Alhamdulillah kami sudah selamat pulang ke Malaysia setelah lebih dua minggu mengembara ke Turki bagi menjejaki sejarah Badiuzzaman Said Nursi. Selama berada di sana kami mendapat kerjasama yang amat baik daripada jemaah risalah an nur. Mereka menyediakan keperluan kami termasuk tempat penginapan, kenderaan dan sebagainya. Semoga Allah sahaja yang sebaik-baik memberi balasan terhadap mereka.
Kami menjejaki sejarah Badiuzzaman Said Nursi bermula dari Istanbul membawa ke Bursa, Barla, Konya, Isbarta, Yozgat, Ankara dan Urfa yang terletak di sempadan Syria. Hampir seluruh negara Turki kami lawati perjalanan kami dengan kereta dan kapal terbang. Syukur kerana perjalanan kami selamat dan urusan kami dipermudahkan.
Banyak kenangan manis untuk diceritakan...
Semasa di Ankara dijemput bersiaran di televisyen...di sebelah saya adalah penterjemah ke dalam bahasa Turki.Banyak kenangan manis untuk diceritakan...
Di Istanbul dijemput bersiaran di radio..
No comments:
Post a Comment