Monday, August 15, 2011

DIULANG CETAK


Hulagu Khan dan Perang Badar diulang cetak.






Hulagu Khan bukan pahlawan Islam malah dia yang membawa bencana sehingga jatuhnya kerajaan Bani Abbasiyah yang telah memerintah selama lebih 500 tahun. Kota Baghdad musnah apabila Hulagu Khan bersama bala tenteranya menakluk kota tersebut membunuh umat Islam hingga mencecah ratusan ribu orang serta membakar kitab-kitab hasil karya tokoh-tokoh ilmuan Islam. Kemudian abunya dibuang ke dalam sungai Djahlah sehingga airnya bertukar menjadi hitam.

Namun di akhir hayatnya ada yang mengatakan Hulagu Khan memeluk agama Islam berdasarkan kecenderungannya menjemput para alim ulama untuk mendengar pengajarannya. Namun ada mengatakan dia bukan Islam kerana isterinya masih beragama Kristian.

Namun yang pasti setelah meninggal dunia mayat Hulagu Khan tidak dikebumikan mengikut adat Monggol. Keturunan Hulagu Khan akhirnya memeluk Islam lalu menyebarkannya hingga ke India.



Perang Badar Perang Penentuan. Perang pertama umat Islam.

Bab-bab awal berkisah berkenaan Kota Madinah yang permai dan damai di bawah pemerintahan Nabi Muhammad SAW. Pada bab pertengahan konflik semakin berkembang dengan ketegasan pihak Islam Madinah yang menyukarkan dan membuatkan pihak Quraisy kafir di Mekah terasa sukar.

Bab akhir adalah kemuncak peperangan dan kemudiannya menceritakan berkenaan kesan perang ke atas pihak Madinah dan mekah.



3 comments:

Anonymous said...

Alhamdullilah... teruskan berkarya pak latip... moga llah kurniakan kesihatan yang baik utk teruskan menulis...

selamat berpuasa ya...

* sy dah ada dua2 buku tu... :) ~

budak said...

salam pak latip...
1. saya rasa perlu ada kajian lebih mendalam bagi memastikan agama terakhir hulagu khan sebelum beliau mati.
2. hal ini kerana dalam buku teks sejarah ting.4 ada menyebutkan beliau memeluk islam pd akhir hayatnya(rujuk kejatuhan dinasti abbasiyah).
3. sekiranya ia tidak benar, mungkin buku teks sejarah ting.4 perlu ditarik semula dan buku baru harus diterbitkan.
4. perkara ini bagi memastikan ketulenan fakta sejarah dalam buku teks kita.
5. akhir sekali saya ingin menambah, tidak wujud isu isterinya yg beragama kristian kerana lelaki islam sememangnya halal mengahwini wanita kristian.
6. hanya sebagai andaian, SEKIRANYA beliau terbukti menganut islam, saya mengesyorkan tuan menceritakan tahun2 akhir kehidupan beliau sebagai muslim dan penyesalannya terhadap kemusnahan yang telah dilakukan
7. perlu juga diselitkan pengajaran yg amat berguna kepada pembaca,tidak kira seburuk mana kerosakan yg dilakukan seseorang itu, kita masih boleh kembali ke pangkal jalan dan melakukan sesuatu untuk agama tuhan
8. hikmah terbesar sekali tentunya penyebaran islam yang dilakukan keturunan hulagu khan
9. walaupun kejatuhan baghdad sememangnya amat meluluhkan hati dan menghibakan sanubari, namun setiap perkara itu ada hikmah yang tuhan sediakan untuk hambanya yang terkemudian.

ABDUL LATIP said...

Manje

Terima kasih kerana memberi kata-kata semangat dan mendoakan saya. Amin.

Budak

Assalamualaikum...
Saya berpendapat pun begitu juga perlu ada kajian yang mendalam mengenai agama terakhir hulagu khan sebelum beliau meninggal dunia. Memang benar ada mengatakan beliau memeluk Islam namun ada pula yang menafikannya.

jika dalam buku teks sejarah tingkatan 4 ada menyebut beliau memeluk Islam pada akhir hayatnya tentu penulisnya mempunyai rujukan.

Salah sebuah buku yang menjadi rujukan saya berjudul 28 tokoh Islam yang terkemuka diterbitkan Bahagian Penerbitan Jabatan Agama Johor terbit 1977 hulagu khan salah seorang tokoh tersebut.

Saya cadangkan tuan membaca novel yang saya tulis itu kerana ada menceritakan hari-hari terakhir sebelum hulagu khan meninggal dunia secara mengejut.

beliau juga dikebumikan bukan mengikut adat monggol, bukan juga mengikut agama kristian. mayat hulagu khan dimasukkan dalam peti besi lalu ditenggelamkan dalam sebuah tasik.

kisah hulagu khan sememangnya menarik dan misteri..