Wednesday, June 4, 2008

SOKONGAN MEREKA MENYUNTIK SEMANGAT

Satu jam berada di Mahkota Parade terasa cepat berlalu kerana dapat bertemu dengan penyokong buku-buku PTS. Ada yang sempat bergambar tetapi ada juga yang tidak sempat.

Rata-rata mereka bukan pembaca blog saya. Tetapi mereka pernah membaca novel saya. Kerana itu mereka spontan datang setelah En. Ruslan membuat pengumuman melalui pembesar suara bahawa novel-novel sejarah Islam yang diterbitkan oleh PTS ada dijual di situ. Dia juga mengumumkan penulisnya juga ada bersama. Mereka yang membeli novel boleh minta tandatangan dan bergambar sekali dengan penulisnya. Kata En Ruslan mengumumkan.

Rasa terharu apabila beberapa orang bukan Melayu turut membeli novel Sejarah Islam. Ternyata buku-buku yang diterbitkan PTS mula mendapat tempat di hati mereka.

Sokongan mereka pastinya menyuntik semangat kita.

Alhamdulillah.




Rasa terharu apabila gadis-gadis yang comel ini membeli novel Sejarah Islam

Dia membeli novel Sejarah Islam

Hikayat Amir Hamzah menjadi pilihannya.

Nak baca Hikayat Amir Hamzah, katanya.

Abang yang hansem ini membeli novel Setelah Roboh Kota Melaka.

Dia tidak keberatan bergambar sambil memegang novel yang dibelinya.

Adik yang manis ini peminat novel Sejarah Islam

Novel Sejarah Islam turut dibaca oleh anak-anak gadis.

7 comments:

S. Rafidah H. Basri said...

Salam buat Pak Latip.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah kerana sentiasa memberikan rezeki yang melimpah untuk Pak Latip.

Tahniah yang tidak terhingga diutuskan buat Pak Latip kerana usaha yang kerasa selama ini telah membuahkan hasilnya. Karya-karya Pak Latip bukan sahaja digemari oleh pembaca berbangsa Melayu malah terdapat juga bangsa lain yang mula meminatinya.

Hanya kegembiraan yang dapat saya kongsikan melihat kejayaan yang diperolehi Pak Latip:)

Semoga selepas ini karya-karya Pak Latip akan terus digemari dan pasti akan terbentuk kelompok peminat-peminat karya-karya sejarah .

Teruskan Perjuangan!

Norlela Zubir said...

Assalamualaikum.

En. Roslan menelefon saya jam 12:00 tengahari. Saya sepatutnya hadir di MP selepas zohor. Bagaimana pun pelanggan datang ke pejabat dan saya tidak dapat keluar. Walau apa pun, tahniah buat Pak Latip!

Umi Kalthum Ngah said...

Assalamualaikum warahmatullah,

Wah! Meriah sungguh nampak gambar-gambar dalam entri ini...

Alhamdulillah....ramai peminat dan pembaca dari kalangan bukan Muslim.

Tahniah buat Encik Latip.

Wasalam.

PS. Maaf..Saya terlewat mahu mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran..agak lama tidak 'blog-hopping'..sebab tekun menulis karya terkini...baru tersedar pada hari ini, tarikh hari jadi Encik Latip dalam awal bulan Jun!!

DeeN said...

Wah. Sambutan hangat tuh! :)

Saya pon pernah bertemu Pak Latip waktu KLIBF 2007. Teringin gak nak sembang2 ngan Pak Latip, tp segan mengganggu Pak Latip sibuk melayan peminat. Tp KLIBF 2008 tak dpt jumpa la pulak. Insya Allah, tahun depan pulaklah kut. :)

zino said...

glamor lah paklatip lepas ni ramai peminat gadis2 comel hehe

Zamri Mohamad said...

Berita Pak Latip dalam Sinar Harian bersama-sama tim penulis lain.

http://motivasimindamu.blogspot.com/2008/06/ceramah-buku-mendapat-sambutan-laporan.html

ABDUL LATIP said...

s.rafidah h.basri,
Tahniah juga dengan buku-buku yang Rafidah hasilkan. Didoakan juga mendapat rezeki yang banyak.

Norlela Zubir,
Waalaikumsalam, semasa di mahkota parade saya nak jumpa juga dengan Norlela sebab belum pernah jumpa tetapi tak ada. Kita jumpa di lain masa. InsyaAllah.

Umi Kalthum Ngah
Waalaikumsalam warahmatullah wabarakatuh.
Terharu bila tengok di depan mata sendiri mereka membeli novel sejarah Islam. Ada pula yang kata mereka dah beli dan membacanya. Alhamduluillah.

Nur@dden
Saya pun teringin nak bertemu dengan Nur@dden. Tapi tak kenal rupa lagi. Kalau jumpa tegur dulu.

Zino,
Gadis2 yang comel itu minat pada buku bukan minat pada penulisnya hehehe

Zamri Muhamnad,
Terima kasih atas makluman. Saya dah beli Sinar Harian hari ini.