Thursday, July 23, 2009

SUDAH TERBIT

Novel ini menceritakan sejarah kejatuhan Kota Baghdad.
Kenapa Hulagu Khan menakluk Kota Baghdad?.
Kenapa dia bersikap begitu kejam terhadap umat Islam?.
Kenapa kerajaan Bani Abbasiyah yang telah berkuasa selama lebih 500 tahun dengan begitu mudah diruntuhkan oleh pahlawan Monggol?.
Siapakah pahlawan Islam yang dapat mengalahkan tentera Monggol di Ain Jalut?.
Apakah nasib Hulagu Khan selepas itu?.
Semua persoalan itu terdapat dalam novel ini.


Penerbit: PTS Litera Sdn Bhd
Harga: RM24 / RM RM27 (Sabah & Sarawak)
978-983-3892-41-9
Tarikh Terbit: 25 July 2009
Jumlah Muka Surat : 256 halaman


Hulagu Khan ialah cucu kepada Genghis Khan. Adik beradik dengan Arik Boke, Mongke Khan dan Kublai Khan. Pada tahun 1255 Hulagu Khan dihantar oleh Mongke Khan (1251-1258) bagi menakluk wilayah yang pernah dikuasai oleh orang Monggol di Timur Tengah.Selepas berjaya menakluk wilayah Lurs, di Iran dan Hashasim, Hulagu Khan menumpukan usaha menakluk Kota Baghdad. Setelah berjaya menumbangkan Khalifah al Musta’sim Billah dan menakluk Kota Baghdad, Hulagu Khan menakluk Damsyik (Syria). Kemudian cuba menakluk Mesir.



1 comment:

cia said...

eemmmm...baiklahhhh....sy akan mendapatkannya....