Tuesday, August 23, 2011

BADIUZZAMAN SAID NURSI







Apabila kita mahu melakukan sesuatu yang baik untuk umat Islam maka ramai yang memberi sokongan dan bantuan. Sejak diuwar-uwarkan mahu menulis kisah Badiuzzaman Said Nursi seorang wali Allah abad ke 20, ramai yang memberi kata-kata semangat dan sokongan. Ada yang mengirim tesis PhD nya, buku dan cd mengenai tokoh tersebut. Beberapa orang pelajar Malaysia di Turki menawarkan bantuan dan ada pula pihak di Turki yang memberikan bantuan dengan menyediakan tempat tinggal dan pengangkutan.

Terima kasih kami ucapkan kepada semua yang terlibat terutama pihak Persatuan Kebudayaan Malaysia-Turki. Semoga perjalanan dan urusan kami berjalan lancar. InsyaAllah..

-----------------------------------------------------------------------------------




Di Kalangan rakyat Malaysia nama Mustafa Kamal Ataturk lebih dikenali ramai daripada nama Badiuzzaman Said Nursi. Dua tokoh ini begitu popular di Turki. Seorang berfahaman sekular dan seorang lagi tokoh agama yang berjuang mempertahankan Islam di Turki. Badiuzzaman Said Nursi lahir pada tahun 1877, Mustafa Kamal Ataturk lahir pada tahun 1880. Kedua tokoh ini lahir semasa pemerintahan Sultan Abdul Hamid.

Pada masa kecil dan remaja kedua tokoh ini mendapat pendidikan yang berbeza, Mustafa Kamal Ataturk tidak minat belajar di sekolah agama tetapi Badiuzzaman mendapat pendidikan agama sejak dari kecil.

Ketika Turki dijajah kuasa asing kedua tokoh ini turut berjuang mempertahankan tanah air mereka namun jasa Badiuzzaman Said Nursi seolah sengaja dilupakan.


Ketika Islam diinjak-injak oleh Mustafa Kamal Ataturk, Badiauzzaman Said Nursi bangun membelanya. Apabila azan dikumandangkan dalam bahasa Turki, Masjid Aya Sofea di tukar menajdi Muzium, lelaki di larang memakai serban dan dipaksa memakai topi koboi, kaum wanita pula dilarang memakai pakaian menutup aurat maka Badiuzzaman Said Nursi menentangnya dengan menyebarkan risalah bertujuan memberi kesedaran kepada orang ramai supaya terus berpegang kepada syariat Islam.

Badiuzzaman Said Nursi pernah di buang daerah, di kurung dalam penjara dan pelbagai siksaan lagi namun tekadnya untuk memperjuangkan Islam tidak pernah luntur...


10 comments:

~albazrah~ said...

Assalamualikum Pak Latip yang bijaksana,

Saya tumpang kongsikan di sini juga...

Apabila terlepas dari tawanan perang di Rusia, Bediuzzaman Said Nursi pulang ke Istanbul (1918). Beliau telah dilantik menganggotai Dar Hikmah. Said Nursi dianggap sebagai wira.

Beberapa tahun sebelum kejatuhan Uthmaniyyah, Kamal Atarturk mengajak berkali-kali Said Nursi menjadi anggota kabinetnya. Akhirnya pada 1922 Said Nursi menerima pelawaan dan menuju ke Ankara.

Beberapa waktu di Ankara, Said Nursi melihat benih-benih ateis dan kehancuran iman. Said Nursi bertegas mengingatkan semua wakil rakyat supaya mengutamakan solat. Perkara asas mesti dilakukan. Atarturk marah dan berkata bukan untuk ini beliau memanggil Nursi. Berlaku perbalahan hebat sehingga Nursi menarik diri dan pulang ke Van.

Dari situ bermula benih penulisan Rasail Nur..Said Nursi banyak bertafakkur. Bagi Said Nursi kesesatan tidak mampu dilawan secara zahir dan politik, tetapi Quran yang mampu melawan kesesatan. Lalu bermulalah sejarah panjang Rasail Nur tafsir maknawi kepada al-Quran.

Terima kasih Pak Latip.

Azma

ABDUL LATIP said...

albazrah

terima kasih atas maklumat yang berguna...blog albazrah antara rujukan saya...malah gambar-gambar juga disalin dari situ.

Terima kasih.

betik9 said...

bolet tak tuan senaraikan semua buku yg tuan tulis yg telah diterbitkan?sya mintak tolong sgt2

Cahaya Pesona said...

sesungguh sye ske bace buku2 hasil karya Pak Latip...Terima kasih...Dgn mmbace buku Pak Latip bertambah kuat azam sye dalam menegakkan syariat islam...Syukran jazilla...

ABDUL LATIP said...

betik9

Penulisan novel yang saya tulis boleh dibahagikan kepada dua peringkat. Pertama novel remaja dan kanak=kanak. Boleh rujuk blog lama saya.

http://latiptalib.blogspot.com

Peringkat kedua novel sejarah Islam boleh dirujuk pada blog ini.

Terima kasih.

Nur Aqillah

Terima kasih kerana berminat membaca novel sejarah Islam. Selain blog boleh juga masuk ke fb saya...

http://www.facebook.com/profile.php?id=1342311210

betik9 said...

ok..terima kasih

Nursi said...

Saya menunggu2 hasil tulisan Pak Latip tentang Said An Nursi , tokoh yg saya kagumi sejak zaman sekolah lg. Karyanya yg agung The Words, mengandungi 30 pesanan yg merupakan kumpulan dari risale-i nur. Sy berharap Pak Latip dapat juga menterjemahkan buku tersebut.

Risalah tersebut dikeluarkan ketika umat Islam merasa takjub dengan tamadun barat sehingga sanggup tinggalkan cara hidup Islam. Buku tersebut masih lagi sesuai dizaman ini kerana umat Islam masih lagi mendukung ideologi falsafah barat dalam membina tamaddun umat. Walaupun sudah nampak kelemahannya tapi umat Islam masih lagi takut2 utk meninggalkan keseluruhannya hanya mengambil bagian2 kecil sahaja.

Risalah tersebut menjelaskan asas la ilaha illa Allah melalui penjelasan alam sekeliling yg boleh dilihat dan dialami oleh kita. Beliau membuka tabir yg diselubungi oleh sains materialistik.

Risalah tersebut membuat diagnosis tentang penyakit menimpa umat islam sehingga membuat mereka buta dan bingung. Fahaman trinity sekular membuatkan umat islam tidak yakin terhadap agamanya. Fahaman trinitysekular iaitu kemajuan tak terhad, kebebasan tanpa batas dan hiburan tanpa halangan; merupakan matlamat hidup yang menggantikan agama.

Risale-i nur membuat diagnosis yg sepatutnya, membuat pembedahan bagi membuang penyakit tersebut dan memberikan ubat pencegahan. Ia mengkaji tuntutan minda, hati dan jiwa raga. Ia menunjukkan penyelesaian kepada muslim dari menjadi pak turut kepada mengkaji kejadian alam dan mengenal diri sendiri. Ia mengajak manusia meninggalkan menyembah nafsu kepada menyembah Tuhan Maha Kuasa.

ABDUL LATIP said...

Nursi

Terima kasih atas cadangan yang baik. Doakan semoga penulisan novel mengenai Badiuzzaman Said Nursi berjalan lancar dan dapat segera diterbitkan.

Semoga semakin ramai yang mengenali tokoh yang hebat itu dan berminat mahu membaca hasil karyanya...

Badiuzzaman Said Nursi Wali Allah abad ke 20...

Unknown said...

Assalamualaikum...
Saya mau bertanya, pemikiran apa yang paling monumental dalam Badi'uzzaman Said Nursi? Sehingga mampu membangkitkan umat ISlam yang ada di turki..

Unknown said...

asalamualaikum, saya memeri cadangan agartuan dapat mengeluarkan buku ini dalam bentuk pdf agar lebih ramai lagi manusia yang masih kehausan pengetahuan yang masih lai tidak mengenali beliau ini. selain itu juga ada juga dikalangan mereka ini mengenali belia akan tapi mereka tidak mampu untuk memiliki nya. saya mencadangkan agar tuan dapat membuat dalam betuk pdf. saya pelajar di luar negara juga boleh memilikinya.
sekian.


daripada pelajar morocco malaysia, idola saya BADIUZAMAN SAID AL NURS!