Friday, August 5, 2011

BADIUZZAMAN SAID NURSI




Tuan Khairul Anuar Mohd. Nayan pengerusi Persatuan Kebudayaan Malaysia-Turki (PKMT) yang juga seorang pensyarah di UKM mencadangkan saya menulis kisah seorang ulama Turki abad ke 20, Badiuzzaman Said Nursi.

Saya menyambut baik cadangan itu kerana ulama terbilang itu sangat besar jasanya terutamanya dalam membangun kembali dan memperjuangkan Islam di Turki sehingga pembangunan semula masyarat Islam Turki telah dapat di lihat dengan pesatnya sekarang.

Sejarah perjuangan Badiuzzaman Said Nursi sangat unik dalam usahanya memulihara Iman dan tanah air bangsa Turki dari serangan musuh2 Islam terutama sekali dalam era pemerintahan Mustafa Kamal Ataturk.

Pihak PTS juga telah meluluskan permohonan saya untuk menulis kisah tokoh ulama tersohor ini, walaupun namanya kurang dikenali di Negara kita.

Bagi memudahkan penulisannya pihak Persatuan Kebudayaan Malaysia – Turki (PKMT) bersetuju memberikan kerjasama membantu pemergian saya ke Turki selepas raya puasa ini bagi membuat kajian, mengumpul maklumat serta melawat tempat-tempat bersejarah yang ada kaitan dengan kisah perjuangan Badiuzzaman Said Nursi.

Di Istanbul juga terdapat makam Abu Ayub al Assari seorang sahabat Rasulullah yang menyertai tentera Islam semasa pemerintahan khalifah Muawiyah menyerang Konstantinopel. Beliua gugur syahid lalu dikebumikan di situ.

Kedua tokoh hebat ini akan dijadikan novel. InsyaAllah.



2 comments:

budak said...

saya membayangkan sekiranya saya ialah bediuzzaman pada ketika itu, maka sudah tentu saya akan memencilkan diri,lari ke dalam gua dan menangisi dan meratapi keruntuhan khilafah umat islam yang telah runtuh. tanpa umat islam mampu berbuat apa2. namun, beliau dengan keazaman dan keimanan yang kental, menggagahi diri melakukan jihad ilmu dan menyebarkan ilmu islam ke seluruh pelosok turki walaupun dipenjara dan dibuang daerah. sememangnya beliau layak dijadikan ikutan buat kita.

AZIAWATI ABD AZIZ said...

Assalamualaikum Tn Haji. Saya Aziawati sememangnya amat berminat apabila membaca karya Tn Hj. Kini saya cuba mengumpul karya Tn Hj berkaitan tokoh Islam. Harap Tn Hj memperbanyakkan lagi penulisan berkaitan tokoh Islam yang lain kerana masih banyak lagi cerita berkaitan pejuang dahulu yang mungkin sudah tidak dikenali pemuda pemudi zaman ini, termasuklah saya. namun dengan penulisan Tn Hj saya dapat melihat kembali gambaran perjuangan
Islam dahulu. Tahniah sekali lagi saya ucapkan kepada Tuan Hj. Semoga lebih banyak cerita tokoh sejarah Islam dikeluarkan nanti ya Tn Hj.