Wednesday, August 5, 2009

SIAPA TAIMUR LANK

Menurut catatan sejarah, Taimur Lank atau Timurline adalah pahlawan Monggol yang beragama Islam menganut fahaman Syiah. Dia lahir di Samarkhan pada tahun 1336 atau kira-kira 100 tahun selepas Hulagu Khan meninggal dunia.

Taimur Lank artinya Taimur kaki pincang namun cita-cita tinggi melangit seperti Genghiz Khan dan Hulagu Khan yang berpendapat Tuhan itu satu maka raja di dunia ini juga mestilah satu. Kerana itu dia berusaha untuk menjadi raja yang satu itu.

Selepas mengumpulkan bala tenteranya seramai 400 ribu orang, dia menakluk Afghanistan, Iran dan Kurdistan. Kemudian dia menakluk Kota Baghdad. Ketika sampai di Tikrit dia mengumpulkan para tawanan perang lalu memenggal leher kemudian dikumpulkan sehingga menjadi seperti piramid.

Kemudian dia menyerang Turki yang ketika itu diperintah oleh Sultan Bayazid. Selepas menakluk Turki dia terus ke Syria dan Mesir. Namun dia masih belum berpuas hati dengan kejayaannya itu selagi seluruh dunia belum berada di bawah pemerintahannya.

Dia membawa bala tenteranya menakluk Rusia. Kemudian meneruskan kemaraannya ke India. Satu demi satu negeri India ditakluknya. Di India mereka membunuh kira-kira 100 ribu orang tawanan perang.

Selepas berjaya menakluk India, Taimur Lank membuat persiapan untuk menakluk negeri Cina. Tetapi semasa dalam perjalanan dia meninggal dunia.


9 comments:

walid said...

Menarik kisah ini kalau dijadikan novel. Aku suka. Yang tak suka mungkin cia saja. Sebab dia syiah.

ABDUL LATIP said...

Walid
Terima kasih atas maklum balas. Memang dah ada pun yang marah2 sebab kurang senang Taimur Lank dikaitkan dengan Syiah. Tapi memang begitu sejarahnya.

Memang menarik kisahnya kalau dijadikan novel sebab Taimur Lank berjaya menakluk Afghanistan,Rusia dan India.

Tapi kena bincang dengan bos dulu hehe

cia said...

tuan, kalau kita sunni...berapa banyak sunnah nabisaw yg kita ikut@buat.
kalau syiah ...berapa banyak cara@jalan nabisaw yg kita buat@teruskan
jgn mengaku syiah@sunni tp apahpun tak ikut@buat
..Jgn gaduh dgn syiah@sunni, tp bergaduhlah dgn Yahudi dan nasara..ITU MUSUH ISLAM YG SEBENAR..Allah dah beritahu dlm Al Quran...p/s
Walid hang pejuanglan Bahasa hang, bahasa Quran hang tak perjuangkan sbb itu "buta hati perut" walidwalid...

ABDUL LATIP said...

cia

Benar kata tuan yang penting berapa banyak ajaran Nabi Muhamad saw yang kita buat. Syiah atau sunni tetap Islam selagi mengikut ajaran Rasulullah saw.

Mengenai kisah Timurline ada mengatakan dia memang pahlawan Islam. Dia memerangi mereka yang dianggapnya telah menyeleweng.

nur akmal said...

nampaknya, novel baru plak akn dikeluarkan pak latip. semoga perjlnn ini dipermudahkan dan dirahmati olehNya.

pak latib adakah taimur lank ini membunuh jgak twannan perang yg beragama islam???

jumlah yg dibunuhnya ramai bkn seperti pahlwan islam sblmnya yg sering mengampunkan tawanan pernang atau pun membayar denda...

ABDUL LATIP said...

Nur Akmal

InsyaAllah, novel baru sedang disiapkan. Doakan berjaya. Mengenai kisah Taimur Lank mengikut sejarahnya begitulah. Dia membunuh lawannya termasuk orang Islam. Mungkin itu menyebabkan beliau dikatakan kejam. Tetapi kejayaannya menakluk hingga ke Rusia dan India itu tetap mendapat pujian.

nur akmal said...

pak latip, india pn dia takluk lar. ngra yg akmal duduk skrg dn belajar ni pn penah di takluk dia dulu. terima kasih utk info tu pak latip. akmal doakn pak latip berjaya.

skatemalaysia said...

skarang ok la. Tunggu la bila Syiah jadi seperti Iran, Syria dan Iraq. Mak Cik saya dulu mengajar di Syira sblum kekecohan perang sunni vs syiah ni. Bila Syiah mengusai kerajaan. Kerjaan mereka tidak membernarkan kaum muslimin (sunnah/sunni) mengadakan tahlil, kelas agama secara besar2 besaran ataupun sambutan Israk Mikraj dan sebagainya. Kalau ada kena tangkap. Ini sebelum peperangan di Syria lagi.

Syiah kini bukan mazhab Islam (sejarah dulu memang asal puak Islam yg lama tapi terlalu berpolotik sehingga lari akidah)..mana leh kata mazhab lagi..kalau ia mazhab..then kristian pun mazhab...depa pun sesat, sama je cam Kristian yg putarkan segala kebenaran al-quran..Syiah pun begitu sama cam kristian sebab mereka berpendapat Jibrail salah bagi wahyu kepada nabi Muhammad dan sepatutnya ke Ali. Tanggapan mereka sama seperti kaum nasrani / kristian yg tidak percaya nabi Muhammad rasul / nabi yg terakhir..so renunglan lah...leh lak depa salahkan tentera ALLAH SWT salah bagi wahyu...ALLAH tidak akan salah pilih calonNYA. Itu fakta, kerana ALLAH SWT adalah tuhan. Mana leh tuhan buat kesilapan....

Islam adalah Islam, Syiah adalah Syiah. Jgn confuse lagi.

Oh ya saya juga peminat Abdul Latp Talib walaupun ada gambar encik Latip sama ketua Syiah Malaysia dalam kapal terbang. gambar tak menceritakan apa2 atau bukti.

Saya boleh berkawan dgn org Syiah sebab saya boleh berkawan dengan rakan ofis yg beragama lain. Cuma saya tak suka bila ia kata mereka islam yg benar. Bag saya mereka sama je cam Kristian.

Ni padangan saya. Amin

alqadri said...

Tuan, bagaimana saya ingin berhubung dengan Tuan.