Sunday, July 5, 2009

KHABAR DARI KOTA KAHERAH

Assalamualaikum w.r.b.

Didoakan semoga Pak Latip dan keluarga sentiasa sihat dan dirahmati oleh Allah s.w.t. hendaknya. Mohon maaf sekiranya e-mel ini mengganggu Pak Latip untuk mengarang dan bersantai pada hujung minggu.

Saya mengucapkan terima kasih kepada Pak Latip kerana keprihatinan terhadap karya saya yang terbit di Mingguan Malaysia hari ini.

Pak Latip yang dihormati,

Saya berbangga kerana dapat berkongsi perkenalan dengan Pak Latip. Seorang tokoh yang banyak menyumbang ke arah pembangunan jatidiri masyarakat dan pembaca amnya.

Saya pernah membaca Novel "Beraraklah Awan Pilu" dengan membawa watak Syafiq menerusi karya tersebut. Banyak perkara yang bermanfaat diperoleh semasa meneroka alam negara Brunei melalui novel tersebut.

Untuk pengetahuan Pak Latip, novel sejarah Islam yang Pak Latip hasilkan kini menjadi 'pengisi masa lapang' kepada penuntut kita di Mesir.

Ada yang sedang ralit membaca, novel Salehuddin, Tariq, Khalid, Ikramah dan macam-macam lagi.

Saya juga kini sedang membaca novel Tariq , Menang Ataupun Syahid.

Tahniah kepada Pak Latip yang banyak menghasilkan karya Novel Sejarah Islam yang bermutu. Semoga Allah sahaja yang membalas kelebihan dan anugerah itu. Insya-Allah.

Salam Kejauhan.

Syafiq Zulakifli
Kota Kaherah
11.35 pagi

No comments: