Sunday, March 9, 2008

BENGKEL PENULISAN KREATIF

17hb Mac 2008



Dr Amida (Anis) sedang menyampaikan ceramahnya.



Bergambar kenangan dengan peserta bengkel penulisan kreatif yang dianjurkan oleh JIM dan Persatuan Muslimat Seremban.

Semalam 16hb, Dr Amida (Anis), Puan Mahaya dan saya dijemput sebagai penceramah bengkel penulisan kreatif yang dianjurkan oleh JIM dan Persatuan Muslimat & Nisa’ Paroi, Seremban.

Tajuk yang diberikan kepada saya ialah “Peranan novel dalam memupuk minat membaca di kalangan kanak-kanak dan remaja.”

Semoga apa yang disampaikan itu dapat dikongsi bersama dengan peserta. Walaupun jumlah mereka tidak ramai tetapi
semuanya nampak berminat dalam bidang penulisan. Semoga dari bengkel ini akan lahirlah penulis-penulis wanita pelapis di Negeri Sembilan

Dalam sessi soal jawab, peserta bertanya bagaimana caranya hendak menulis novel sejarah.

Seorang guru pula bertanya kenapa novel popular lebih meluas pasarannya sehingga ramai pelajar yang menggemarinya.

“Kenapa novel-novel sejarah Islam Pak Latip tak sampai ke sekolah-sekolah kami?” tanyanya.

Mujur saya ada membawa novel-novel sejarah tersebut maka dapatlah mereka membelinya.

Beberapa orang peserta telah menyatakan keinginan mereka bagi menyertai bengkel penulisan di PTS dan sebagai menunjukkan kesungguhan mereka telah memberikan namanya kepada saya seperti berikut:


1. Atriza Binti Umar
2. Siti Salma binti Wahiuddin
3. Ummi Kalthum binti Abdullah
4. Ainul Yaqin binti Abdullah
5. Nurul Amirah binti Noor Azam
6. Minah binti Ahmad.

5 comments:

S. Rafidah H. Basri said...

Assalamualaikum...

Didoakan semoga Pak Latip sentiasa sejahtera dan mendapat keredhaanNYA.

Saya bangga apabila mengetahui ada generasi muda yang sudah berminat untuk menceburkan diri dalam dunia penulisan. Semangat sebegini yang perlu dipupuk dalam diri mereka.

Semoga suatu hari nanti mereka akan menjadi seorang penulis terkenal yang menghasilkan karya-karya bermutu.

pondok buku said...

salam pakcik Latip...
smoga dirohmati ALLAH slalu. sekadar ingin mengucapkan tahniah dan banyak terima kaseh untuk novel2 sejarah pahlawan islam tu.
suke baca buku2 tu.
terima kaseh

ABDUL LATIP said...

s.rafidah h.basri,

Didoakan juga semoga Rafidah sejahtera dan mendapat keredhaaNYA.Amin.

Sama-samalah kita berharap serta berusaha semoga generasi muda juga berminat dalam dunia penulisan.

Tanggung jawab kita pula terus menghasilkan karya :)

ABDUL LATIP said...

Pondok buku,

Semoga saudara juga sentiasa mendapat rahmatNYA. Amin.

Terima kasih kerana sudi membaca karya saya. Sudi-sudilah komen.

Mujahidah SMNS said...

assalamualaikum.syukran Pak Latip..moga ana mampu mengikut jejak langkah tarbiyahmu melalui penulisan..insya`allah