Sunday, June 26, 2011

PERISTIWA DALAM SEJARAH









Pada 24hb Jun 2011 saya dijemput memberi ceramah mengenai penulisan novel sejarah Islam di Dewan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Seremban dari jam 8 pagi hingga 9 pagi. Ramai yang hadir termasuk Timbalan Pengarah. Mereka kelihatan berminat mendengar kisah sejarah Islam dan banyak membeli novel sejarah Islam yang dibawa.Antara yang paling laris ialah Khalifah-Khalifah Yang Benar, Imam-Imam Yang Benar, Hijrah dan SalahudinAyubi hingga habis stok. Terima kasih kepada LHDN Seremban yang menjemput saya datang bagi mengisi sesi pagi Jumaat.





Selesai acara di LHDN saya terus ke Hospital swasta yang berhampiran untuk mendapatkan rawatan kerana demam.Inilah pertama kali saya dimasukkan ke wad.

Sempat menulis kisah panglima Sa'ad Abi Waqas.





Alhamdulillah, gembira setelah doktor memaklumkan bahawa jantung,paru-paru, buah pinggang dan darah berada dalam keadaan baik setelah dilakukan x-ray dan ujian sampel darah dan air kencing. Tidak ada darah tinggi dan kencing manis.

Syukur di atas kurniaanMU ya Allah...


3 comments:

mohamad kholid said...

saya doakan tuan segera sembuh

Anonymous said...

Semoga tuan cepat sembuh dan diberi kebahagiaan dunia akhirat..teruskan usaha menulis...

ABDUL LATIP said...

Tuan Mohamadkholid

Terima kasih tuan mendoakan saya. Amin.

Sang Pencinta

Saya sudah sembuh dan sudah boleh meneruskan kerja penulisan...terima kasih mendoakan..amin.