Cerita
ini mengisahkan seorang warga emas bernama Pak Rahman, seorang pejuang
kemerdekaan yang pernah hidup pada zaman pemerintahan Komunis di Tanah Melayu,
pulang ke tanah air setelah 50 tahun merantau ke luar negara (England).
Setelah begitu
lama menghilangkan diri, kepulangannya tidak dikenali lagi oleh penduduk
kampungnya sendiri. Tambahan pula Pak Rahman sengaja merahsiakan identitinya
kerana sebab-sebab tertentu. Tetapi sedikit demi sedikit akhirnya orang kampung
tahu siapa orang tua yang mereka anggap pendatang asing itu.
Selama berada
di kampung itu, kesunyian menyelubungi hati Pak Rahman. Pun begitu, dia
mengubatinya dengan mendekatkan hatinya kepada Tuhan. Kehadiran beberapa orang
kampung yang tidak keberatan untuk berbual dengannya mengisi kekosongan
hidupnya.
Pak Rahman juga
sempat berbakti kepada penduduk kampung. Dia membantu keluarga miskin yang
memerlukan bantuan. Dia juga membantu seorang pemuda yang ingin melanjutkan
pelajaran ke universiti.
Akhirnya
penduduk kampung tahu siapa sebenarnya Pak Rahman. Dia disanjung dan dianggap
sebagai seorang wira kemerdekaan.
No comments:
Post a Comment