Hari ini 29 Mei adalah hari ulangtahun memperingati kejayaan Sultan Muhamad al Fateh yang ketika itu baru berusia 21 tahun telah memimpin 250 ribu tentera Islam berjaya menakluk Kota Konstantinopel.
Peristiwa yang berlaku 558 tahun yang lalu iaitu pada 29 Mei 1453 bersamaan 20 Jamadil Awal 857 itu melakar sejarah penting dalam Islam yang sewajarnya diingati kerana banyak iktibar yang boleh dipelajari dari peristiwa tersebut.
Di Negara Malaysia buat kali pertama satu seminar mengenai Ibrah Pembukaan Konstantinopel telah diadakan di Universiti Islam Antarabangsa Malasia di Gombak. Dr Eeman Mohamed Abbas, Prof Dr Mohammad Redzuan Othman dan Ustaz Haji Hasrizal Abdul Jamil telah membentangkan kertas kerja di seminar tersebut.
Tahniah kepada Ibrah Paradigm Training & Consultancy kerana telah berjaya menganjurkannya. Semoga acara ini dijadikan acara tahunan.

1 comment:
Assalamualaykum Pak Latip.. masih ingat dengan saya?? saya dalam foto terakhir pak latip semasa seminar tempohari...
Cukup gembira dan teruja dapat ketemu pak latip.. semoga ada waktu boleh saya bertemu pak latip lagi di lain masa..
insya Allah, ini blog saya paklatip.. http://penafatih.blogspot.com
Didoakan agar PakLatip di beri kecergasan luar biasa untuk terus berkarya.. Wassalam..
Post a Comment