Halid yang beliau kira sebagai tanda ijazah. Nursi memakai sambil mengucap jutaan kesyukuran dan pujian kepada Allah.

Usia jubah itu ketika ustaz Nursi terima sudah 100 tahun dari kematian Mawlana Khalid seorang mujaddid di dalam Tariqah Naqshabandiah.

Mawlana Khalid antara figur penting Naqshabandiah selepas Imam Rabbani Sirhindi.