Wednesday, September 3, 2008

FIGURINE LEFTENAN ADNAN DI MPH

Sempena Hari Kemerdekaan yang ke-51, PTS dengan bangganya menerbitkan buku Leftenan Adnan bagi menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan dalam diri rakyat Malaysia. Leftenan Adnan dan rakan-rakannya dalam Askar Melayu adalah wira yang tidak mungkin dilupakan dek zaman kerana pengorbanan dan keberanian yang dicurahkan. Dapatkan novel ini di pasaran.


Novel ini telah berada di pasaran. Jualannya amat laris. Syukur.


Figurine Leftenan Adnan di MPH MIDVALLEY

Figurine Leftenan Adnan di MPH ALPHA ANGLE



Figurine Leftenan Adnan di MPH ALAMANDA PUTRAJAYA



Figurine Leftenan Adnan di MPH ONE UTAMA
Figurine Leftenan Adnan di MPH SHAH ALAM


9 comments:

walid said...

bangga tengok novel melayu mendapat tempat di rangkaian kedai elit. syabas PTS.

S. Rafidah H. Basri said...

Salam buat Pak Latip:)

Lama juga tidak menjengah ke sini.Rasanya belum terlambat saya ucapkan tahniah di atas semua terbitan karya2 pak Latip.Saya turut berbangga dengan kejayaan yang dikecapi oleh Pak Latip.

Semoga Allah sentiasa kurniakan kesihatan yang baik buat Pak Latip agar dapat terus berkarya dan semoga usaha itu dianggap suatu ibadah yang pastinya akan mendapat ganjaran yang baik:)

Salam ramadhan buat Pak Latip sekeluarga!

ABDUL LATIP said...

Walid,
sekarang novel2 Melayu memang banyak dijual di rangkaian kedia yang menjadi tumpuan ramai seperti MPH, Popular dan lain-lain.

ABDUL LATIP said...

s.rafidah h.basri

Selamat berpuasa. Semoga ceria selalu. Terima kasih atas ucapan tahniah. Terima kasih juga atas doa yang baik.

BMZ said...

Salam Pak Latib dan selamat berpuasa,
Saya menulis sekadar ingin tahu adakah Lt. Adnan diberi anugerah sempena kemerdekaan baru-baru ini? (Dulu Pak Latib ada beritahu hal ini)

BMZ said...

Salam Pak Latib dan selamat berpuasa,
Saya menulis sekadar ingin tahu adakah Lt. Adnan diberi anugerah sempena kemerdekaan baru-baru ini? (Dulu Pak Latib ada beritahu hal ini)

zino said...

mph JJ ceras ada tak agaknya .. anak dara tu kalau nak cari buku selalu ke sana..

selamat berpuasa buat paklatip dan keluarga..

ABDUL LATIP said...

bmz

Memang betul ada cadangan hendak memberi anugerah kepada Lt Adnan sempena kemerdekaan. Tetapi selepas itu senyap. Saya tidak tahu kenapa?.

Nanti saya cuba hubungi waris beliau.

ABDUL LATIP said...

zino

Novel Leftenan Adnan dan novel2 yang lain boleh didapati disemua rangkaian kedai MPH.