Nama Imam Syafie begitu masyhur kerana beliau pengasas Mazhab Syafie.
Makam Imam Syafie di MesirNama sebenarnya Muhamad bin Idris bin Abbas bin Uthman bin Syafie bin Saib bin Abdu Yazid bin Hasyim bin Abdul Mutalib bin Abdul Manaf. Digelar dengan nama Syafie kerana wajahnya mirip moyangnya yang bernama Syafie. Dikatakan juga wajah Syafie mirip wajah Nabi Muhamad SAW kerana berasal dari keturunan yang sama.
Menurut al Hakim nama ibu Imam Syafie Fatimah binti Abdullah binti al Hasan bin Husain bin Ali bin Abi Talib. Tetapi menurut Imam Malik bin Anas (Imam Maliki) meriwayatkan ibu Imam Syafie bernama Ummu Habibah al Uzdiyyah.
Kitab al Um yang menjadi rujukan hingga hari ini
Beliau dilahirkan di Ghazzah Palestin pada bulan Rejab tahun 150 hijrah. Ada yang mengatakan pada malam beliau dilahirkan Imam Abu Hanifah (Imam Hanafi) meninggal dunia.
Ayahnya meninggal dunia ketika Imam Syafie berumur 2 tahun. Kerana kesempitan hidup Fatimah membawa pulang anaknya ke Mekah tempat asalnya.
Rasulullah saw pernah bersabda, “Ada seorang alim Quraisy yang ilmunya memenuhi muka bumi ini,” Ulamak mentafsirkan hadis yang dimaksudkan itu adalah Imam Syafie.
Beliau hafal al Quran ketika berumur 9 tahun. Dan diiktiraf sebagai ulama dan boleh memberi fatwa ketika berumur 15 tahun.
Imam Syafie juga merupakan seorang penyair yang hebat pada zamannya. Tetapi minatnya lebih kepada mempelajari ilmu agama sehingga dia terkenal sebagai seorang pelopor ilmu Feqah.
Beliau berguru dengan 19 orang ulama yang terkenal pada masa itu. Salah seorang gurunya ialah Imam Malik bin Anas (Imam Maliki). Untuk menuntut ilmu Imam Syafie sanggup meninggalkan Kota Mekah mengembara ke Madinah, Yaman, Palestin, Iraq, Parsi dan Mesir.
Semasa berada di Baghdad, Imam Syafie pernah dituduh menjadi pengikut Syiah dan menentang khalifah sehingga beliau ditangkap kakinya dirantai lalu dikurung dalam penjara. Dia terlepas dari hukuman bunuh kerana kepetahannya berbicara menjawab pertanyaan Khalifah Harun Ar Rasyid sehingga baginda berasa kagum lalu membebaskannya.
Kemudian beliau ditawarkan jawatan khadi oleh khalifah Harun Ar Rasyid tetapi ditolaknya dengan baik dengan alasan ingin berhijrah ke Mesir.
Imam Syafie juga seorang pahlawan yang berjuang di medan ilmu agama. Beliau berjuang menentang fahaman Muktazilah, amalan bida’ah dan mereka yang digelar ahli Naqli iaitu mereka yang Cuma menggunakan akal fikiran sahaja.
Beliau sering berdebat untuk mencari kebenaran. Imam Syafie berkata. “Siapa yang mempelajari al Quran, maka tinggilah ilmunya. Siapa yang menulis hadis maka kuat dan kukuhlah hujahnya. Siapa yangg berbincang dengan hukum fekah menjadi bijak. Siapa yang mengambil berat soal adab dan budi pekerti maka pekertinya menjadi lembut halus dan mulia. Siapa berfikir tentang ilmu hisab akalnya berkembang dan siapa yang tidak menjaga kehormatan dirinya maka ilmunya tidak akan memberi faedah.”
Kedatangannya ke Mesir disambut baik oleh orang ramai. Tetapi golongan yang berfahaman Muktazilah memusuhinya kerana tidak sependapat dengan mereka. Fahaman Muktazilah mengatakan al Quran itu bersifat baru dan makhluk. Tetapi Imam Syafie tetap mengatakan al Quran itu adalah wahyu Allah. Siapa yang mengatakan wahyu Alllah itu makhluk maka kafirlah dia.
Imam Syafie terus mempertahankan pendapatnya sehingga mendapat tentangan yang hebat daripada golongan Muktazilah yang rapat dengan pemerintah Mesir. Beliau hampir dibunuh tetapi sempat diselamatkan oleh anak-anak muridnya.
Di Mesir juga Imam Syafie menyusun kitab-kitabnya yang tergolong dalam kumpulan Qaul Jadid bagi menggantikan kita-kitab lamanya yang dinamakan kumpulan Qaul Qadim. Kitab-kitabnya dari kumpulan Qaul Jadid yang banyak diguna pakai hingga sekarang.
Imam Syafie sangat menentang amalan bida’ah. Katanya amalan bida’ah itu terbahagi dua iaitu bida’ah yang terpuji dan bida’ah yang keji. Yang sesuai dengan sunnah itu adalah bida’ah yang terpuji. Dan mana-mana yang menyalahi sunnah itu bida’ah yang keji.
Imam syafie juga melarang bertaklid baik bertaklid kepadanya atau kepada sesiapa saja. Beliau selalu berpesan kepada orang ramai terutama anak muridnya.
”Apa saja perkara yang saya katakan, jika sabda Rasulullah bertentangan dengannya maka sabda Rasulullah saw itulah yang lebih utama dituruti.”
Imam Syafie meninggal dunia di Mesir pada 28 Rejab tahun 204 hijrah ketika berumur 54 tahun. Dikebumikan di satu tempat bernama al Muqattam. Makam beliau dikunjungi orang ramai hingga ke hari ini.
Imam Malik bin Anas berkata, “Tidak ada lagi keturunan Quraisy lebih pandai dari Imam Syafie.”
Imam Ahmad bin Hanbal berkata. “Aku belum faham mengenai ilmu hadis kecuali selepas belajar dengan Imam Syafie.”
Imam Ahmad bin Hanbal berkata lagi, “Wahai anakku Imam Syafie itu seperti matahari bagi dunia dan seperti kesihatan bagi tubuh. Fikirlah adakah gunanya selain dari dua itu?”
Imam Muhamad al Hakam berkata. “Aku belum berjumpa seorang yang lebih mengetahui cerdik akalnya lebih cerdas fikirannya lebi cermat amalannya lebih fasih lidahnya daripada Imam Syafie."
Imam Muhamad berkata lagi. “Aku belum berjumpa seorang yang lebih mengetahui tentang usul fiqah selain Imam Syafie.”
Basyrat Muraisi seorang pengkaji sejarah dan pengikutnya berkata , “Akal Imam Syafie menyamai akal separuh penduduik dunia. Beliau lebih suka membicara soal pokok daripada soal furuk."
Ibnu Ruhuwaih pula berkata, "Imam Syafie memiliki lidah yang fasih dan iman yang teguh. Beliau adalah ahli pidato yang mengetahui rahsia kejiwaan."
Kisah Imam Syafie ini akan dijadikan novel . InsyaAllah.

22 comments:
Ilmuan sepanjang zaman............
Pada saya kisah Imam Syafie ini lebih menarik dari kisah pahlawan di medan perang. Buku ini pasti menjadi rebutan. Tahniah atas usaha Pak Latip menjadikannya novel. Saya mesti membeli dan membacanya.
Pak Latip, moga sukses :)
Alhamdulillah, saya sudah lebih lima kali mengunjungi makam imam syafie di Kaherah, Mesir.
Moga ada keberkatan.
D'Rimba
Memang benar Imam Syafie seorang ilmuan sepanjang zaman. Syukur kerana kita menjadi pengikut Mazhab Syafie.
Walid
Terima kasih atas sokongan. Pada masa itu Allah lahirkan Mujahid yang memperjuangkan agama menerusi ucapan dan pena. Maka muncul Imam yang empat.
Mak Su
Doakan penulisan ini berjaya. InsyaAllah.
Typeace,
Tuan lama menuntut di Mesir. Sudah kerap kali menziarahi makam Imam Syafie. Saya ingin bertanya. Benarkah ibu Imam Syafie (Fatimah) dari keturunan Saidina Ali?. Sebab ada pendapat yang mengatakan ibunya orang Yaman bernama Ummu Habibah al Uzdiyyah. Tetapi al Hakim meriwayatkan ibu imam Syafie bernama Fatimah binti Abdullah binti al Hussain bin Hassan bin Ali bin Abi Talib. Boleh tuan bantu saya mengenai perkara ini?.
Satu pertanyaan lagi, benarkah Imam Syafie berkahwin dengan cucu Saidina Uthman Affan yang bernama Siti Hamidah binti Nafi'? Tetapi tidak ada anak Saidina Uthman bernama Nafi'?
Maaf kalau pertanyaan saya menyusahkan tuan.
Pak Latif yang dihormati,
Pendapat yang lebih tepat menunjukkan bahawa ibu Imam Syafie bernama Ummu Habibah al Uzdiyyah.
Walaupun demikian, riwayat daripada Al-Hakim juga ada benarnya.
Di dalam perbahasan ulama, ada sahaja titik perselisihan di dalam menentukan fakta yang tepat.
Walaubagaimanapun, ibu Imam Syafie yang lebih tepat adalah Uzdiyyah atau Usdiyyah. (kedua-keduanya betul)
Typeace,
Saya ingin mengajak tuan berbincang lagi bagi mencari fakta yang benar. Dipersilakan juga sesiapa yang sudi memberi pendapatnya.
Saya sedang menulis kisah Imam Syafie untuk dijadikan novel. Saya lebih yakin dengan apa yang diriwayatkan oleh al Hakim bahawa ibu Imam Syafie ialah Fatimah keturunan daripada Saidina Ali.
Hujah saya begini. Idris ayah Imam Syafie berkahwin dengan ibu Imam Syafie semasa mereka berada di Mekah. Kemudian atas sesuatu urusan Idris membawa isterinya ke Palestin lalu melahirkan Imam Syafie di Ghazzah.
Adapun Ummu Habibah al Uzdiyyah itu wanita Yaman dari kabilah Uzd.
Sebagai lelaki dari keturunan Bani Hasyim tentu memilih wanita dari kalangan Quraysi juga menjadi isterinya.
Kerana itu saya lebih yakin pendapat al Hakim walaupun dikatakan lemah. Sedangkan pendapat yang mengatakan ibu Imam Syafie bernama Ummu Habibah al Uzdiyyah itu tidak tahu dari mana sumbernya.
Seperti mana yang kita maklum, Imam Syafie kurang disenangi oleh pengikut Imam Hanafi dan Imam Malik. Malah mereka memusuhinya.
Bagainana kalau mereka yang sengaja menafikan ibu Imam Syafie itu keturunan dari Saidina Ali dengan tujuan tertentu?.
Atau ayah Imam Syafie mempunyai dua orang isteri?.
Jika saya terus mengekalkan ibu Imam Syafie ialah Fatimah binti Abdullah bin al Hasan bin al Hussain bin Ali bin Abi Talib. Apa komen tuan?
Pak Latif yang dihormati,
Riwayat daripada Anas bin Malik menunjukkan nama ibu Imam Syafie adalah Uzdiyyah.
Adalah lebih baik kita memilih pandangan yang rajih (tepat) demi memastikan tiada unsur-unsur sama ada israeliyyat atau unsur pengaruh wahabi atau syiah berlaku.
Di Mesir sendiri, pengaruh Syiah berleluasa disebabkan asal pendidikan Al-Azhar adalah daripada golongan Syiah.
Walaubagaimanapun, Al-Azhar menerapkan kepada kami ilmu agar tidak terlalu syadid (strict) di dalam memilih pandangan malah kajian perlu dilakukan sebelum membuat keputusan.
Berkenaan dengan isteri Imam Syafie, di dalam kitab Umm ada menyebutkan nama isterinya. Insya-Allah saya akan usahakan.
Salam perantauan
Typeace,
Terima kasih atas penerangan yang tuan berikan. Saya amat menghargainya.
Jika benar ada diriwayatkan oleh Imam Malik bin Anas (Imam Maliki) ibu Imam Syafie ialah Ummu Habibah al Uzdiyyah maka kita boleh meyakininya kerana antara Imam Malik dengan Al Hakim tentulah kita lebih yakin dengan riwayat Imam Malik kerana beliau pernah menjadi guru Imam Syafie.
Namun salasilah ayah Imam Syafie memang tidak diragukan lagi satu keturunan dengan Nabi Muhamad SAW. Sesungguhnya Imam Syafie dari keturunan yang mulia.
Mengenai perkahwinannya, ada yang mengatakan usianya ketika itu 40 atau 50 tahun. Beliau berkahwin ketika berada di Yaman. Dikahwinkan dengan anak seorang pembesar Yaman bersama Hamidah binti Nafi’ mendapat 3 orang anak seorang lelaki bernama Uthman dan dua perempuan Fatimah dan Zainab.
Hamidah binti Nafi’ itu adalah cucu Saidina Utman dari sebelah anak perempuannya yang bernama Ummu Al Banin yang berkahwin dengan Nafi’. Semoga fakta ini juga tepat.
Satu perbincangan yang menarik dan berhemah. Tidak macam si pulan yang suka mengutuk orang keh keh keh.
walid .... kalau Ilmu banyak dan berkhemah tapi sokong UMNO dan perjuangan nye ...tolak Al Quran dan tak ikut sunnah wajib Nabi saw...hancur juga tak dpt ape2 dr Allah...mcm Abdullah Ubai.... (aku tak kutuk org..cuma suruh hang pikiaqqqq....
Pak Latip..... Nape guru Walid tu mcm budak sekolah yg tak paham2. Cuba sekeh kepala dia sikit...(tulah sokong Umno yg mengaku jadi tuhan)
Saya jaga rumah Pak Latip dari di masuki ANJING GILA.
Saya memang penyokong UMNO sejak dulu, kini dan selamanya.
Cia
Awak sokonglah komunis keh keh keh.
alhamdulillah....(Sebahagian dari) mereka akan berkata: "Bilangan Ashaabul Kahfi itu tiga orang, yang keempatnya ialah anjing mereka "; dan setengahnya pula berkata:"Bilangan mereka lima orang, yang keenamnya ialah anjing mereka" - secara meraba-raba dalam gelap akan sesuatu yang tidak diketahui; dan setengahnya yang lain berkata: "Bilangan mereka tujuh orang, dan yang kelapannya ialah anjing mereka". Katakanlah (wahai Muhammad): "Tuhanku lebih mengetahui akan bilangan mereka, tiada yang mengetahui bilangannya melainkan sedikit". Oleh itu, janganlah engkau berbahas dengan sesiapapun mengenai mereka melainkan dengan bahasan (secara sederhana) yang nyata (keterangannya di dalam Al-Quran), dan janganlah engkau meminta penjelasan mengenai hal mereka kepada seseorangpun dari golongan (yang membincangkannya). : Al-Kahf ayat 22...jgn hina anjing cikgu...
Pak Latip, saya tinggal dekat2 dengan kampung zino. sedara dia pun :)
saya pun ada hajat nak contact Pak Latip, nak tanya sikit2 :), tentang satu projek yang baru sahaja saya mulakan, tapi...errr, nantilah :), skrg ni skeleton jer.
MakSu
Boleh hubungi saya melalui emel abdul_latip@hotmail.com atau latip2005@yahoo.com.
MakSu ada projek hendak menulis novel?. Bagus. Zino tentu suka :)
assalamulaikum... tahniah pada tuan kerana berusaha menulis novel2 sejarah... karya2 tuan memang menarik minat saya... teruskan usaha tuan.. mudah-mudahan ALLAH melimpahkan barkah dalam karya2 tuan... ameen...
(cadangan saya agar tuan dapat menghasilkan novel sejarah Tok Temong Perak ataupun Sultan Awliya' Syeikh Abdul Qadil Jailani)
berkunjung ke sisni..sangat berminat dgn laman blog yg sarat dgn mklmt bermanfaat...sudilah berikan tunjuk ajar...
berkunjung ke sini..sangat berminat dgn laman blog yg sarat dgn mklmt bermanfaat...sudilah berikan tunjuk ajar...
Post a Comment