Wednesday, September 1, 2010

MAJLIS ANUGERAH

Majlis penyampaian Anugerah Pilihan Pembaca POPULAR-Berita Harian 2010 akan berlangsung pada 6 September 2010, bermula jam 10.30 pagi di Pentas Utama, Dewan 1, Pusat Konvensyen KLCC.

Para pemenang untuk penulis-penulis pilihan bagi kategori fiksyen dan bukan fiksyen akan diumumkan pada hari tersebut.Manakala 100 pembaca bertuah yang mengundi dengan tepat akan menerima baucer POPULAR bernilai RM50.00 dan keahlian selama setahun.

Hulagu Khan antara 10 judul buku pilihan yang tersenarai dalam kategori bukan fiksyen disamping beberapa buah buku lagi antaranya Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah dan Hamas.

Menang atau tidak menang terima kasih diucapkan kepada Popular-Berita Harian dan pembaca. Kita jumpa di sana…




Pada 18 haribulan pula berlangsung dua majlis yang sangat penting bagi saya iaitu majlis perkahwinan anak saya Norfaizin dan kedua majlis Penyampaian Hadiah Sayembara Menulis Novel Sejarah Johor 111 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor Bahru bermula pada jam 8.00 malam.

Khabarnya pada kali ini akan diumumkan pemenang tempat pertama yang mana tidak ada pemenangnya pada sayembara pertama dan ke dua. Menurut pihak penganjur, pemenang telah dihubungi melalui surat namun hanya mengetahui kedudukan masing-masing pada malam tersebut.

Tampaknya pada hari itu pada sebelah siang sibuk menyambut tetamu yang datang dan pada sebelah malamnya berada di Johor Bahru…


No comments: