Friday, February 19, 2010

PERTANYAAN PEMBACA


syahbandar87 ...

Salam pak latib..saya baru sahaja memiliki 2 buah buku pak latib..buku bertajuk "Salahudin Ayubi" dan juga buku bertajuk "ImaM Syafie"..alhamdulillah saya telah hampir menghabiskan sebuah buku hasil pak latip iaitu ImaM Syafie..cuma dalam membaca dan menghayati hasil penulisan pak latip ada sedikit persoalan yang ingin saya ajukan kepada pak latib..maaflah,saya ingin jawapan dari pak latip..mudah-mudahan boleh menjawab persoalan yang bermain di benak fikiran saya ini..

Bagaimana pak latib boleh mengetahui cerita tentang Imam Syafie tesangat detail..maksud saya sehinggkan sewaktu Imam Syafie menolog dalaman pun turut diceritakan disini..bagaimana boleh mengetahui apa yang sedang Imam Syafie perkatakan di dalam benak fikirannya sehinggakan boleh diterangkan di dalam buku ini.dan percakapan antara ibu dan bapa Imam Syafie jugak turut dijelaskan secara jelas dari segi dialog pebualannya di dalam buku ini..adakah sepanjang riwayat hidup imam Syafie dicatatkan sedetail itu..maksudnya perbuatan antara ayah dan ibu imam syafie,sewaktu imam syafie sedang menolog dalaman,dan juga seumpama dengan nya..

harap pak latip sudi kiranya menjawab persoalan yang bermain di benak fikiran saya ini sepanjang membacanya..saya juga memohon maaf sebab menimbulkan persoalan ini..

Jawapan saya:

Terima kasih kerana mengemukakan pertanyaan itu setelah membaca kisah Imam Syafie. Saya sukar untuk menjelaskannya. Namun pendapat mereka yang arif mengenai sastera di bawah ini diharap dapat membantu menjawab pertanyaan tersebut.

Menurut Sayyid Qutb dalam kitabnya al-Naqd al-Adabi Usuluhu wa Manahijuhu, sastera ialah ungkapan tentang pengalaman, perasaan seseorang dalam bentuk yang menarik dan mengilhamkan.

Takrif kedua yang diberikannya ialah ungkapan yang diilhamkan daripada unsur yang hidup dan lahir dari hati para seniman dan unsur itu terpancar dari gambaran tertentu tentang kehidupan dan hubungannya di antara manusia dengan alam dan diantara manusia dengan manusia yang lain.

Menurut Dr Sa’ad Abu al-Rida, sastera Islam ialah sastera yang mempunyai matlamat dan membina serta memenuhi sensitiviti Islam. Ia mengangkat martabat manusia walau siapapun manusia itu. Ia menyeru kepada berbangga dengan Islam sebagai cara hidup yang lengkap dan peraturan yang sempurna. Ia merupakan karya yang bermegah dengan bahasa al Quran. Ia merupakan sastera yang mempertahankan pemikiran Islam daripada pelbagai kefahaman liar yang menyerang Islam.

Menurut kata Dr Abd al-Basit Badr, seorang sasterawan Islam mestilah beriltizam dengan ciri-ciri umat Islamnya. Iltizam sasterawan Islam berbeza dengan iltizam Marxism kerana mereka mementingkan kebendaan dan tidak untuk kemanusiaan dan kerohanian.

Walaupun novel sejarah Islam sumbernya diambil dari bahan atau peristiwa nyata yang benar-benar berlaku namun ceritanya tidak pula menurut kejadian yang sebenar. Ini disebabkan pengarang tidak berada pada masa kejadian itu berlaku. Sejarahnya ditulis atau dirakamkan beratus tahun atau mungkin seribu tahun kemudiannya.

Kerana itu novel sejarah Islam, sesuai dengan sifatnya sebagai cereka maka bahan-bahan yang nyata itu dibentuk serta diolah semula dengan daya kreatif pengarang berdasarkan imaginasi dan pemikirannya.

Sekian terima kasih.

4 comments:

pecinta_Islam said...

Terima kasih Pak Latip kerana sudi meluangkan masa untuk melayan karenah pembaca dan peminat Pak Latip.Alhamdulillah saya baru faham keadaannya selepas mendengar sendiri jawapan dari penulisnya..

Saya baru habis membaca buku imam syafie..x sabar pula untuk menghabiskan pula baca buku "Salahudin Ayubi" hasil tulisan pak latip ini..

Secara jujurnya hasil tulisan Pak Latip memang memberikan semangat dan juga rasa cinta kepada islam kepada setiap pembaca yang menghayatinya.Mudah-mudahan Pak Latip akan terus berjuang untuk agama dengan cara Pak Latip..Tahniah Pak Latip atas penulisan Pak latip yang sangat terkesan dihati setiap yang membacanya..
:)

cia said...

eemmmmm baiklahhhhh...

Anonymous said...

salam, seingat saya, soalan mengenai sumber rujukan yang pak latip gunakan untuk menulis karya-karya pak latip pernah dijawab ketika bedah buku: salahuddin al-ayubi ketika kami anjurkan di UPSI. Seronok mendengar daripada penulisnya sendiri. alhamdullilah, moga-moga dilain masa masih punya peluang untuk berjumpa dan mendengar buah bicara pak latip. ameen. insyaALLAH.

ABDUL LATIP said...

Syahbandar87,
Mana yang dapat saya jawab maka saya jawab yang tak dapat dijawab saya diam saja...semoga tuan juga cemerlang dalam pelajaran. Terima kasih.

Cia
Semoga tuan dan keluarga sentiasa mendapat rahmatNya. Amin.

Guruohguru,
Memang benar soalan yang sama pernah ditanya semasa bedah buku Salahudin al Ayubi di UPSI. Jika dijemput bedah buku yang lain saya pasti datang. InsyaAllah.