Salam.
Saya berminat nak tahu bagaimana pengkajian pak latip?
Adakah cara pengolahan cerita dari kisah sebenar atau gambaran penulis?
Sebab rujukan di setiap novel seolah2 terlalu sedikit berbanding penceritaan.
Mungkin boleh diemel pada saya.
aliflamrabayaain@gmail.com
p/s: ingin tahu. syukran
June 29, 2009 7:44 AM
------------------------------------------------------
Arrabe'
Saya pernah dinasihatkan supaya tidak menjawab soalan yang berbentuk kritikan atau celaan bagi mengelakkan terjadinya perdebatan yang tidak berkesudahan kerana masing-masing akan cuba menegakkan kebenaran. Namun saya yakin pertanyaan saudara itu ikhlas kerana sekadar ingin tahu bagaimana saya menulis sebuah novel sejarah atau novel biografi.
Menulis sebuah buku ilmiah tidak sama caranya dengan menulis sebuah novel kerana menulis buku ilmiah memerlukan banyak buku rujukan. Tetapi menulis novel cukup kalau sekadar merujuk sebuah buku ilmiah sahaja. Namun biasanya saya merujuk lebih dari sebuah buku ilmiah kerana kadangkala ada fakta yang tidak terdapat dalam buku A tetapi ada dalam buku B.
Dari pengalaman saya menulis novel sejarah sekiranya terlalu banyak buku rujukan hanya akan memeningkan kepala. (itu pengalaman saya). Apa yang perlu dalam novel sejarah ialah faktanya betul dan wataknya benar-benar wujud. Selain itu gunakan daya kreatif sendiri supaya sesuai dengan bentuk sebuah novel.
Saya reka-reka cerita?. Atau cuma khayalan penulis?. Subhanallah...
Sesungguhnya fakta sejarah tidak boleh direka-reka. Tetapi dialog dan latar belakang tempat boleh mengikut gambaran penulis. Contohnya semasa menulis Tariq bin Ziyat, saya tidak pernah melihat Gibraltar atau negara Sepanyol. Semasa menulis Salahuddin al Ayubi saya tidak pernah pergi ke Palestin. Apa yang penting ialah faktanya....
Tambahan pula jika melibatkan tokoh-tokoh yang sudah terkenal seperti Abu Bakar As Siddiq, Ali bin Abi Talib dan sebagainya. Ramai yang sudah tahu kisah hidup mereka. Sekiranya saya mereka-reka faktanya dengan mudah pembaca akan mengetahuinya.

6 comments:
Salam hormat wahai Kekanda Abdul Latip.
Sudah jelas gambaran yang diberikan. Itulah tugas seorang penulis. Tugas DAKWAH sudah disampaikan.
satu maklumat yg berguna juga buat saya ni, pak latip :D
salam hormat kepada tuan empunya blog, tuan abdul latip talib,
Alhamdulillah, segala puji dan pujian itu hanyalah kepada Allah Azzawajalla,
salam lalu menumpang lalu,
salam perkenalan diangin lalu,
semoga tuan abdul latip talib terus diberkati, panjang umur dan dimurahkan rezeki olehNya, insyaAllah.
salam hormat,
salam tuan, saya suka baca novel2 sejarah islam yg tuan terbitkan dan saya juga ingin mengucap tahniah kepada tuan kerana berjaya menarik minat pembaca2 novel untuk mengenal sejarah islam. Saya sekadar mencadangkan agar tuan dapat menerbitkan sebuah novel mengenai saat2 khalifah islam yang terakhir dan apa yg telah dilakukan oleh Mustafa Kamal Attaturk kepada dunia islam sehingga mengakibatkan hilangnya khalifah islam hingga masa kini. Saya betul2 harapkan tuan dpt menerbitkan novel tersebut.
Abang Long,
Salam hormat juga adinda Feroz. Semoga tabah menghadapi dugaan hidup. Memang begitu tugas penulis. Doakan semoga berjaya.
Mak Su
Semoga sama2 mendapat manfaatnya. Mak Su juga minat menulis. Terus mengasah bakat hingga berjaya menghasilkan karya.
NAMOYAKI
Salam ukhwah
Terima kasih sudi ziarah
semoga NAMOYAKI juga terus diberkati
dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.
mcfly
Pujian juga patut diberikan kepada PTS terutama editornya yang bekerja keras sehingga novel itu sampai kepada pembaca.
Mengenai cadangan menulis kisah Mustafa Kamal Attaturk itu saya kena bincang dulu dengan penerbit. Tetapi buat masa sekarang belum ada dalam perancangan.
Post a Comment