BILAL BIN RABAH Pengumandang Seruan Langit
Penerbit: PTS LITERA UTAMA SDN BHD
Harga RM 26.00
274 muka surat
Bilal bin Rabah lahir di daerah as-Sarah yang terletak di pinggir Kota Mekah 43 tahun sebelum hijrah. Ayahnya bernama Rabah, ibunya bernama Hamamah, seorang wanita berkulit hitam. Karena itu ada yang memanggil Bilal dengan gelaran ibnus-Sauda' (putra wanita hitam).
Bilal dibesarkan di kota Mekah sebagai seorang hamba milik keluarga Bani Abdul Dar. Setelah ayahnya meninggal dunia Bilal diserahkan kepada Umayyah bin Khalaf, seorang tokoh penting kaum Quraisy.
Bilal termasuk mereka yang awal memeluk Islam. Apabila Umaiyah mendapat tahu lalu diseksanya Bilal tanpa belas kasihan supaya kembali ke agama asal serta menjadi pengajaran kepada yang lain. Namun Bilal enggan tunduk dengan kehendak Umaiyah.
Kerana itu Bilal bin Rabah disiksa oleh Umaiyah tanpa henti. Mula-mula dipukul kemudian diarak keliling Kota Mekah. Kerana Bilal masih berdegil maka dijemur di atas pasir tanpa diberi makan dan minum. Ketika matahari tegak di atas kepala dan padang pasir panas membara Bilal dipakaikan baju besi lalu dibiarkan berjemur di bawah terik cahaya matahari. Tidak cukup dengan itu Bilal disebat dengan cemeti dan ditindih dadanya dengan batu. Namun Bilal tetap teguh imannya menghadapi penyiksaan tersebut. Umaiyah memaksa Bilal menyebut nama al Latta dan al Uzza tetapi mulut Bilal menyebut “Allah,,,Allah…Allah.”
Siksaan terhadap Bilal itu akhirnya sampai ke pengetahuan Abu Bakar as Siddiq lalu membelinya dari Umaiyah dengan harga Sembilan uqiyah emas. Menurut Umaiyah jika Abu Bakar membelinya dengan satu uqiyah emas pun dia akan menjual hambanya itu. Munurut Abu Bakar pula jika Umaiyah menjualnya dengan harga 100 uqiyah emas pun dia sanggup membelinya.
Apabila Nabi Muhamad diberitahu mengenai perkara itu baginda memuji Abu Bakar as Siddiq dengan berkata "Kalau begitu, biarkan aku berkongsi denganmu untuk membayarnya, wahai Abu Bakar."
“Wahai Rasulullah, saya sudah pun membayarnya kepada Umaiyah dan sudah memerdekakan Bilal,” kata Abu Bakar as Siddiq pula.
Bilal bin Rabah pernah hidup pada tiga zaman iaitu zaman Jahiliyah atau zaman sebelum kedatangan Islam, Zaman Nabi Muhamad SAW pembawa risalah Allah dan Zaman Khalifah ar Rasyidin iaitu pada zaman pemerintahan Abu Bakar as Siddiq dan Umar al Khattab.
Pada zaman Jahiliyah Bilal menjadi hamba kepada Umaiyah. Pada zaman Rasulullah beliau dilantik menjadi tukang azan (Bilal). Beliau juga turut serta semua peperangan yang disertai Rasulullah SAW.
Sesudah Nabi Muhamad SAW wafat, Bilal merasakan satu kehilangan dalam kehidupannya. Kerana berasa sangat sedih menyebabkan beliau tidak mampu menyebut naman “Muhamad” dalam sebutan azan yang dilaungkannya. Akhirnya Bilal tidak sanggup lagi menjadi tukang azan.
Pada masa pemerintahan Khalifah Sayidina Abu Bakar as Siddiq, Bilal meminta izin untuk pergi berperang menentang mereka yang engkar membayar zakat dan mengaku menjadi nabi. Tetapi tidak dibenarkan oleh Abu Bakar as Siddiq kerana beliau memerlukan khidmat Bilal di Madinah.
Pada masa pemerintahan Khalifah Umar al Khattab, sekali lagi Bilal meminta izin untuk pergi berperang menentang tentera Rom. Kerana desakan yang begitu kuat daripada Bilal, akhirnya dibenarkan. Bilal membawa isterinya sama-sama pergi berjihad pada jalan Allah. Keduanya turut bersama tentera Islam menakluk Baitul Maqdis.
Semasa Bilal bin Rabah mengerjakan ibadat haji penduduk Mekah meminta beliau menetap di Kota Mekah dan menjadi tukang azan (Bilal) di Masjidil Haram. Tetapi ditolak oleh Bilal.
Apabila pulang ke Madinah Ali bin Abu Talib memujuk Bilal supaya tinggal di Madinah dan meneruskan semula khidmatnya sebagai tukang azan di Masjid Nabi. Tetapi ditolak juga oleh Bilal. Kemudian Khalifah Umar al Khattab sendiri yang memujuk Bilal namun tidak Berjaya juga. Kerana tidak sanggup berada di Madinah maka Bilal membawa isterinya berpindah ke Syam.
Penduduk Syam juga meminta Bilal menjadi tukang azan. Tetapi Bilal enggan sehingga mereka marah terhadap Bilal. Akhirnya Bilal membawa isterinya ke Damsyik.
Bilal bin Rabah meninggal dunia di Damsyik pada tahun 20 Hijrah/ 641 Masihi dan dikebumikan di Damsyik. Ketika itu beliau berumur 63 tahun.
4 comments:
eeemmmmm...baiklah...
Pak Latip tengah nulis cerita pa sekarang?
Cia
Pembaca mempunyai pilihan masing-masing. Novel Leftenan Adnan juga ramai pembacanya. Novel tersebut juga menceritakan sejarah tanah air termasuk serangan tentera Jepun di Tanah Melayu dan perjuangan menuntut kemerdekaan.
Auralish
Saya sekarang sedang mencari bahan untuk novel seterusnya. Sekiranya Ayu ada cerita yang menarik mengenai kisah pahlawan Islam boleh kongsi dengan saya :)
tuan,.. sebenarnya kemerdekaan kita ni adalah kemerdekaan 'franciso' , jika tidak takkan diberikan kpd t a rahman yg telah dididik oleh mereka dan malaysia tidak akan diberi kemerdekaan melainkan kepala mereka sama.
Beliau belajar di UK berpuluh tahun dan tak fasih berbahasa melayu, knp tak diberi kpd t h onn yg memang belajar di malaysia dan nakkan Islam pd masa itu.
Askar british tu membantu kita utk menghancurkan Islam dan mereka berjaya....(panjang ceritanya).
Dan sy percaya kalau tuan menulis buku tentang perjuangan Islam di malaysia , tuan akan diGAM...hehehe
Tuan, sebenarnya kita ditipu dr dulu lagi dan sy takkan ditipu lagi oleh buku khususnya, dan kehendak sy sendiri membelinya dan tuan yg menulisnya.
Cuba FIKIR FIKIR KAN....
maaf panjang sgt tp, panjang lagi yg harus diceritakan utk sesuatu kebenaran..
Post a Comment