Thursday, August 22, 2013
Monday, August 19, 2013
Inilah permulaan bagi siri peperangan yang paling panjang dalam sejarah manusia.
Ia bermula dengan Maharaja Alexius 1, yang meminta bantuan Barat, demi mempertahankan Empayar Rom Byazantine.
Seruan itu bersambut, dengan Paus Urban II berucap di 
persidangan Clermont. Dia menyeru bagi membantu Empayar Rom Byzantine, 
menyeru kepada balas dendam, dan menyeru membebaskan Baitulmuqaddis.
Seruan itu merebak ke seluruh Eropah. Akhirnya puluhan ribu sukarelawan sudah berkumpul di Kota Konstantinopel.
Sementara itu, jauh di Timur, kerajaan Islam Turki Seljuk, Kerajaan Fatimiyah Mesir, Bani Abbasiyah terus bertelagah kuasa.Mereka tidak sedar, satu gerombolan tentera yang tinggi 
semangat juangnya, yang dahsyat kemahuannya sedang menuju ke arah 
mereka, yang akan menghancurkan segala yang menghalang. Mereka adalah 
gerombolan tentera Salib.
Lalu, apa akhirnya bagi Perang Salib yang pertama?
Cerita ini mengisahkan seorang warga emas bernama Pak Rahman, seorang pejuang kemerdekaan yang pernah hidup pada zaman pemerintahan Komunis di Tanah Melayu, pulang ke tanah air setelah 50 tahun merantau ke luar negara (England).
Setelah begitu lama menghilangkan diri, kepulangannya tidak dikenali lagi oleh penduduk kampungnya sendiri. Tambahan pula Pak Rahman sengaja merahsiakan identitinya kerana sebab-sebab tertentu. Tetapi sedikit demi sedikit akhirnya orang kampung tahu siapa orang tua yang mereka anggap pendatang asing itu.
Selama berada di kampung itu, kesunyian menyelubungi hati Pak Rahman. Pun begitu, dia mengubatinya dengan mendekatkan hatinya kepada Tuhan. Kehadiran beberapa orang kampung yang tidak keberatan untuk berbual dengannya mengisi kekosongan hidupnya.
Pak Rahman juga sempat berbakti kepada penduduk kampung. Dia membantu keluarga miskin yang memerlukan bantuan. Dia juga membantu seorang pemuda yang ingin melanjutkan pelajaran ke universiti.
Akhirnya penduduk kampung tahu siapa sebenarnya Pak Rahman. Dia disanjung dan dianggap sebagai seorang wira kemerdekaan.
Kisah Moyang Salleh dan para pengikutnya yang menuntut adat di Empayar Johor. Keempat-empat pengikutnya mempunyai kekuatan yang luar biasa. Tok Gagah Lela Perkasa mempunyai kekuatan yang luar biasa dan dapat mengalahkan 10 orang dalam pertandingan tarik tali. Tok Beruang Hitam mempunyai cakar yang kuat, Tok Laut Api dapat mengeluarkan api daripada mulutnya, dan Tok Bauk yang dapat melompat setinggi pokok kelapa. Berjayakah mereka dalam misi mereka menuntut adat di Johor?
Sunday, August 4, 2013
Ratu Isabella dilahirkan pada Khamis, 22 April 1451 bandar Murcia, wilayah Madrigal di bawah pemerintahan kerajaan Castile. Pada masa itu Sepanyol terbahagi kepada empat kerajaan iaitu Castile yang terbesar, Aragon di bagian sebelah utara Spanyol sekarang, Granada di sebelah selatan dan Navarre di utara.
Siapa sangka Isabella semasa  kecilnya seorang anak gadis yang comot pernah menderita  akibat kekejaman abang tirinya  Raja Enrique akhirnya muncul sebagai tokoh yang paling berjasa di Sepanyol. 
Beliau dan suaminya Ferdinand berjaya menghapuskan pemerintahan Islam yang telah berkuasa di Sepanyol selama 800 tahun sehingga seolah-olah Islam tidak pernah wujud di Negara tersebut.
Zaman kemuncak pemerintahan Sepanyol apabila kekuasaannya meliputi Negara  Jerman,  Belanda, Belgaria, Austria, Swiss, sebagian besar Italia, sebagian Perancis, Cekoslowakia, Poland, Hunggari,  Yugoslavia dan  sebagian besar daerah Amerika Selatan.
Ternyata Ratu Isabella seorang  wanita yang bijak, berpandangan jauh, licik dan begitu fanatik terhadap agamanya. Apabila abang tirinya  Raja Enrique atau Henry 1V memaksanya berkahwin dengan Raja Portugal dengan tujuan politik bagi meluaskan pengaruhnya,  Isabella memilih  Ferdinand anak raja Aragon menjadi suaminya.
Raja Enrique marah lalu menamakan anak perempuannya Yuana yang masih kecil sebagai pewaris takhta.  Tidak lama kemudian  Raja Enrique meninggal dunia, Isabella  dengan sokongan  suaminya  Ferdinand menuntut  Kerajaan Castile. Berlaku perang saudara selama hampir dua tahun  akhirnya pasukan Isabella beroleh kemenangan.
Ternyata Ratu Isabella belum berpuas hati dengan kejayaannya itu, Beliau mahu memerintah seluruh  Sepanyol dan menjatuhkan pemerintahan Islam yang sudah berkluasa selama 800 tahun.  Sebelum itu banyak usaha telah dilakukan bagi menjatuhkan pemerintahan Islam tapi  tidak berjaya.
Akhirnya Isabella dan suaminya tahu di mana kelemahan umat Islam lalu menghantar rokok, arak dan para penyanyi dan penari yang akhirnya membuat orang Islam lebih suka menyanyi dan melihat tarian serta hiburan dari membaca al Quran.
Akhirnya pada tahun 1492  Ratu Isabella dan suaminya  Ferdinand berjaya menakluk  Granada kubu terakhir pemerintah Islam.  Bagi memastikan umat Islam tidak memberontak maka  dibuat  perjanjian damai, umat Islam dibenarkan beribadat menurut ajaran agama. Begitu juga orang Yahudi dibenarkan menganut agama mereka.
Kemudian Ratu Isabella dan Ferdinand  mengeluarkan perintah melalui  mahkamah semua orang Yahudi di Sepanyol masuk Kristien atau keluar dari Sepanyol.  Ketika itu umat Islam tidak termasuk dalam perintah itu malah  Ratu Isabella meminta bantuan orang Islam untuk memastikan  semua orang Yahudi keluar dari Sepanyol.
Selepas rancangan itu berjaya akhirnya tiba pula giliran umat Islam dipaksa membuat pilihan masuk Kristian atau  keluar dari Sepanyol. Pada mulanya  umat Islam Sepanyol menentang perintah tersebut malah mereka sanggup berjuang.  Lalu dipujuk mereka boleh keluar dari Sepanyol  berlindung di bawah pemerintahan kerajaan Uthmaniyah di Turki. Malah Ratu Isabella berjanji menyediakan kapal yang mengangkut mereka keluar dari Sepanyol dengan percuma.
Ternyata umat Islam Sepanyol  termakan pujukan itu lalu bersetuju meletak senjata dan pergi ke pantai hanya dengan membawa harta tanpa senjata. Ternyata itu adalah perangkap,  apabila mereka sudah menaiki kapal maka kapal itu dibakar di tengah lautan. Mereka yang menunggu giliran di pantai dibunuh tentera Ratu Isabella tanpa belas kasihan. 
Mereka yang masuk Kristian pula dipastikan mereka tidak murtad. Jika didapati bersembahyang, tidak makan babi atau menyimpan al Quran dalam rumah maka seluruh keluarga habis dibunuh. 
Kisah kekejaman Ratu Isabella terhadap umat Islam ini banyak diceritakan dalam buku sejarah seperti al-Ihatah fi Akhbar Gharnatah (Berita Menyeluruh Mengenai Granada) dan al-Muqtabas min Akhbar al-Andalus (Sekelumit Sejarah Andalus), malah seorang ulama terkenal bernama  Ibn Hazam mnceritakannya dalam kitabnya  al-Fisal fi al-Milal wa al-Nihal.
InsyaAllah terbit pula novel bertajuk  Ratu Isabella -  Meratapi Islam di bumi Andalus.   
Subscribe to:
Comments (Atom)




