Wednesday, August 12, 2009

SIDANG MEDIA MARHABAN YA RAMADAN

12 ogos , jam 2.00 hingga 5.00 petang, bertempat di bilik Seri Nilam, Istana Budaya, Jabatan Marketing PTS mengadakan majlis sidang akhbar sempena melancarkan kempen membaca sepanjang bulan Ramadhan dengan tema "Marhaban Ya Ramadhan".

Sebanyak 27 buah buku telah dipromosikan, 12 antaranya novel sejarah Islam.

Walapun majlis tidak ramai tetapi cukup berarti untuk satu permulaan memupuk minat membaca pada bulan Ramadan. Khabarnya di Indonesia budaya seperti itu sudah lama diamalkan. PTS berusaha memulakannya di Negara kita.

Semoga usaha memupuk minat membaca pada bulan Ramadan ini turut mendapat kerjasama semua pihak termasuk para ulama, tok imam dan guru-guru sekolah.

Pada majlis itu juga sempat bertemu dan berbual dengan bos-bos PTS antaranya Puan Ainon, Prof Abdullah Hasan, Tuan Arief Hakim Sani, Tuan Fauzul Naim dan lain-lain. Alangkah baiknya pertemuan seperti ini kerana dapat menyemarakkan lagi semangat untuk berkarya.


Sidang Media dan mempromosikan novel-novel sejarah Islam.


Bergambar dengan pengerusi PTS Puan Ainon Mohd.


Penasihat PTS Prof Abdullah Hasan memberi kata-kata semangat kepada saya.


Bergambar dengan bos PTS Litera Utama dan Editor novel sejarah Islam.


Bergambar dengan tuan Zamri Mohamad penulis ngetop PTS.







8 comments:

Ummu Auni said...

assalamu`alaikum pak latip
saya sekarang baru berkesempatan membaca novel sejarah islami pak latip. syabas saya ucapkan kerana pak latip dapat memberi sentuhan ajaib yang menjadikan kisah para sahabat nabi tersebut sangat menarik. sekarang saya tengah kumpul koleksi novel sejarah islami :)

cia said...

kisah Nabisaw ni kalau difilemkan mesti boxoffice punya..saya nak keluarkan modalnya
RM1juta cukup...happy Ramadhan pak Latip dan ummu Auni Afif dan sahabat ku Walid guru bahasa.....

Ramadhan.....ohhh..Ramadhan...'A' is for Allah

Mak Su said...

selamat maju jaya ya Pak Latip :)

ABDUL LATIP said...

Ummu Auni Afif

Waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh. Selamat membaca novel sejarah Islam. Sudilah beri komen :)



cia

Selamat menyambut kedatangan Ramadan. Semoga beroleh keberkatan.



Mak Su

TErima kasih Mak Su.

Ummu Auni said...

saya ada pos review buku pak latip dalam goodreads :). jemput daftar diri di sana, jadi macam tukang promo pula bila kawan tertarik untuk beli buku pak latip, kesan review tersebut.

Zamri Mohamad said...

"Penulis ngetop PTS"

Moga-moga doa tuan di atas dimakbulkan Allah.

ABDUL LATIP said...

Ummu Auni Afif

Terima kasih promosikan novel sejarah Islam. Biasanya bila kawan promosikan kepada kawan lebih mudah :)



Zamri,

Sekarang pun tuan sudah menjadi penulis ngetop PTS. Tuan masih muda banyak kejayaan yang boleh diraih. InsyaAllah.

nur akmal said...

thniah pak latip sbb terlibt dgn aktiviti bmanfaat nie.... smga budaya mmbc nie terus mnjadi amlan msyrkt kt bkn shja di bln ramadhan, malah di wktu mn2 shja...