Sunday, July 3, 2011

DIULANG CETAK

Novel Sultan Muhamad al Fateh diulangcetak lagi, kisah beliau memang menarik, ketika berumur 19 tahun dilantik menjadi sultan kerajaan Uthmaniyah yang tanah jajahannya meliputi 26 buah Negara dan ketika berumur 21 tahun memimpin 250 ribu tentera Turki menakluk Kota Konstantinopel.

Beliau adalah pemimpin yang baik, mempunyai tentera yang baik dan rakyat yang baik sepertimana yang dikatakan Nabi Muhamad saw yang bermaksud,

“Kota Konstantinopel akan ditakluk oleh pemimpin yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik.”

Semasa melawat Istanbul Turki sempat menziarahi makam atau kubur beliau yang terletak bersebelahan dengan Masjid Al Fateh. Kubur Sultan Muhamad al Fateh sentiasa dikunjungi orang ramai dari dalam dan luar Negara.

Setelah menakluk Kota Konstantinopel beliau menukar namanya menjadi Istanbul yang berarti “Islam seluruhnya” Aya Sofeya ditukar menjadi masjid.

Al fatihah untuk pahlawan Islam yang berjasa ini…



Novel ini mula terbit pada tahun 2008 dan terus diulang cetak pada setiap tahun. Alhamdulillah...


Makam Sultan Muhmad al Fateh di Istanbul dikunjungi orang ramai setiap hari...




Di belakang itu masjid Al Fateh...






Kota Konstantinopel...






Gambaran pelukis ketika Sultan Muhamad al Fateh melayarkan kapal perang di atas daratan kertika menakluk Kota Konstantinopel.





Melintasi Selat Bhosporus...


1 comment:

Anonymous said...

Subhanallah...indah perjuangannya...Bila la sy dpt jejak kaki ke kota imdah tu...