Pak Latip yang saya hormati
Teruja saya bila melihat nama 30 pengarang PTS yang menerima royalti tertinggi. Nama Pak Latip pun ada. Saya ingin bertanya secara ikhlas berapa jumlah royalti yang Pak Latip dapat hasil dari kerja menulis?. Adakah Pak Latip berpuas hati?.
Saya sekarang bekerja makan gaji ingin menjadi penulis macam Pak Latip. Saya bercadang nak berhenti kerja supaya dapat menjadi penulis sepenuh masa. Apa pandangan Pak Latip?.
Yang ikhlas bertanya
(Nama dirahsiakan)
-----------------------------------------------------------------
Saudara yang saya hormati
Soalan: Berapa jumlah royalti yang saya dapat?.
Itu adalah rahsia. Penerbit sendiri merahsiakannya. Begitu juga saya. Biarlah rahsia….
Soalan: Adakah saya berpuas hati?
Nabi Muhamad s.a.w bersabda yang maksudnya, sekiranya seseorang itu diberi sebuah lembah emas maka dia mahu sebuah lembah lagi.
Sebagai penulis saya tidak boleh berpuas hati dengan pencapaian sekarang. Saya mesti berusaha menulis dengan lebih gigih lagi.
Soalan: Berhenti kerja supaya dapat menjadi penulis sepenuh masa?
Apabila sudah berhenti kerja makan gaji tidak ada lagi pendapatan tetap. Kerana itu saya nasihatkan saudara buat persiapan dulu sebelum berhenti kerja.
Kerja menulis buku atau novel bukan seperti peniaga yang hari ini berniaga hari ini dapat duit hasil jualannya. Tetapi penulis terpaksa bersusah payah dahulu. Contohnya, sebuah novel dapat disiapkan dalam masa tiga bulan. Selama tiga bulan saudara menulis belum mendapat apa-apa bayaran lagi. Saudara kena tunggu manuskrip itu dinilai dan diterbitkan. Setelah novel itu terbit terpaksa tunggu paling cepat setahun baru dibayar royalti. Cuba bayangkan masalah yang terpaksa dihadapi oleh penulis tersebut sekiranya tidak ada sumber pendapatan lain.
Kerana itu nasihat saya, sebelum berhenti kerja buat persiapan terlebih dahulu. Contohnya, ada duit simpanan untuk perbelanjaan setahun. Atau ada sumber pendapatan lain.
Memang benar ada penulis buku Melayu yang pendapatannya melebihi RM50,000 setahun. Dan memang benar ada penulis yang baru menulis sebuah novel Melayu sudah mendapat royalti beribu-ribu. Tetapi kejayaan itu bukan datang dalam masa yang singkat. Dia sudah menghabiskan banyak masa dan tenaganya untuk menyiapkan novel tersebut.
Alangkah beruntungnya seseorang penulis yang masih mempunyai kerja tetap atau makan gaji, dalam masa yang sama berjaya dalam bidang penulisan.
Dan alangkah beruntungnya penulis sepenuh masa yang tidak lagi terikat dengan waktu kerja makan gaji, mendapat royalti yang lumayan hasil dari kerja menulisnya.

1 comment:
business ape saja tp mesti fulltime..baru berkat duit halal , klu keje, curi tulang, duit ...... mesti suffer dulu bro ...
Post a Comment