Dalam usaha menjejaki sejarah kehidupan Ustaz Badiuzzaman Said Nursi kami pergi ke Istanbul, Bursa, Barla, Isbarta, Konya, Ankara, Yozgat dan Urfa. Kami juga menemui anak-anak murid beliau yang masih hidup antaranya Abdullah Yegin, Mehmet Firinci, Said Ozdemir, Salih Ozcan dan Abdulkadir Badili. Kesemua anak murid Ustaz Badiuzzaman Said Nursi bertaraf ulama. Jika anak muridnya begitu hebat apatah lagi gurunya.
Kenangan paling tidak dapat dilupakan apabila bertemu dengan Ustaz Said Ozdemir. Kami berkunjung ke rumahnya disambut sebagai tetamu. Dijamu dengan buah-buahan.
Beliau bercerita mengenai satu kisah seorang lelaki yang mengaku Imam Mahdi mahu menemui Uztaz Badiuzzaman Said Nursi. Namun setiap kali mahu berjumpa ada sahaja halangannya. Ustaz Badiuzzaman Said Nursi dikurniakan firasat dapat mengetahui apa tujuan seseorang mahu menemuinya.
Akhirnya Ustaz Badiuzzaman berkata, “Ada seorang Imam Mahdi palsu mahu menemui aku…”
Sebelum kami pulang Ustaz Said sempat mengusap kepala saya sambil mendoakan. Beliau juga memberi sesuatu yang paling berharga yang belum pernah diberikannya kepada orang lain…
Alhamdulillah…
1 comment:
MasyaAllah..bertemu dengan seorang ulama kegembiraannya tidak dapat di gambarkan...tapi ustaz abdul latip apa yang di berikan oleh syeik kepada ustaz? mungkin boleh berkongsi bersama
Post a Comment