Wednesday, November 9, 2011

ULAMA YANG BERANI




Pada 31 Mac 1909 berlaku rusuhan di Istanbul yang sengaja dirancang bagi menjatuhkan Sultan. Dan pada 27 April 1909 Sultan Abdul Hamid 11, yang dituduh merancang rusuhan itu telah dilucutkan jawatan. Diganti dengan Sultan Muhamad Rasyad atau Sultan Muhamad V.

Ekoran dari peristiwa itu, tentera menangkap mereka yang disyaki terlibat termasuk Badiuzzaman Said Nursi. Apabila beliau dibawa ke mahkamah tentera, kelihatan mayat-mayat digantung pada tiang-tiang di sekitar kawasan mahkamah.

Antara soalan yang ditanya Hakim kepada Badiuzzaman Said Nursi, “Adakah kamu mahukan syariat Islam?. Mereka yang menjawab iya akan digantung seperti mayat di luar sana.”

Badiuzzaman Said Nursi menjawab. “Jika saya ada seribu nyawa saya sanggup mengorbankan semuanya demi menegakkan syariat Islam.”

Kemudian katanya lagi. “Saya ingin memberitahu kalian bahawa mereka yang jantan dan berani tidak akan tunduk kepada kejahatan dan kezaliman. Jika mereka dituduh melakukan kejahatan mereka tidak takut kepada hukumannya.”

“Apakah kamu tidak takut dihukum gantung seperti mayat di luar sana??” tanya hakim lagi.

“Saya tidak bersalah dan tidak terlibat dengan rusuhan itu. Jika saya dihukum bunuh secara tidak adil maka saya akan mendapat pahala seperti dua orang yang mati syahid. Jika saya dimasukkan ke penjara mungkin itulah tempat paling nyaman buat saya ketika ada pemerintah yang berlaku zalim. Dan kebebasan yang dijanjikan tidak lebih dari sekadar kata-kata. Mati tersiksa lebih baik dari hidup sebagai penyiksa.”

Keberanian Badiuzzaman Said Nursi membela dirinya itu mengejutkan mahkamah. Akhirnya dibebaskan kerana tiada bukti beliau terlibat dalam rusuhan.

“Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pelajaran bagi orang-orang yang berakal…(Surah Yusof ayat 111)


1 comment:

AlKundangi said...

Memang dia berani. Saya datang ke mari kerana kau menghilangkan diri dari facebook.Tak mengapa. Hidup ni ada macam-macam. Ibarat roda. Sebagai penulis kau harus bersedia menerima pengkritik,apa pun bentuk kritikannya, karya atau peribadi.Dengannya kau bertambah membesar.Membesar sebagai sasterawan.
Kalau saya terkasr bahasa sya minta maaf. Terima kasih.