Thursday, October 20, 2011

KATA-KATA PUJIAN DARI SEORANG PEMBACA




Kata-kata pujian serta penghargaan daripada Cikpuan Hayati Edward seorang peminat novel sejarah Islam membuat saya berasa terharu...

Novel-novel tuan mudah dibaca dan menarik sekali sehingga apabila kita mula membaca kita tidak ingin melepaskan buku itu sehingga ceritanya habis dibaca. Novel tuan menyinari jiwa dan membuat hati rindu untuk bertemu rasullullah saw dan sahabat serta pendampingnya.

Ini bukan pujian semata tetapi lebih kepada mahu mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kerana mampu membawa saya berkembara di zaman silam. Zaman kegemilangan Islam dan zaman yang menyedarkan kita betapa kesempurnaan iman itu sangat manis dan indah sekali sehingga sanggup mati kerana Allah. Rasulullah saw dan Agama Islam. Syabas.

Keep on writing the best of Islam. May Allah guide you to success always. Salam.


5 comments:

zino said...

apa novel terkini paklatif ya..

ABDUL LATIP said...

Mustafa Kamal Atatruk...sedang hangat di pasaran...

hana said...

semoga ALLAH memanjangkan usia tuan supaya dengan itu tuan dapat menulis untuk kesedaran umat dengan lebih banyak..aminnn

ibuVouge said...

Saya baru berjinak dengan buku buku tuan. benar kata puan tadi.. tulisan tuan membuat kita mengenbara dan merindui zaman rasul Allah

Saya sedang membuat koleksi edisi jimat. alhamdullillah..

Semoga ALLAH berkati usaha tuan

Khaidir said...

Alhamdulillah.
Amin :-)