Friday, September 12, 2008

SURAT DARI PEMBACA

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan kepada Pak Latip,

Tahniah atas kelahiran buku Leftenan Adnan yang boleh dikatakan sesuai pada masanya sempena bulan kemerdekaan. Namun bagi saya yang tinggal di Taiping, stok buku tersebut begitu lambat sekali berada di pasaran. Sebelum ini saya seringkali hampa setiap kali berulang alik ke kedai POPULAR Taiping kerana stok buku Leftenan Adnan yang dicari masih tak kunjung tiba. Alhamdulillah akhirnya semalam dapat juga saya memiliki buku tersebut.

Apa projek Pak Latip selepas ini? Tokoh mana pula yang ingin dikisahkan menjadi novel?

Sekadar ingin mencadangkan kepada Pak Latip untuk menulis novel tentang tokoh dari Taiping yang tidak kurang pentingnya kepada nilai sejarah tanahair kita iaitu LONG JAAFAR (org pertama menemui bijih timah di Tanah Melayu) dan anakandanya NGAH IBRAHIM (saudagar bijih dan pejuang penjajah inggeris). Dari segi infomasi dan waris-waris mereka masih boleh ditemui dengan mudah sekitar Taiping ini.

Sekadar memberi pandangan dan pendapat.

Sekian wassalam.

Fakharoll Rodziee Don @ aurakaya


---------------------------------------------------------------

Waalaikumsalam wbt dan salam Ramadan juga buat Aurakaya.

Terima kasih kerana Aurakaya telah membeli serta membaca novel Leftenan Adnan Wira Bangsa. Saya tidak lupa kerjasama tuan sehingga dapat menjejaki waris Leftenan Adnan. Saya ingin juga mengirimkan novel itu kepada tuan tetapi tidak tahu alamatnya.

Mengenai cadangan tuan supaya menulis kisah Long Jaafar dan Ngah Ibrahim, kalau tidak silap saya telah ditulis oleh Talib Samad.

Cadangan saya selepas ini hendak menulis kisah tokoh pahlawan yang masih hidup iaitu Kanang anak Langkau. Tentu banyak kisah menarik tentang dirinya yang boleh ditulis. Saya kena bertemu dan berbincag dulu dengan dia.

Harap usaha ini berjaya.

InsyaAllah.


3 comments:

Nissa' Yusof said...

salam, Pak Latip. tahniah, novel Sultan Muhammad Al-Fateh sudah terbit. dah lama saya tunggu, nak beli cepat ni =)

ABDUL LATIP said...

nissa' yusof

ye novel Sultan Muhammad al Fateh sudah terbit dan telah berada di pasaran. Kalau sudah membacanya sudilah komen.

Nissa' Yusof said...

pak latip, empat buah kedai buku saya masuk hari ni, cari sultan muhammad al-fateh, termasuklah MPH. semua belum ada lagi, minggu depan pulak lah saya cari, kalau-kalau dah masuk kedai :)