Saturday, March 1, 2008

PUSARA SI BONGKOK AKAN DIPULIHARA?

Entri Si Bongkok Tanjung Puteri boleh juga dibaca dalam blog

http://latiptalib.blogspot.com


Semalam saya dihubungi oleh Dr Talib Samat, pensyarah di UPSI mengatakan beliau telah membaca novel Si Bongkok Tanjung Puteri. Amat tertarik dengan kisah pahlawan tersebut.

Menurutnya lagi, beliau bercadang membawa para pelajarnya dalam 2 buah bas bagi mengunjungi pusara pahlawan Melayu itu.

"Kami akan bersihkan kubur Si Bongkok dan menanam batu nisannya," beritahu Dr Talib Samat.

"Kami nak ajak Latip ikut sana. Kami juga bercadang membawa wartawan dan kru Majalah tv3," kata Dr Talib Samat lagi.

"Kalau kau setuju kita buat pelancaran novel Si Bongkok Tanjung Puteri di sana," katanya lagi.

Tentulah saya setuju. Semoga usaha yang murni ini akan terlaksana.

2 comments:

Amiene Rev said...

Saya sudah kemaskinikan pautan ke entri-entri berkaitan Si Bongkok Tanjung Puteri di blog lama Pak Latip.

http://latiptalib.blogspot.com/

S. Rafidah H. Basri said...

Alhamdulillah!

Tahniah untuk Pak Latip kerana semakin maju untuk memberikan yang terbaik kepada pembaca.

Ada rezeki menjadi selebriti pula!Semoga makin dikenali dan didoakan ramai yang akan menggemari karya Pak Latip.Amin

p/s: Saya baru merangkak-rangkak mencipta blog. Tidak sangka sama warna dan cara persembahan dengan blog Pak Latip yang baru ini hehe!Jika saya mahu mengetahui cara untuk menambahkan kreativiti blog saya diharapkan dapat Pak Latip membantunya.-Rafidah-