Tuesday, June 30, 2009

HULAGU KHAN

Nama Hulagu Khan menjadi terkenal serta diingati ramai kerana beliau berjaya menakluk serta memusnahkan Kota Baghdad pada zaman pemerintahan Bani Abbasiyah pada tahun 1258. Tentera Salib yang paling gembira dengan kehancuran kota Baghdad itu kerana sebelum itu mereka pernah dikalahkan oleh Sultan Salahuddin al Ayubi dalam perang salib. Malah ada yang mengatakan mereka turut membantu Hulagu Khan.

Nama Hulagu Khan tercatat dalam sejarah Islam sebagai pahlawan Monggol yang paling kejam kerana membunuh ramai umat Islam serta menghancurkan peradaban Islam di kota Baghdad.

Novel ini ditulis pada tahun 2007. Kerana beberapa sebab ia agak lambat diterbitkan.

Setelah selesai menulis kisah empat pahlawan Islam iaitu Khalid al Walid, Ikramah bin Abu Jahal, Salahuddin al Ayubi dan Tariq bin Ziyad, saya ingin merakamkan kisah kejatuhan kota Baghdad. Saya pilih Hulagu Khan kerana dia ada kaitan dengan peristiwa tersebut. Walaupun ramai yang beranggapan Hulagu Khan adalah musuh Islam dan bukan pahlawan Islam, tetapi kisahnya amat menarik serta ada kaitan dengan sejarah kejatuhan kota Baghdad.

Kenapa Hulagu Khan menakluk kota Baghdad?. Kenapa dia bersikap kejam terhadap umat Islam?. Kenapa kerajaan Bani Abbasiyah yang telah berkuasa selama lebih 500 tahun dengan mudah berjaya ditumbangkan oleh orang-orang Monggol?. Siapakah pahlawan Islam yang berjaya mengalahkan orang-orang Monggol?. Bagaimana mereka boleh dikalahkan?. Apa yang terjadi kepada Hulagu Khan setelah menakluk Kota Baghdad?. Semua persoalan itu akan terjawab setelah membaca novel ini.

Tunggu kemunculannya tidak lama lagi.



6 comments:

cia said...

assalamualaikum...
tak sabar rasanya nak beli...
mintak2 cepat2 lah berada dipasaran...
begitu juga dgn uthman ...
mana buku tu berada...?
pasaran malaysia ke...atau amerika..?
heheheh....gurau je..

nur akmal said...

tk sbr gak nk beli... tp, kl keluar mngkin tk smpat nk beli yg keluaran 1st sbb skrng tk ada kt mlysia... harap2 jga, insyallh dpt beli jg...

thniah pak latip utk novel seterusnya...

ABDUL LATIP said...

cia
Waalaikumsalam. Ahlan wasahlan. Uthman Affan sudah terbit. Mungkin sudah berada di pasaran. Selepas ini Bilal. Diikuti Hulagu Khan. Terima kasih kerana terus meminatinya.

ABDUL LATIP said...

nur akmal
Semoga selamat di perantauan. Rasa bangga juga bila seorang bakal Doktor minat dengan novel sejarah Islam. Semoga sama-sama mendapat manfaatnya.

nur akmal said...

alhmdllh... mmg mnat pn. sbb kt pn mengambil iktibar dr sejarah dahulu, dn byk jga sarjana2 islam dulu adalh ilmuwan dlm bidang perubatan.

penjual buku dan novel luar negeri said...

saya menjual buku dan novel luar negeri karya” penulis ternama
ini contoh koleksi buku saya :
1.BLESS THE CHILD buku karya cathy cash spellman
berisi 510 halaman dan buku ini ga ada d indonesia coy
pertama kali terbit tahun 1993

2.ACT & OMISSIONS NANCY KOPP : buku karya nancy kopp
pertamakali di terbitkan di amerika tahun 1994
buku ini menceritakan tentang kekejaman hukum yg ada

3.THE EYES OF THE DRAGON : buku karya STEPHEN KING
pertama kali diterbitan di amerika tahun 1988
berisi 380 halaman

4.A MAN ORIANA FALLACI : pertama kali diterbitkan di Inggris 1981 oleh Bodley kepala ltd
aslinya diterbitkan di italy sebagai un oumo
Hamlyn edisi paperback 1981
hak cipta 1979 oleh Rizzoli Sp.A, milan
terjemahan cipta 1980 oleh Simon dan Schuster
sebuah divisi dari jurang dan barat korporasi
berisi 493 halaman dan menjadi buku terlaris internasional

dibuat dan dicetak di greath britian oleh cox dan Wyman

5.THE CHINESE BANDIT : buku novel karya STEPHEN BECKER
berisi 309 halaman
diterbitkan tahun 1977
dan pernah menjadi novel terlaris dengan cerita petualangan yg menegangkan dan exotis

6.outlines of chinese history : buku ini karya: li ung bing

edited by : professor joseph whiteside (soochow university)

di tambah dengan peta berwarna dan illustrasi

di terbitkan di shanghai tahun 1900

dan produk buku ini terbatas (langka)

*di indonesia ga ada (buat yg satu ini agak spesial nih soalnya ini buku usianya udah 112 tahun cuy byangin aja)

7.the definitive bigraphy ADOLF HITLER : buku ini berisi tentang biography adlof hitler dari mulai lahir – mati
buku ini karya john toland berisi 1035 halaman printed in the united states of america tahun terbit tahuiun 1976

8. LA TROISIEME JEUNESSE DE MADAME PRUNE : buku ini karya penulis ternama dunia pierre loti

copyriht by calmann-levy

diterbitkan tahun1936

berisi 270 halaman ditambah illustrasi colour (ORIGINAL)

dan masih banyak lagi klau ada yg berminat bisa langsung aja kirim pesan ke e-mail saya : permadi_deni@rokcetmail.com di tunggu ya buat para kolektor” buku

terima kasih :)