Wednesday, January 5, 2011

PAHLAWAN-PAHLAWAN MELAYU


Pahlawan Melayu di bumi sendiri namanya hampir dilupakan, sejarah perjuangan mereka hampir tidak lagi dikenang. Atas kesedaran itulah kisah mereka dijadikan novel agar pembaca dapat mengenang kembali nama serta menghayati perjuangan mereka. Alhamdulillah usaha kami itu tidak sia-sia kerana sudah ramai yang membacanya. Sesungguhnya bangsa yang maju tidak seharusnya melupakan jasa pahlawan mereka walaupun suatu ketika dulu pernah dilabel sebagai penentang dan penderhaka . Malah Kita sepatutnya berbangga dengan pahlawan Melayu seperti Tok Janggut, Dol Said,Mat Kilau, Pendekar Siamang Gagap, Rentap, Mat Salleh dan ramai lagi.


























Pusara Si Bongkok Tanjung Puteri




Pusara Pendekar Siamang Gagap













1 comment:

GREEN PLATFORM said...

Assalamualaikum Tuan,
Sekiranya ada kesempatan pihak tuan, saya mencadangkan agar ilustrasi kulit buku Mat Kilau dan Dol Said diubahsuai kepada lukisan tangan kerana pada hemat saya ianya lebih menarik dan sedondon dengan lain-lain buku hasil nukilan Tuan. Walaupun pepatah mengatakan jangan menilai buku melalui kulitnya, tetapi kulit yang cantik adalah asas penarik untuk pembaca dan pembeli ke peringkat seterusnya.

Sekian,
Wassalam