Wednesday, July 22, 2009

KHEMAH MEMBACA SMK AGAMA PEDAS

Sempena Program Khemah Membaca 2009, yang bermula pada 22 hingga 24 Julai, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Pedas telah mengadakan beberapa aktiviti antaranya Bengkel Penulisan Kreatif.

Seramai 30 orang pelajar sekolah tersebut yang berminat dan berbakat dalam bidang penulisan telah mengambil bahagian.

Mereka juga adalah peminat novel-novel sejarah Islam. Ada diantara mereka yang berpesan apabila terbit novel yang baru segera dihantar ke sekolah tersebut.

Semasa sessi soal jawab, banyak pertanyaan berkisar tentang cara-cara penulisan novel sejarah Islam. Ada pula bertanya bila serikandi wanita Islam hendak dijadikan novel.

Semoga dari kalangan mereka akan lahir penulis pelapis. InsyaAllah.

Gambar-gambar oleh Cikgu Rosiah Othman.














1 comment:

m taufiq a aziz said...

smk agama pedas? di pahang ke?